|
Ahli Lembaga Majlis Tertinggi KDH. |
|
Sekitar Majlis Konvokesyen KDH. |
Kolej Dar al-Hikmah (KDH) adalah salah-satu Pusat Pengajian Tinggi Islam Swasta
bertaraf universiti di DUN Bangi. Sebuah lagi ialah Kolej Universiti Islam
Antarabangsa (KUIS) Bandar Seri Putera, Bangi. KDH adalah jelmaan daripada
aspirasi perjuangan pemuda-pemuda Islam di dalam organisasi ABIM itu sendiri
yang memperjuangkan Islam syumul, termasuklah di dalam bidang pendidikan.
Mereka bukan saja mahu melihat, tetapi merangka pendidikan Islam selengkapnya.
Kolej
Dar al-Hikmah (KDH) dahulu dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam
(IPI). Ia mula beroperasi pada tahun 1989 dan merupakan kolej swasta Islam yang
terawal ditubuhkan di Malaysia. Matlamat KDH adalah untuk membangun
tradisi ilmu memugar kegemilangan Tamadun Islam dan menjadikan Islam
sebagai cara hidup.
|
Logo KDH. |
|
Kepala surat dan logo IPI. Kenangan. |
IPI
asalnya mempunyai beberapa buah cawangan di Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Johor,
dan Kota Bharu. Sementara kampus induknya terletak di bangunan Kompleks Dar
al-Hikmah, Sungai Ramal, Kajang, Selangor.
Antara
cawangan IPI yang telah berkembang ialah Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST)
yang dahulunya dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI)
Cawangan Kelantan. IPI ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah naungan Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM). Kemudiannya IPI dinaiktaraf menjadi Kolej Islam
Sains & Teknologi (KIST). KIST ditubuhkan pada tahun 2003, hasil dari
cetusan kesedaran tentang pentingnya usaha penyuburan pemikiran dan tradisi
intelektualisma dalam membangunkan kegemilangan tamadun Islam.
|
Sekretariat lama ABIM, 'Anjung Rahmat' di Gombak. |
|
Sekretariat ABIM sekarang, di Taman Cemerlang, Gombak. |
IPI
yang diuruskan oleh Syarikat Bina Ilmu Sdn. Bhd. dan ABIM adalah pemegang saham
utamanya, telah didaftarkan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta
(IPTS) pada 1997. Perubahan nama kepada Kolej Dar al-Hikmah (KDH) berkuatkuasa
pada 1 Muharram 1423/15 Jun 2002. KDH bernaung di bawah Syarikat Bina Ilmu Sdn.
Bhd milik Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Koperasi Belia Islam
(KBI).
Visi
KDH adalah untuk menjadi institusi pengajian tinggi yang unik, cemerlang dan
terbilang. Tiga misi utamanya pula adalah untuk menyediakan pendidikan
bersepadu di peringkat pengajian tinggi; melaksanakan tarbiah yang lengkap dan
seimbang jasmani, aqli dan rohani; serta membina generasi yang bertaqwa,
berketrampilan, relevan dan komited.
Sebagai
rekod, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditubuhkan sebagai sebuah gerakan
bertunjangkan ilmu dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana
(moderate) berasaskan realiti setempat di samping memegang prinsip-prinsip
Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan Islam.
KDH
(ketika itu IPI) ditubuhkan pada dekad kedua penubuhan ABIM, iaitu tahun-tahun
1980-an, di mana kepimpinan ABIM beralih kepada Ustaz Siddiq Fadzil (Dato’
Dr) sebagai Presiden ketiga pada tahun 1983. Pendekatan ABIM sewaktu
dekad kedua ini ditandai oleh perubahan orientasi ke arah pendekatan menangani
dan menyelesaikan masalah (problem-solving). Semenjak itu, beberapa
institusi dakwah di bidang pendidikan dan perekonomian telah dikembangkan seperti
Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI) dan Islamic-Outreach ABIM (IOA).
|
Antara program anjuran KDH. |
Almarhum Ustaz Niamat Yusof, Yang Dipertua ABIM Kedah yang
pertama dan antara pengasas terawal Taski ABIM dan Maahad Derang.
