Rabu, Disember 26, 2012

Boca Juniors lawan Jemputan Selangor XI (Januari 1982).



 
2013 - Coach Reduan Abdullah, lagenda Selangor FA dan Malaysia. Beliau pernah beraksi menentang Boca Juniors FC yang dibintangi oleh Diego Armando Maradona pada Januari 1982. Juga merupakan sahabat karib SuperMokh (Allahyarham). Gambar kenangan selepas Veteran Selangor menentang SAM FC. 
2013: Gambar kenangan bersama 
Tuan Khairudin Mohamad, bekas jurulatih dan 
pemain PKNS FC, yang turut menganggotai skuad 
Jemputan Selangor sewaktu berdepan 
Boca Juniors pada 1982. 
Diego Maradona: 
Pemakai jersi No. 10 
yang digeruni.
Maradona sewaktu bertemu 
seteru Boca, River 
Plate FC.
Maradona dijulang 
sebagai wira Boca.
Beberapa aksi Maradona
sewaktu bersama Boca.
Bergambar kenangan dengan peminat,
dalam satu perlawanan Siri Jelajah Dunia
Boca Juniors FC, 1981.
Gaya seorang lagenda.
Diego Maradona, 1981.

Meskipun pernah didapati bersalah kerana 
menggunakan dadah larangan, Maradona tetap 
dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang zaman, 
di samping Pele, Eusebio dan lain-lain.
Carlos Cordoba, penjaring gol penyamaan
Boca Juniors pada minit ke-19, sewaktu
bertemu Jemputan Selangor.
Carlos Alberto Rodriguez, penjaga gawang 
yang ditewaskan oleh Fandi Ahmad 
di Stadium Merdeka.
Roberto Mouzo, pemain Boca Juniors
yang beraksi menentang Jemputan Selangor pada 1982.
Beliau kembali ke Malaysia untuk
mempromosikan Kejohanan Piala
CYC pada 2007.
Skuad gemilang Boca Juniors FC.
Keluarga besar Boca, 1981.
Jersi Boca Juniors 1982.
Logo skuad Biru-Emas dan Merah-Kuning.
Piyapong Pue-On, lagenda Thailand yang
pernah beraksi sebagai pemain import untuk  Pahang FA.
Selain beraksi untuk Jemputan Selangor menentang Boca
Juniors, beliau turut beraksi untuk Pilihan Selangor
sewaktu menentang Groningen FC (Belanda).
Reduan Abdullah cuba mengekang Maradona.
Reduan Abdullah, lagenda Selangor yang
ditugaskan untuk mengekang Maradona
pada 1982. Kini menjadi pengulas
sukan di Astro Arena.

Fandi Ahmad, anak Melayu yang mencipta 
nama di Eropah. Mengejutkan Boca Juniors dengan 
jaringan tunggal Jemputan Selangor 
di Stadium Merdeka pada 1982.

Khan Hung Meng, seorang lagi lagenda
Selangor FA. Beliau pernah mewakili Malaysia
dalam pertandingan bola sepak pantai pada 1996,
yang turut disertai lagenda dunia seperti 
Eric Cantona.
Naskah biografi Supermokh.
Kulit belakang biografi Supermokh
menampilkan gambar Allahyarham
dengan Diego Maradona.
Trofi Pemain Terbaik Dunhill, jersi Supermokh
dan kenangan Maradona-Boca Juniors.

1982: Jaguh Asia Tenggara 
bersama jaguh dunia.
Supermokh dan Maradona,
bertukar cenderamata pasukan.
Supermokh dan Diego Maradona, di mana
Jemputan Selangor tewas 1-2 kepada
Boca Juniors FC pada 1982.
Sekitar aksi Jemputan Selangor-Boca
Juniors pada tahun 1982 di Stadium Merdeka.
Santokh Singh, antara yang
beraksi cemerlang.
Supermokh cuba melepasi pertahanan
Boca Juniors.
1982: Selepas Kuala Lumpur, Boca Juniors FC
memilih Jepun sebagai destinasi
jelajah mereka.
Dua lagenda: Supermokh dan Zainal Abidin Hassan,
dalam satu aksi PKNS menentang Kelab
Sultan Sulaiman pada tahun 1980.
Kulit buku Supermokh terbitan DBP. Gambar kulitnya
memaparkan Supermokh memakai jersi yang sama
rekaannya dengan yang digunakan sewaktu
menentang Boca Juniors.
Diego Maradona-Mokhtar Dahari.
Fandi Ahmad (Singapura), SuperMokh (Malaysia) 
dan Piyapong Pue-On (Thailand). 
Jagoan Asia Tenggara.
Fandi Ahmad dan Pue On ketika
mewakili Singapura dan Thailand.

