Isnin, Disember 03, 2012

19hb Mei 1999: Malaysia XI lawan Arsenal FC.

 
1999: Zami Mohamed Noor, Rajinikandh,
Patrick Viera dan Ray Parlour.
Allahyarham Supermokh, penjaring dua gol
sewaktu menentang Arsenal FC pada 1975.
Allahyarham Isa Bakar, pemain lagenda yang
menyumbang satu gol sewaktu menentang 

Arsenal FC pada 1975.
1967: Pasukan Asian All-Stars yang
menentang Arsenal FC. Malaysia
diwakili oleh Sardar Khan.
1975: Perlawanan epik Malaysia dan
Arsenal FC di Stadium Merdeka.
1999: B. Rajinikandh, ketua pasukan negara
untuk perlawanan menentang Arsenal FC.
Sesi latihan pasukan kebangsaan
untuk menentang Arsenal FC.
Rajinikandh dan Idris Karim.
Asmawi Bakiri, Rajinikandh, Idris Karim
dan Cikgu Jan (Norizan Bakar).
Azman Adnan, penyerang lagenda Selangor
dan kebangsaan bersama Haji Abdul Rahman Ibrahim.
Tiket perlawanan Malaysia XI-Arsenal FC, 1999.
Arsene Wenger dan Cikgu Rahman.
Overmars, bintang Arsenal FC dan Belanda,
menyantuni peminatnya sewaktu tiba di Petaling Jaya.
Anelka dan skuad Arsenal tiba di Petaling Jaya.
1999: Ghani Malik, Anelka dan Overmars.
Tony Adams, Azman Adnan, Anuar Jusoh,
Moey Kok Hong dan Nwanko Kanu.
Anuar Jusoh cuba mengekang
bintang Piala Dunia Nigeria, Kanu.
Arsene Wenger dan Tengku Abdullah,
berbual santai usai perlawanan.
Tengku Abdullah berbual dengan para pemain
selepas perlawanan menentang Arsenal FC.
Pemain Malaysia bersorak gembira selepas
Tengku Abdullah mengumukan bahawa mereka
akan menerima ganjaran berjumlah RM5,000
usai perlawanan dengan Arsenal FC.

Wenger menjawab soalan
wartawan selepas perlawanan.
1999: Tiga gambar wajah Wenger
sewaktu sidang media.
19hb Mei 1999: Malaysia XI lawan Arsenal FC.
Penantian peminat bola sepak Malaysia khususnya penyokong Arsenal untuk menyaksikan pasukan kesukaan mereka menjadi realiti selepas 24 tahun. Arsenal yang dibimbing oleh Arsene Wenger membariskan nama besar seperti Tony Adams, David Seaman, Patrick Vieira, Ray Parlour, Kanu, Marc Overmars, Emmanuel Petit, Nicolas Anelka dan ramai lagi bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Malaysia XI di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pada tahun 1975, Arsenal FC pernah tumpas dengan dua jaringan Supermokh dalam perlawanan persahabatan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, manakala Malaysia kemudian berjaya mengikat pelawat 1-1 dalam perlawanan di Pulau Pinang hasil jaringan Allahyarham Isa Bakar. Ini merupakan aksi sulung Malaysia di Kuala Lumpur sejak skuad kebangsaan dibubarkan akibat kekalahan memalukan 0-1 kepada Laos pada Sukan SEA XIX di Jakarta, pada Oktober 1997. Antara pemain baru yang dimasukkan dalam skuad tersebut ketika itu ialah Wan Rohaimi Wan Ismail, Mohd Ali Tahar (Pahang FA) dan M. Elangoo (Negeri Sembilan-bekas pemain skuad Olimpik 2000). Jurulatih kebangsaan mengejutkan ramai apabila tidak menyenaraikan K. Sanbagamaran, yang menjaringkan enam gol sewaktu Piala Dunhill 1997 di Kuala Lumpur. Sewaktu sidang akhbar dijalankan di Petaling Jaya bersempena ketibaan skuad Arsenal FC dari London, antara yang hadir ialah Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Paul Mony Samuel, Arsene Wenger, Tony Adams, David Seaman, Patrick Vieira, Marc Overmars,  Abdul Rahman Ibrahim, Azman Adnan, Zami Mohd. Nor dan B. Rajinikandh.

Sekalipun tewas 2-0, Malaysia seharusnya berterima kasih kepada kelab ternama dalam Liga Perdana Inggeris itu kerana telah menyerlahkan segala kepincangan dari segi taktikal, teknikal dan kematangan pemain negara. Kekayaan tiga elemen itu yang dipamerkan Arsenal FC itu kelmarin sekali gus sebagai isyarat bahawa Malaysia sememangnya memerlukan lebih banyak perlawanan di peringkat seumpama ini jika mahu membina sebuah pasukan sehebat mereka. Penyerang kembar Azman Adnan dan Zami Mohd. Nor harus dipuji apabila sempat menguji David Seaman beberapa kali yang membuktikan negara sebenarnya tidak kekurangan penyerang berbakat. Antara yang mendapat pujian daripada Wenger ialah pemain Sabah, Yap Wai Loon dan Azmin Azram Abdul Aziz. Kehadiran lebih 60,000 penonton untuk menyaksikan aksi pemain-pemain kebangsaan menentang bintang-bintang berkelas dunia. Namun, jurang permainan ketara jelas dipamerkan apabila Arsenal mudah menjinak skuad Harimau Malaya. Sentuhan penyudah oleh dua pemain kelahiran Perancis, Nicolas Anelka dan Emmanuel Petit pada minit ke-54 dan 67 sudah cukup memberi pengalaman berguna buat skuad kebangsaan yang dibimbing oleh Abdul Rahman Ibrahim.
  • Keputusan: Malaysia (0) lawan Arsenal (2) – Nicolas Anelka (54’), Emmanuel Petit (67’).
  • Senarai Pemain Malaysia: Azmin Azram Aziz, Abdul Ghani Malek, Anuar Jusoh, (Idris Karim), Moey Kok Hong (Syamsul Amri Bakar), V. Thinagaran, M. Elangoo, Yap Wai Loon (Nazri Yunos), B. Rajnikandh, Ahmad Shahruddin Rosli, Azman Adnan, Zami Mohamed Noor (Wan Rohaimi Wan Ismail). Jurulatih: Abdul Rahman Ibrahim.
  • Senarai Pemain Arsenal FC: David Seaman (John Lukic), Tony Adams (Martin Keown), Steve Bould, David Grondin, Gillies Grimandi, Patrick Viera, Ray Parlour (Luis Boa Morte), Emmanuel Petit, Marc Overmars (Kaba Diawara), Nwankwo Kanu, Nicolas Anelka. Pengurus: Arsene Wenger.
  • Pengadil: Kim Young Joo (Korea Selatan).

***********************************

Sumber dan rujukan:
  1. Majalah Arena Bola Sepak;
  2. http://www.utusan.com.my/;
  3. www.nst.com.my/;
  4. http://www.facebook.com/adrian.aboy2;
  5. http://arsenal4u.com/2012/07/info-sejarah-pertemuan-arsenal-vs-malaysia/;
  6. http://rizalhashim.blogspot.com/2011/07/1999-revisited.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...