Rabu, Januari 09, 2013

Malaysia lawan England B (30hb Mei 1978).


 
Supermokh dalam kenangan. 
Al-Fatihah.
30hb Mei 1978: Rashid Hassan menumbuk 
bola keluar dari kawasan bahaya, sewaktu 
pertemuan dengan England B.
Rashid Hassan, beraksi sebagai penjaga
gawang Malaysia sewaktu menentang
England B pada 1978.
Bintang 90an Selangor, Annuar Abu Bakar, berbual dengan lagenda Malaysia, Rashid Hassan, selepas perlawanan persahabatan antara Veteran Selangor dan SAM FC di Padang SUK, Shah Alam. Annuar turut beraksi dalam Liga Juara Hot FM-100 Plus di Ferro Futsal. 
Coach Rashid Hassan dan saya di
Padang SUK, Shah Alam.
1978: Mel Eves, pemain Wolves yang
menjaringkan gol ketika England B
menang 8-0 ke atas Singapura. 
1980: Barisan bintang skuad England: Peter
Barnes, Emlyn Hughes, Laurie Cunningham
dan Ray Butch Wilkins.
1980: Ron Greenwood (Pengurus England A)
dan Bobby Robson (Pengurus England B).
Mendiang Sir Bobby Robson, seorang
lagenda. Beliau dilaporkan pernah menawarkan
Supermokh untuk menyertai Ipswich Town FC.
1980: The Dame Alice Owen School di Whetstone,
Utara London merupakan gelanggang
latihan skuad England ketika itu.
Kevin Keegan, lagenda England yang
pernah menjadi ketua pasukan
Harimau Malaysia.
Kevin Keegan, Gordon Hill dan Gerry Francis. Jersi 
yang sama dipakai oleh skuad England 
sewaktu bertemu Malaysia.
Gordon Hill yang beraksi menentang Malaysia
pada 1978, ada menulis tentang Supermokh dan
perlawanan tersebut dalam Majalah Shoot. 
1980: Kevin Keegan cuba mengawal bola
daripada dirampas oleh dua orang pemain Ireland,
Tony Grealish dan Gerry Daly, sewaktu
Kejohanan Eropah di Dublin.
Dua lagenda: Kevin Keegan
dan Zainal Abidin Hassan.

16hb Ogos 1984: Keegan bersama pemain 
Harimau Malaysia dan peminat di 
Stadium Jalan Raja Muda.
1984: Keegan sewaktu melatih 
pemain belia negara. 

1984: Keegan dan skuad
Harimau Malaysia.
1984: Keegan dilaporkan menerima bayaran
yang sangat lumayan untuk melatih dan mengetuai
skuad Harimau Malaysia (skuad pelapis)
selama sebulan. 
1984: Kevin Keegan, sewaktu beraksi untuk
skuad Harimau Malaysia dalam
Pestabola Merdeka. 
 
Jersi Bukta Malaysia yang turut dipakai sewaktu skuad kebangsaan menerima kunjungan skuad China di Stadium Merdeka.

Reduan Abdullah, lagenda Malaysia yang seangkatan dengan Supermokh, sedang menyarung jersi Bukta.
George Best, bintang Manchester United yang pernah beraksi untuk skuad Harimau Malaysia. Di dalam gambar ini, Best memakai jersi The Red Devils jenama Bukta. 
1983: Lagenda Ireland dan Manchester United,
George Best, juga pernah menjadi ketua
pasukan Harimau Malaysia.
George Best, dalam satu kunjungan
ke Malaysia pada 1996.
Skuad England 1976/1977.
Skuad Piala Dunia 1982 England. Turut
kelihatan, Kevin Keegan
dan Joe Corrigan.
Joe Corrigan, penjaga gol gergasi England
B, yang berjaya ditewaskan
oleh Supermokh.
Supermokh, negarawan yang
tiada galang-gantinya.


Malaysia lawan England B (Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 30hb Mei 1978).
Tahun 1978 mencatatkan beberapa sejarah menarik untuk skuad negara. Antaranya ialah jaringan Supermokh – pada 30hb Mei 1978 -- untuk Malaysia, sewaktu menentang skuad England B. Mokhtar berlari dari tengah padang, melepasi beberapa pemain England B iaitu David Needham (pemain Nottingham Forest FC) dan Alan Philip Kennedy. 

