Khamis, Julai 08, 2010

Mata rantai perjuangan.


Bapak

Bapak...
Lihat ladang kita
Terbentang luas
Subur dan menghijau
Tanah yang MERDEKA

Bapak....
Ini rumah kita
Pusaka peninggalan
Untuk melindung keluarga yang MERDEKA

Bapak...
Yang hendak kukata
Pengorbananmu memberikan kami
Kelahiran yang MERDEKA

Terima Kasihku
Generasi Baru........


* Lagu bernada patriotik ini dinyanyikan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad mengenang jasa Bapak (Bapa) Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Lagu ini dirakam sekitar tahun 1987 dan digubah oleh Allahyarham sendiri (dimuatkan dalam Album "Kul-it").

* Meskipun lagu ini ditujukan buat Almarhum Tunku, lagu yang indah ini juga sewajarnya dihadiahkan buat kesemua Ibu dan Bapak Kemerdekaan kita yang lain -- yang sanggup berkorban demi negara dan anak bangsa tercinta, tanpa sempat menikmati hasilnya. Al-Fatihah...

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...