12hb Januari 1982 (Stadium Merdeka, Kuala Lumpur).

Seperti yang kita sedia maklum, dua legenda bolasepak ini – Diego Armando Maradona dan Mokhtar Dahari -- pernah bertemu dalam satu perlawanan di Malaysia (malah, sebelum Maradona terkenal pada Piala Dunia 1986). Peristiwa yang kini dianggap bersejarah ini adalah perlawanan persahabatan yang membabitkan pasukan Jemputan Selangor XI yang diketuai oleh ‘Supermokh’ (Mokhtar Dahari) dengan kelab terkenal Argentina, Boca Juniors, yang diketuai oleh Diego Maradona ketika itu. Dilangsungkan pada 12hb Januari 1982, Boca Juniors FC bertandang ke Stadium Merdeka dengan status digeruni iaitu juara Liga Metropolitano Argentina 1981. Sebelum ke Malaysia, Boca Juniors FC telah mengadakan pertemuan dengan El Savador FC di Los Angeles (menang 2-0) dan Seiko FC di Hong Kong (juga menang 2-0).

Meskipun sekadar seketika sahaja, kedatangan skuad lagenda dari Argentina yang terkenal dengan gelaran ‘Los Xeneizes’; ‘La Mitad Mas Uno’; ‘Azul y Oro’ dan ‘El campeón del siglo XXI’ itu tetap meninggalkan kesan yang besar dalam jiwa dan sanubari peminat bola sepak tempatan. Perlawanan yang dihadiri oleh kurang-lebih 23,000 orang penonton ini dikenang sebagai antara detik terpenting dalam peristiwa bola sepak dan sukan Malaysia. Perlawanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebagai salah-satu daripada siri perlawanan persahabatan, untuk persediaan skuad Selangor FA, yang mempunyai misi besar untuk menjuarai Piala Malaysia 1982. Malah, FAS menjanjikan ganjaran untuk menyaksikan Piala Dunia 1982 kepada anggota skuad Selangor FA, jika berjaya mencapai sasaran: menjuarai Piala Malaysia 1982.

Kehadiran Diego Maradona bukan sahaja mengundang minat yang membuncah dalam jiwa para peminat, tetapi juga cabaran yang besar kepada barisan pertahanan Jemputan Selangor. Hal yang demikian, pihak FAS telah menjemput dua orang jaguh Asia Tenggara iaitu lagenda Singapura, Fandi Ahmad dan lagenda Thailand, Piyapong Pue-On untuk berdepan Boca Juniors FC. Piyapong Pue-On merupakan antara pemain terawal Thailand yang beraksi dalam Liga Semi-Pro Malaysia pada akhir 80an. Beraksi dengan Pahang FA, beliau merupakan pemain yang seangkatan dengan Boonphob Praput, Vichek Kongmak, Anan Punsang (Kelantan FA) dan Phradupan Jarunya (Perlis FA). Selain itu, Jemputan Selangor turut diperkuatkan oleh kehadiran lagenda Malaysia dari Melaka FA, iaitu ‘Towkay’ Soh Chin Aun (kini Datuk). 

Tatkala Fandi dan Piyapong digandingkan sebagai trio penyerang Jemputan Selangor XI bersama Supermokh, Soh Chin Aun dan Santokh Singh pula ditugaskan untuk mengemudi benteng pertahanan. Reduan Abdullah yang menggunakan jersi nombor 6, mengawal barisan tengah, manakala R. Arumugam setia menjaga pintu gol Selangor. Pada babak awal permainan, Jemputan Selangor mengasak gawang Boca Juniors secara bertubi-tubi. Hasilnya, penyerang muda Singapura, Fandi Ahmad, berjaya menewaskan Carlos Alberto Rodriguez pada minit ke-4. Kejayaan Fandi memperdaya Rodriguez yang digelar ‘La Pantera’ itu, disambut dengan sorakan meriah penyokong tuan rumah.