Selepas berjaya melepasi Needham dan Kennedy, Supermokh melepaskan satu rembatan kencang dengan kaki kanannya dari jarak 30 meter pada minit ke-32, menewaskan penjaga gol Manchester City FC, Joe Corrigan. Joseph Thomas “Joe” Corrigan merupakan salah-seorang anggota skuad Manchester city FC yang memenangi Piala Eropah dan Piala Liga Inggeris. Beliau mewakili England pada 1976 sewaktu menentang Itali dan merupakan anggota skuad Piala Dunia 1982 England. Namun, beliau gagal menempatkan dirinya selaku penjaga gol utama England, kerana terpaksa bersaing dengan Ray Clemence dan Peter Shilton.

Gol Supermokh tersebut -- yang digambarkan sendiri oleh Supermokh sebagai jaringan kedua terbaiknya -- berjaya menghapuskan kelebihan awal yang dimiliki oleh England B, menerusi gol jaringan Alan Kennedy pada minit ke-14. Alan Kennedy yang ketika itu beraksi untuk Newcastle United FC, membuat 158 kali penampilan dengan Newcastle, sebelum dibeli oleh Liverpool FC pada bulan Ogos 1978, dengan yuran perpindahan sebanyak £330,000 untuk menggantikan Alec Lindsay di bahagian pertahanan kiri. Di Liverpool FC, Kennedy bermain sebanyak 251 kali perlawanan liga dan menjaringkan 15 gol untuk The Reds.

Supermokh, ketika itu juruteknik PKNS di Petaling Jaya, dengan ketinggian 5 kaki 7 inci, badan yang berotot dan sasa, menggenggam tangan dan merembat sepadu mungkin ketika jaringan tersebut dilakukan. Beliau yang menerima hantaran daripada Dollah Ali, berjaya menjaringkan gol tersebut meskipun ketika itu berada dalam keadaan tidak seimbang kerana diasak hebat oleh David Needham dari belakang. Jaringan ini merupakan jaringan ke-17 Supermokh, selepas menjaringkan 15 gol untuk Selangor FA dalam kempen (Liga) Piala Malaysia 1978, dan satu gol sewaktu menerima kunjungan Mohun Bagan FC beberapa hari sebelumnya. 

Paul Mariner yang turut beraksi pada malam bersejarah tersebut pernah beraksi untuk England dalam Kejohanan Eropah 1980 dan Piala Dunia 1982. Beliau yang diberikan banyak publisiti oleh media Malaysia, bagaimanapun dikekang hebat oleh pertahanan Malaysia sehingga gagal menyerlah. Selain daripada Mariner, Gordon Hill yang turut beraksi menentang Malaysia, menulis dalam kolumnya ‘The Gordon Hill Column’ yang dimuatkan dalam majalah ‘Shoot’, menyatakan bahawa gol tersebut dijaringkan oleh ‘a bloke called hero Mokhtar’ (seorang lelaki yang digelar ‘hero’ Mokhtar). Hill yang turut beraksi menentang Mokhtar dan rakan-rakan, ketika itu beraksi untuk Derby County FC. Hill juga pernah beraksi untuk Manchester United, Millwall dan Queens Park Rangers. Turut beraksi dalam perlawanan tersebut ialah Paul Mariner, yang mana ketika itu merupakan pemain bimbingan Robson di Ipswich Town FC, sebelum menyertai Arsenal FC dan Porstmouth FC.

Pengurus England B, Sir Bobby Robson memuji Supermokh dan jaringan tersebut, di samping menyatakan bahawa tidak ada masalah untuk Supermokh menyertai mana-mana kelab di England. Ketika tiba di Malaysia, Robson baru sahaja memenangi Piala FA bersama Ipswich Town FC, apabila Persatuan Bola Sepak England meminta beliau untuk membimbing pasukan England B ke Kuala Lumpur. Robson juga dilaporkan pernah menawarkan Supermokh untuk menyertai Ipswich Town, selain kelab Manchester City FC yang dikatakan pernah menawarkan kontrak kepada Supermokh. Tetapi, tawaran ini ditolak dengan baik oleh Supermokh atas beberapa faktor. 

Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah pasukan England B ke Malaysia, New Zealand dan Singapura pada tahun 1978. Skuad England B dilatih oleh Pengurus Ipswich Town FC ketika itu, Bobby Robson. Meskipun ini adalah skuad England B, beberapa pemain utama England seperti Corrigan, Hill, Hollins, Mariner, Richards dan Talbot turut menyertai skuad tersebut dalam siri jelajah ke Malaysia. Anderson dan Kennedy juga kemudiannya beraksi untuk skuad utama England. Selepas Malaysia, England B bertemu Trans tours FC di Chistchurch (seri 2-2) dan Otago FC di Dunedin (menang 6-0). Selanjutnya, England B menentang skuad New Zealand sebanyak tiga kali di Chistchurch (menang 4-0); Wellington (menang 3-1) dan di Auckland (menang 4-0). Akhir sekali, skuad England B menewaskan skuad Singapura, 8-0 pada 18hb Jun 1978.   

Secara keseluruhan, Supermokh berjaya melakukan tiga percubaan tepat ke pintu gol England B, dengan dua daripadanya hasil hantaran Yahya Jusoh dari sebelah kiri padang. Sedikit tentang Yahya Jusoh di sini:

Selain Supermokh, pemain yang beraksi cemerlang pada malam tersebut ialah Rashid Hassan, Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Shukor Salleh. Tatkala seluruh negara masih membincangkan perlawanan epic ini di kedai-kedai kopi, Supermokh dan skuad Selangor FA terus menjalani latihan pada 1hb Jun 1978, sebagai persiapan untuk satu lagi perlawanan epik Final Piala Malaysia 1978 menentang Singapura FA. Sedikit tentang perlawanan tersebut di sini:

MALAYSIA lawan ENGLAND B:
  • Tempat: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur;
  • Jumlah penonton: 45, 000 orang;
  • Keputusan: Malaysia-1 (Mokhtar Dahari), England B-1 (Alan Kennedy);
  • Pemain Malaysia: Rashid Hassan, Jamal Nasir, Yahya Jusoh, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Shukor Salleh, Abdah Alif, Yip Chee Keong, Nasir Ibrahim, Mokhtar Dahari, Abdullah Ali;
  • Pemain England B: Joe Corrigan (Manchester City) , Viv Anderson (Nottingham Forest), Alan Kennedy (Newcastle United), Brian Talbot (Ipswich Town), Steve Sims (Leicester City), Glenn Roeder (Orient), David Needham (Nottingham Forest), John Hollins (Queen’s Park Rangers), Gary Owen (Manchester City), Steve Daley (Wolverhampton Wanderers), Paul Mariner (Ipswich Town), John Richards (Wolverhampton Wanderers), David Geddis (Luton Town), Gordon Hill (Derby County);
  • Pengadil: S. Kathiravale.

--------------------------------------------------

8 ulasan:

  1. Pemain terbaik pernah dilahirkan oleh negara. Pemergian yang tiada pengganti hingga kini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, Tuan.

      Sebagaimana lagenda yang lain seperti TS Ghani Minhat; Dollah Don; Isa dan Ali Bakar; Shaharuddin dan Namat Abdullah; Hassan Sani; James Wong; Arumugam; Santokh Singh dan Soh Chin Aun (sekadar menyebut beberapa nama), Supermokh akan terus dikenang atas jasa, disiplin dan pengorbanannya untuk negara.

      Al-Fatihah sekudusnya, buat negarawan kita semua.

      Padam
  2. perghhhhh broo. george best prnh main utk malaysia tuu. george best dan kevin keegen main tuk malysia utk kejohanan apa ye dan atas tiket rykt mlysia atau britain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedua-duanya dibayar oleh FAM dengan gaji lumayan untuk menjadi pemain jemputan dan jurulatih sementara skuad pelapis negara ketika itu, Harimau Malaysia dalam Kejohanan Pestabola Merdeka. Mereka masih kekal sebagai warga Britain ketika itu. :)

      Padam
  3. Che Din, terima kasih kerana upload gambar jersi lama. saya ada nampak jersi repro lucky strike round neck hitam biru bendera malaysia adidas dan benson & hedges berkolar hitam biru lambang fam adidas. memang wujud ke jersi-jersi tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kembali, bos, kerana sudi ziarah blog saya.

      Jersi tersebut memang wujud, tinggal lagi, saya kurang pasti soal keasliannya, kerana tidak dapat melihat gambar jersi-jersi yang Bro Sofian nampak itu. :)

      Kerana, ada ramai juga - semenjak-dua menjak ini - yang rajin menghasilkan jersi DIY (Do It Yourself) atau reproduction. :)

      Pokoknya, jika mahu membeli jersi-jersi tersebut, hati-hati dengan harga dan kualitinya. :)

      Padam
  4. terbaik boh,,blog ni semua lengkap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih boh, atas respon yang baik. Blog saya sederhana saja. Semoga ada manfaatnya, in sya ALLAH. :)

      Padam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...