Ahad, April 21, 2013

Liga Juara Hot FM-100 Plus dan Penamaan Calon PRU 13.

1996: Azman Adnan sewaktu beraksi bersama Selangor FA. Kenangan.
Sesi menandatangani jersi oleh Azman Adnan, antara penyerang terbaik dalam sejarah Liga Malaysia.
http://chedinsphere.blogspot.com/2011/10/penyerang-terbilang-azman-adnan.html


Azman Adnan dan jersi Selangor 1997. Terbaik.
1997: Bersama Datuk Aini Taib, memegang Trofi Piala FA.
AG, FBI, Azman Adnan dan Anuar Abu Bakar bergambar kenangan.
Bersama para sahabat-penyokong sejati Liga Malaysia.
Iklan Liga Juara Hot FM-100 Plus.
2012: Safee Sali, sewaktu mewakili Pelita Jaya FC, Indonesia.
Safee Sali, bekas penyerang Selangor FA dan Pelita Jaya FC.
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/2005-2006-aksi-super-safee-sewaktu.html
Safiq Rahim, ketua pasukan skuad kebangsaan.
Safiq Rahim, pernah menabur jasa bersama Selangor FA. Semoga beliau bangkit semula dan membuktikan keupayaannya yang sebenar.
Safee Sali dan Safiq Rahim, Duta 100 Plus Malaysia.
2012: Datuk RG dan Safiq dalam satu sidang akhbar.
Safiq, Apex dan Safee, sewaktu pelancaran jersi baru belang hitam-kuning Malaysia, 2012.
2013: Safiq Rahim sewaktu menentang Arab Saudi. Beliau menjaringkan gol saguhati untuk pasukan kebangsaan. 
http://chedinsphere.blogspot.com/2013/03/aksi-pertama-piya-untuk-harimau-malaya.html
Mubin Mokhtar, sewaktu beraksi untuk Tok Gajah. Beliau mengikuti jejak Alif Bersaudara, sebagai anak Terengganu yang beraksi untuk Pahang FA.
http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/anugerah-kasut-emas-1984.html
Mubin Mokhtar, hero Pahang yang menajringkan gol padu sewaktu Malaysia seri 1-1 dengan Arab Saudi sewaktu Kelayakan Piala Dunia 1994. Beliau pernah beraksi untuk Selangor pada 1996, menggantikan Josip Biskic: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-josip-biskic.html 
1996: Mubin beraksi menentang Melaka sewaktu mewakili The Red Giants.
1994: Anuar Abu Bakar sewaktu mewakili Selangor FA.
1993: Anuar ketika beraksi dalam Liga Semi-Pro. 
Anuar Abu Bakar, lagenda Selangor-Johor. Beliau pernah beraksi bersama Ervin Boban:
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-ervin-boban.html
 

1997: Asmawi Bakiri cuba mengekang asakan Zolst Bucs, yang pernah menjadi pemain import Merah-Kuning,
2001: Aksi Asmawi ketika mengekang asakan Hasmawi Hassan, penyerang berbisa Pulau Pinang.
Asmawi Bakiri, bekas pertahanan kental Selangor FA. Kini menjadi pengulas di Astro Arena.
Rusdi Suparman, 'Super-sub' Selangor dekad 90an. Beliau dikenang sebagai rakan gandingan Azman Adnan, selain meraikan jaringannya dengan singlet hitam berlogo Superman.
Saudara Syafeque Azhar bersama Rusdi Suparman dan jersi Selangor 1993 nan langka (rare).
1993: Zolsts Bucs, pemain import Selangor FA yang menyertai Pahang FA pada 1997 dan berdepan dengan pasukan lamanya sewaktu Final Piala Malaysia 1997. 
Bucs sewaktu menyarung jersi Tok Gajah.
1995: David Mitchell meraikan kemenangan Piala Malaysia bersama Rusdi.
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-david-mitchell.html
Skuad gemilang Selangor, 1996.
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-mehmet.html
-----------------------------------------------------------------------------

Liga Juara Hot FM-100 Plus dan Penamaan Calon PRU 13, 20hb April 2013.
I
Alhamdulillah, dalam keadaan kesihatan fizikal yang kurang sihat (demam), saya sempat juga menyaksikan Kejohanan ‘Liga Juara Hot FM-100 Plus’ yang dianjurkan di Ferro Futsal, Subang Jaya bersama beberapa orang sahabat. Antara yang terlibat dengan liga ini ialah penyampai Hot FM, selebriti dan bekas pemain bola sepak tempatan seperti Azman Adnan, Mubin Mokhtar, Anuar Abu Bakar dan Asmawi Bakiri. Safiq Rahim dan Safee Sali – yang mendapat perhatian ramai - hadir selaku Duta 100 Plus.

Air 100 Plus diberikan secara percuma sewaktu Liga Juara.
Liga Juara Hot FM-100 Plus 2013.
Peta lokasi Ferro Futsal.
 II
‘Ferro Futsal’ merupakan pusat kemudahan futsal terbesar di Subang Jaya, dengan 8 buah gelanggang futsal dengan saiz standard dan sebuah gelanggang futsal yang bertaraf FIFA. Pusat futsal ini mempunyai keluasan 82,400 kaki persegi dan asalnya adalah sebuah gudang. Ferro Futsal terletak di Blok A, Lot 36545, Jalan TS 6/1, Taman Perindustrian Subang, 47510 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Kepada yang tidak pernah ke pusat futsal ini, bolehlah menggunakan bangunan Pusat Beli-Belah The Summit USJ, Balai Polis USJ 8 dan Kilang Mamee-Double Decker sebagai ‘mercu tanda’ (landmark) untuk dibuat rujukan pada aplikasi ‘Google Maps’. 

Iklan muhibbah yang tersirat.
Pokok perpaduanisme.
 III
Sementelahan, 20hb April 2013 juga merupakan hari penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bagi seluruh negeri dalam Malaysia untuk kesemua parti politik yang bertanding. Saya agak gusar juga dengan perkembangan politik semasa di tanah air kita semenjak-dua menjak ini, apabila terdapat ramai yang secara semberono mengongsikan berita-artikel-gambar dalam Facebook, Twitter dan blog tanpa mengkaji-selidik terlebih dahulu akan kesahihannya. Ya, setiap individu mempunyai hak untuk mempercayai apa yang kita yakini betul. Tetapi, kita tidak boleh secara wewenang menuduh tanpa bukti yang kukuh. Ia boleh jadi fitnah dan boleh jadi qazaf. Berpolitiklah dengan kesederhanaan dan rasa kehambaan. Bersama kita tolak politik fitnah, lucah dan rasuah. Sayangi Malaysia, yakini ALLAH SWT. Hidup Malaysia kita. Padu!
----------------------------------------------------------------------

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...