Kemudian, pada minit ke-17, Maradona mula mengancam pintu gol Selangor, menerusi percubaannya yang terkena palang gol. Selanjutnya, pada minit ke-19, Carlos ‘Cacho’ Cordoba yang memakai jersi nombor 3, membuat jaringan tepat di bahagian sudut gol Selangor, sebelum Boca mula menguasai perlawanan tersebut. Tidak seperti corak permainan Eropah yang menerapkan hantaran jauh, Boca mempamerkan hantaran pendek dan penguasaan bola. Apabila pemain Jemputan Selangor cuba menyerang, barisan pertahanan Boca bertahan secara padat dan mantap, menyebabkan sukar untuk Selangor melakukan sebarang gerakan bahaya.

Lagenda Selangor dan Malaysia, ‘The Spiderman’ R. Arumugam beraksi cemerlang sepanjang babak pertama perlawanan, sebelum ditewaskan lagenda dunia, Diego Armando Maradona yang berjaya melepasi perangkap ‘offside’, pada minit ke-60. Selain ‘La Pantera’ Rodriguez, ‘Cacho’ Cordoba dan Maradona, skuad Boca Juniors FC turut dibarisi oleh Hughie Alves, Pasucci, Ruggeri, Benitez Krasouski, Marito Zanabria, Gareca, dan Perotti Mono. Selain Boca Juniors FC, Selangor FA turut berhadapan dengan beberapa pasukan lain seperti Young Boys of Berne FC dan Zurich Grasshoppers FC dari Switzerland serta Matsushita FC (Jepun) dalam siri perlawanan persahabatan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Selepas menentang Jemputan Selangor, skuad Boca Juniors meninggalkan Kuala Lumpur dan menaiki penerbangan selama 10 jam untuk ke Tokyo dan Kobe yang ketika itu sedang mengalami musim sejuk. Mereka berada di Jepun dari 16 hingga 24hb Januari 1982, untuk perlawanan persahabatan dengan skuad Jepun yang berkesudahan dengan tiga kemenangan berturut-turut (1-1, 3-2 dan 0-1). Kemudian, Maradona dan rakan-rakannya bertemu dengan Club America FC, di mana mereka menang 2-1, sebelum mengakhiri siri Jelajah Dunia Boca Juniors 1982 dengan berdepan Comunicaciones FC (Boca menang 1-0).

-------------------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. Berita Harian;
  2. Utusan Malaysia;
  3. New Straits Times;
  4. Arena Bola Sepak;
  5. Arena Bola Sepak;
  6. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/cerita-malaysia-ke-olimpik-1980-moscow.html;
  7. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/cerita-malaysia-ke-olimpik-1972-munich.html;
  8. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/3hb-mei-1986-sabtu-perlawanan-piala.html;
  9. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/19hb-mei-1999-malaysia-xi-lawan-arsenal.html;
  10. http://chedinsphere.blogspot.com/2011/03/penjaga-gol-terbaik-malaysia.html;
  11. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana_Sukan&pg=rs_01.htm;
  12. http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
  13. http://www.rsssf.com/tablesb/boca-wtrip82.html;
  14. http://pesstatsdatabase.com/viewtopic.php?f=504&t=26096;
  15. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/8/8/sports/18531227&sec=;
  16. http://imborrableboca.blogspot.com/2009_10_01_archive.html;
  17. http://www.homes-stadium.jp/guide/history/;
  18. http://football-ratings.blogspot.com/2012/07/memory-lane-argentine-league-1981.html.

2 ulasan:


  1. Good blog! You have described in a nice way.
    Thanks for sharing this information.
    Islamic themes

    BalasPadam
  2. Good blog! You have described in a nice way.
    Thanks for sharing this information.
    kadkahwinonline

    BalasPadam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...