Selain Ustaz Niamat, turut terlibat ialah Dr Abdul Rahman Kurais, Tuan Haji Ahmad Said, Dr Ghazali Basri, Dr Abdul Halim El-Muhammady, Saudara Ismail Yusof, Saudara Che Yob Mahmood, Saudara ‘Abah’ Zahidin Mahmood, Saudara Anuar Tahir,
Saudara Annuar Salleh dan ramai lagi. Al-Fatihah.
|
|
Penubuhan
KDH adalah sebagai penerusan program tarbiyah dan dakwah ABIM yang bermula
daripada Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI-1979); Kelas Tahfiz yang bermula
di Taiping Perak (1985); Sekolah Rendah Islam (SERI-1989); Sekolah Menengah
Islam (SEMI-1985); Pusat Latihan ABIM, Sungai Ramal, Kajang (1980an)
sehinggalah IPI dan seterusnya KDH. Lantaran itu selepas tertubuhnya ABIM,
bahagian pendidikan diberi tugas merangka dan melaksanakan pendidikan Islam
menerusi penubuhan institusi-institusi tersebut.
Perjalanan
pusat-pusat pengajian di atas dan cawangan-cawangan adalah secara swasta,
termasuklah KDH. Penubuhannya adalah hasil cetusan kesedaran tentang pentingnya
usaha penyuburan pemikiran dan tradisi intelektualisme dalam membangun semula
kegemilangan tamadun Islam. Institut ini diharap dapat menyumbang ke arah
mengisi aspirasi tersebut menerusi gerakan keilmuan yang bertujuan memecah
kebekuan intelektual, pengislaman ilmu dan pembebasan umat dari belenggu
tradisi intelektualisme Barat.
KDH
turut menghasilkan penerbitan-penerbitan ilmiah dan Jurnal Pendidikan Islam. Disamping
mengambil pendekatan perbandingan antara keilmuan Islam dan pengetahuan moden, KDH
berusaha menggabungkan pemikir-pemikir bernas yang bermanfaat dari pertubuhan
intelektualisme sejagat.
Bagi
memenuhi hasrat itu, KDH menyediakan kursus-kursus asas Islam sebagai subjek
wajib kolej dan menggabungkannya dengan program profesional/akademik
untuk melahirkan sumber manusia yang beriman, berilmu, berketrampilan,
berakhlak, komited dan berdaya maju.
|
Pidato Ustaz Siddiq Fadzil dalam sebuah majlis. |
|
Panji ABIM: Kobar jiwa semangat. |
|
Sekitar Kompleks Dar al-Hikmah. |
|
Maklumat berkenaan KDH. |
|
Liputan berkenaan KDH dalam akhbar Berita Harian. |
KDH
sedang, telah dan akan terus menyahut cabaran dalam bidang pendidikan. Ini
terbukti dengan langkah institusi itu yang turut merangkumkan bidang pengajian
teknologi maklumat (IT) sebagai mata pelajaran wajib ke atas semua pelajarnya,
selain mata pelajaran teras iaitu ilmu-ilmu Islam untuk memastikan mereka mampu
memenuhi keperluan sumber tenaga manusia negara.
Hal
ini demikian bagi memastikan bahawa lulusan KDH mampu bersaing dengan graduan
daripada mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) lain di negara ini dalam
menempatkan diri mereka dalam sektor pekerjaan.
Sehingga
kini, KDH telah pun melahirkan ribuan graduan dalam pelbagai bidang seperti
Pengurusan Islam, Perakaunan Islam, Syariah, Usuluddin, Ijtima’i, Bahasa Arab,
Pengajian Islam, Pengajian al-Quran, Pengurusan Perbandingan dan Undang-Undang
Perbandingan di peringkat diploma.
Di
atas sumbangan dan kemampuannya, KDH seharusnya terus diberi mandat oleh banyak
pihak sama ada sektor kerajaan dan swasta, untuk melahirkan lebih ramai
intelektual Islam yang bukan sahaja menguasai ilmu-ilmu Islam, tetapi pada masa
yang sama mampu menguasai ilmu dunia moden sarwajagat.
------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
- http://institute-ipi.tripod.com/pendahuluan.htm;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2010/12/sejarah-angkatan-belia-islam-malaysia.html;
- http://drshafie.blogspot.com/2010/03/bersama-mengisi-tabung-dana-darul.html;
- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm#ixzz2fJRF5AJT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan