Anugerah
Kasut Emas Piala Malaysia 1984: Yunus Alif.
Pada
tahun 1984, tiga orang pemain yang berbakat telah menerima anugerah
di atas kejayaan mereka menjaringkan gol untuk pasukan masing-masing
sepanjang kempen liga dan Piala Malaysia 1984. Pemenang ‘Kasut
Emas Piala Malaysia 1984’
ialah Yunus Aliff yang mewakili Pahang FA. Yunus yang berasal dari
Terengganu, menjaringkan 14 gol untuk Pahang FA. Ketika itu, Yunus
sedang menunggu detik kelahiran anak sulungnya, Nurul Ubaidah.
Kehebatan Yunus Alif sebagai penjaring terbanyak telah membawanya
kembali menyarung jersi pasukan Malaysia untuk mengharungi cabaran
Pusingan Kedua Kelayakan Pra-Olimpik 1984 di Singapura dan Pusingan
Kelayakan Piala Dunia.
Sebelum
itu, Yunus terpilih untuk mewakili negara dalam beberapa kejohanan
seperti Piala Jakartaraya 1978 (Indonesia); King Cup 1978 (Thailand);
Korea Cup 1978 (Korea Selatan) dan beberapa pertandingan lain. Namun,
beliau telah digugurkan daripada pasukan kebangsaan pada 1982, antara
lain atas faktor kecergasan. Yunus telah menceburkan diri dalam arena
bola sepak sejak sejak di bangku sekolah lagi, sebelum menyertai
Kelab Fajar Hiliran dari 1976 hingga 1978. Dua orang abangnya, Nazib
Alif dan Abdah Alif juga merupakan pemain skuad Terengganu FA dan
Pahang FA yang berbakat.
‘Lagenda
17’,
Zainal Abidin Hassan -- yang juga dikenali dengan panggilan ‘Chief’
-- ketika itu mewakili Pahang FA telah menerima ‘Kasut
Perak’.
Meskipun kedua-duanya – Yunus dan Zainal – masih bersedih dengan
kegagalan memenangi Piala Malaysia 1984 setelah ditewaskan oleh
Selangor FA, anugerah tersebut sekurang-kurangnya menjadi sedikit
penawar kepada duka mereka berdua. Untuk rekod, skuad Pahang FA 1984
telah diberikan ganjaran melancong ke Los Angeles, Amerika Syarikat
di atas pencapaian mereka selaku Naib Juara Piala Malaysia 1984.
‘Kasut
Gangsa Piala Malaysia’
pula menjadi milik Zulkifli Hussein yang mewakili Kelantan FA. Pemain
yang berbakat besar ini ketika itu masih menuntut di Tingkatan 6
tetapi telah mengenepikan cabaran lagenda Sabah FA, ‘Hurricane’
Hassan Sani yang menjaringkan 9 gol untuk Sabah FA. Zulkifli telah
menjaringkan 11 gol, dan asalnya bermain di bahagian pertahanan
sebelum diberikan ruang untuk menjadi penyerang setelah rakannya
tercedera. Beliau merupakan anggota skuad Piala Razak Kelantan FA
untuk musim 1982 dan 1983. Seorang lagi pemainmuda berbakat dalam
Kelantan FA ketika itu ialah Hanifa Harun.
Sementelahan,
sewaktu ‘Malam
Anugerah Piala 1984’, ‘Piala Jurulatih Terbaik 1984’
telah dimenangi oleh lagenda bola sepak negara, Shukor Salleh yang
turut beraksi sebagai ketua pasukan Pulau Pinang pada musim tersebut.
Anugerah tersebut diadili oleh Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM)
dan beberapa juri lain. Sementelahan, ‘Piala
Fair Play Milo’
dimenangi oleh skuad Pulau Pinang yang turut di wakili oleh
Olahragawan Lelaki Kebangsaan 1977 itu.
Sumber dan rujukan:
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/piala-sumbangsih-1985-selangor-lawan.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/perlawanan-akhir-piala-malaysia-1984.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-alan-davidson.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/buku-biografi-mokhtar-dahari.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/singapura-lawan-selangor-piala-malaysia.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/3hb-mei-1986-sabtu-perlawanan-piala.html;
- http://www.facebook.com/king.kheiriel;
- http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1448973784588&set=o.113226981358&type=3&theater;
- http://www.under-voice.com/wp-content/uploads/2012/02/DSC04283.jpg;
- Majalah Arena Bola Sepak;
- Majalah Dunia Sukan;
- Utusan Malaysia;
- New Straits Times.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan