Sabtu, Mei 17, 2014

Jamsari Sabian Rasmikan Karnival 3K bersama Berita Harian di SK Puchong Utama 2.


Jamsari Sabian Rasmikan Karnival 3K bersama 
Berita Harian di SK Puchong Utama 2.
Puchong, 17hb Mei 2014 (Sabtu): Alhamdulillah, bekas penjaga gol yang mencipta sejarah bersama skuad Olimpik 2000, MPPJ FC dan Selangor FA, Jamsari Sabian telah merasmikan Karnival 3K dan Jom Futsal bersama Berita Harian pagi tadi.
Program ini mula berjalan pada pukul 8 pagi; bertempat di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2. Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 atau nama ringkasnya SK Puchong Utama, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Pu9/5,Taman Puchong Utama.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 memiliki 768 pelajar lelaki dan 728 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1496 orang. Ia mempunyai seramai 76 orang guru.Pada 2012,Sekolah Kebangsaan Puchong Utama telah mencatat bilangan yang ramai mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR iaitu 56 orang.
Misi sekolah ini adalah untuk ‘melahirkan modal insan cemerlang berdasarkan falsafah pendidikan negara’. Visinya pula adalah untuk ‘membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti’.
Apapun, terima kasih kepada wira Piala Malaysia Selangor MPPJ FC 2003 dan ‘treble’ Selangor FA 2005, Saudara Jamsari Sabian, di atas kesudian merasmikan carnival tersebut. Tahniah juga diucapkan buat SK Puchng Utama 2, di atas kejayaan pengajuran program itu. Semoga lebih ramai legenda serta bekas pemain bola sepak tempatan yang dihargai masyarakat kita. Terima kasih SK Puchong Utama 2, untuk memori indah ini. Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Viva Selangor. Padu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...