Jumaat, September 20, 2013

VETERAN SELANGOR 4, SAM FC 3.


Shukor Adan, bekas kapten Malaysia, bersama Bro Rizal, sahabat saya. Juga seorang jurugambar yang berbakat.
"Ulau melingkau atas pagau!", bak kata Bro Rizal.
Bro Ariff bersama Shahrin Majid. Datang jauh dari Kuala Kubu Baru (KKB) semata-mata mahu berjumpa bekas bintang Selangor. 
Bro Ariff bersama Shahril Arsat.
 
Coach Reduan Abdullah, lagenda Selangor FA dan Malaysia. Beliau pernah beraksi menentang Boca Juniors FC yang dibintangi oleh Diego Armando Maradona pada Januari 1982. Juga merupakan sahabat karib SuperMokh (Allahyarham).
Coach Rashid Hassan, lagenda Malaysia. Beliau beraksi selaku penjaga gawang ketika Malaysia seri 1-1 dengan skuad England B yang dibimbing oleh Sir Bobby Robson pada tahun 1978. Juga merupakan anggota pasukan kebangsaan yang memenangi pingat emas Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.
Bro Shahrin Majid, bekas pemain Selangor FA yang berjasa. Berusia 40an, masih mampu membuat larian deras dan sepakan kencang. Tabik hormat buat beliau.
Bro Shahril Arsat, antara nama bintang Red Giants era 90an yang paling dikenang. Selain Selangor FA, beliau pernah beraksi untuk beberapa pasukan seperti Pulau Pinang FA, MPPJ FC dan Sarawak FA.
Antara penjaga gol yang saya minati, Yap Kam Choon. Gambar sebelah kanan: Bro Kam Choon bersama skuad Selangor FA pada musim 1996 dan 1997.
Bro Shukor Adan, anak Melaka dan bekas ketua pasukan Selangor FA serta Malaysia. Bersama Malaysia, antaranya memenangi pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur (2001); selain menganggotai skuad Malaysia yang beraksi menentang Brazil, Chelsea FC dan Manchester United FC. Antara trofi yang dimennagi beliau ialah Juara Piala Sumbangsih 2002; Juara Liga Perdana Malaysia 2005 (Divisyen 2); Juara Piala Malaysia 2002 dan 2005; Juara Piala FA Malaysia 2005; Naib Juara Piala Malaysia 2008 dan Naib Juara Piala FA Malaysia 2007/08.
Sekitar aksi perlawanan Veteran Selangor-SAM FC.
Pengurus pasukan SAM FC, Izahar Atan dan ketua jurulatih, Arep Kulal (putih) merencana strategi sebelum aksi menentang Veteran Selangor malam tadi.
Bro Md Duang, anggota skuad SAM FC yang sempoi. 
Skuad SAM FC.
Pasukan Veteran Selangor.
Shah Alam (20hb September 2013).
Hatrik Shahrin Bantu Kemenangan Veteran Selangor
Veteran Selangor berjaya membenam cabaran pasukan SAM FC, 4-3 dalam aksi persahabatan menjelang aksi Piala Sultan Selangor pada 28hb September nanti. Perlawanan yang berlangsung di Padang SUK, Shah Alam malam tadi menyaksikan pasukan Veteran Selangor terlebih dahulu menguji gawang SAM FC yang dikawal Nashrul Haq. Veteran Selangor berjaya mendahului melalui jaringan Anuar Abu Bakar hasil kesilapan pertahanan SAM FC.

Aksi longlai SAM FC membawa padah apabila Shahrin Majid meledak gol kedua perlawanan buat Veteran Selangor selesa mendahului.

Babak kedua, SAM FC melakukan beberapa pertukaran dan meningkatkan tempo permainan. Usaha gigih anak buah Arep Kulal membuahkan hasil apabila Mohd Afendi merapatkan defisit jaringan. Namun, Shahrin Majid kembali menjarakkan kedudukan hasil rembatan kencang yang gagal diselamatkan penjaga gol gantian SAM FC, Azman (Jerbart).

Pasukan SAM FC berpeluang menambah jaringan namun jentera serangan yang diterajui oleh Fatah Razali dilihat ‘berkarat’ setelah berehat panjang tanpa sebarang aksi.

Pada babak ketiga, SAM FC mula mendominasi permainan tatkala pemain Veteran Selangor sudah mulai keletihan. Kapten SAM FC, Abu Bakar Atan berjaya merapatkan kedudukan apabila percubaannya dari luar kotak penalti terus menerjah jaring menewaskan Rashid Hassan. Namun, api kebangkitan SAM FC, berjaya dipadamkan oleh jaringan hatrik Shahrin Majid seterusnya gol keempat Veteran Selangor.

Tersentak dengan itu, SAM FC meningkatkan asakan dan penyerang gantian,Ismadi Abdul Manap yang masih dibelenggu kecederaan berjaya menyudahkan satu umpanan menarik Md Duang dengan menolak masuk melepasi jangkauan Rashid Hassan. Hasrat SAM FC untuk sekurang kurangnya mengikat kedudukan tidak kesampaian sebaik sahaja tiupan wisel penamat.

Jurulatih SAM FC, yang ditemui selepas perlawanan menyatakan pasukannya seharusnya memenangi perlawanan ini seandainya pemainnya tidak melepaskan peluang terhidang. Ternyata pasukan beraksi dibawah prestasi sebenar.

---------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...