Rabu, November 25, 2015

PENARAFAN 5 BINTANG: ABIM TERUSKAN USAHA BANGUNKAN UMMAT.

Logo ABIM.
Saudara Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
PENARAFAN 5 BINTANG: ABIM TERUSKAN USAHA BANGUNKAN UMMAT.
25hb November 2015 (Rabu): Alhamdulillah, ‘Haza min fadhli Rabbi’. ABIM serta ABIM Negeri Kelantan telah menerima penarafan lima bintang daripada Kementerian Belia & Sukan (KBS) menerusi penilaian MyKD. Penarafan ini dibuat berdasarkan kepada kriteria-kriteria pengurusan dan pentadbiran yang ditetapkan KBS.
Syukur dan tahniah kepada ABIM Pusat di atas Anugerah Penarafan 5 bintang bagi Pertubuhan Belia peringkat Kebangsaan. Dan, syukur dan tahniah kepada ABIM Negeri Kelantan juga atas Anugerah Penarafan 5 Bintang peringkat negeri. ABIM -- ini wadah anak muda. Semoga ianya menjadi pembakar semangat untuk terus memugar dan mensejahtera Malaysia dengan dakwah.
Sijil Insentif Penarafan Lima Bintang 2015 telah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin dalam Majlis Pengiktirafan “Star Rating” Pertubuhan Belia. Majlis diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC).
Terdahulu, telah dijalankan sesi pembentangan Usul Perbahasan berkaitan kemahiran, ekonomi, penguatkuasaan, media sosial dan perumahan serta Sesi Perbahasan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-30 Tahun 2015-2016.  YB Khairy telah mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-30 Tahun 2015-2016. Pembentangan pertama daripada Saudara Khairul Annuar Mansor daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) berkaitan “Pelan Transformasi MPBN”, manakala Saudara Syahril Syazil Ghazali daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri menyampaikan taklimat “The Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) - Intipati, Peluang dan Cabaran” bagi pembentangan kedua.
Turut sama ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk M. Saravanan, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Datuk Jamil Salleh, Ketua Pengarah JBSN, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim, Presiden Majlis Belia Malaysia(MBM), Mua’ammar Ghadafi Jamal Jamaluddin dan Pengerusi Tetap Dewan Tertinggi MBM, Khairul Amin Osman.
Pembentangan Usul Perbahasan adalah berkaitan kemahiran, ekonomi, penguatkuasaan, media sosial dan perumahan serta Sesi Perbahasan Majlis Perundingan Belia Negara(MPBN) Sidang II Penggal ke-30 Tahun 2015-2016.

Hasbunallah wanikmal wakil...
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
#ABIM #ABIMdihatiku #sejahterakanmalaysiadengandakwah
---------------------------------------------
Sila “Like”, “Follow” dan “Share” Halaman FB: Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM):
Sumbangan kepada akaun ABIM boleh dibuat menerusi: Akaun ABIM (Maybank): 5642-2161-0116.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +6019-2881300/ 019-3836700 / +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
Sekretariat ABIM Pusat terletak di: No.6, Jalan TC 2A/2, Tmn Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
(Berhampiran Stesen LRT Taman Gombak dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur).
#TPPA #bantahTPPA
#AlAqsa #WillNeverBeDivided #Malaysia4Syria #SaveRohingya #SaveSyria #SyriaNeedsYou #SaveTheChildrenOfSyria # SebarkanSalam
.

Isnin, November 02, 2015

PRESIDEN ABIM DAN CEO MLLFS HADIRI SIDANG MEJA BULAT DI KLCC.


PRESIDEN ABIM DAN CEO MLLFS HADIRI SIDANG MEJA BULAT DI KLCC.
27hb Oktober 2015 (Selasa): Satu Persidangan Meja Bulat “Jihad & Ekstremisme” telah dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Movement of Moderates (GMM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Program ini dianjurkan di Bilik Seminar 307, Tingkat 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), untuk membincangkan mengenai kesalahfahaman mengenai jihad dan fenomena ekstremisme di kalangan umat Islam terutamanya anak muda.
Persidangan ini diharapkan dapat mengumpul pandangan, kritikan dan cadangan dan dapat diserahkan kepada pihak berkenaan di samping dimanfaatkan untuk tujuan bersama masyarakat. Persidangan akan dihadiri oleh ahli akademik, aktivis pertubuhan dan pelajar daripada pelbagai kaum dan agama.
Naib Presiden ABIM, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin mengendalikan sesi sidang ini, manakala tetamu utama yang menyampaikan ucaptama adalah Prof. Tan Sri Dr. Kamal Hasan, Profesor Ulung Negara. Manakala ucapan perasmian oleh Saudara Hj Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM.
Ahli panel dalam persidangan ini ialah Saudara Marwan Bukhari dan Cik Puan Hafiza Nur Adeen. Penyelidik Institut Darul Ehsan (IDE), Saudara Marwan Bukhari A. Hamid menegaskan bahawa pihak militan menggunakan propaganda dengan menggambarkan diri mereka sebagai mangsa dan meletakkan diri mereka sebagai pejuang, menerusi nas dan hadith yang disalahtafsir, untuk mendapatkan simpati dunia. “Pendidikan adalah penyelesaian terbaik, memandangkan pihak militan menggunakan ayat Al-Quran untuk menerangkan matlamat ekonomi serta politik mereka.”
Seterusnya, beliau menyentuh berkenaan apa pelan tindakan atau ‘action plan’ umat Islam dan masyarakat dunia patut lakukan terhadap kekejaman dan kezaliman Bashar Al-Assad di Syria. Sementara itu, Israel, Amerika Syarikat dan sekutu mereka yang seharusnya dijadikan keutamaan fokus dalam banyak perbincangan berbanding isu yang lain.
Sementelah, Saudara Marwan juga menegaskan bahawa meskipun ada yang sudah dibuat, tetapi kenapa masih belum mampu memberi tekanan yang hebat dan menghentikan kejahatan mereka? Yahudi berjaya menakluk dunia dengan zalim kerana mereka sentiasa ada ‘action plan’ untuk menjajah manusia yang lain dari semua sudut. Perpaduan umat Islam dan akidah yang mantap adalah asas kekuatan terpenting untuk menghapuskan kezaliman mereka.
Sesungguhnya, kaedah terbaik untuk membendung kebangkitan ekstremisme di dalam negara ialah menerusi pendidikan dan ‘outreach’ umum. Menurut Cik Puan Hafiza Nur Adeen Nor Ahmad, pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (USM), pihak simpatisan kumpulan militant seperti (un)Islamic State selalunya tidak begitu memahami situasi geo-politik yang rumit dan bercapah di Timur Tengah.
Menurut beliau, “Mereka hanya melihat konflik di Timur Tengah sebagai perang di antara Barat dan Islam. Mereka simpati terhadap kezaliman serta penindasan umat Islam di Iraq, Palestin dan Syria – sehingga mewujudkan simpati terhadap gerakan IS. Para simpatisan ini tidak begitu memahami bagaimana IS itu terbentuk.”
Terdahulu, Saudara Raimi (Presiden ABIM) dan CEO Malaysia Life Line for Syria (MLLFS), Saudara Syahrir Azfar Saleh turut menghadiri syarahan pada sebelah pagi yang disampaikan oleh Prof. Emiritus Alex P. Schmid, Pengarah Terrorism Research Institue (TRI).
_____________________________________
Hasbunallah wanikmal wakil...
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Salurkan infaq anda ke akaun ABIM : Bank Islam – 1402-3010-0112-19
ATAU
Melalui sumbangan atas talian yang disediakan oleh syarikat billplz.com :https://billplz.com/form/infaq-abim
ATAU
Sumbangan bulanan melalui auto debit : Whatsapp/SMS ke 013-2226057 butiran seperti Nama dan Alamat untuk urusan pengeposan borang Auto Debit.
_____________________________________
Sila “Like”, “Follow” dan “Share” Halaman FB: Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM):
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
_______________________________________
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +6019-2881300/ 019-3836700 / +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
Twitter ABIM: https://twitter.com/ABIM_24
Telegram ABIM: https://telegram.me/abim24
Youtube: https://www.youtube.com/user/mediabim
______________________________________
Sekretariat ABIM Pusat terletak di: No.6, Jalan TC 2A/2, Tmn Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
(Berhampiran Stesen LRT Taman Gombak dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur).
.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...