Isnin, Disember 30, 2013

Majlis Perkahwinan Bro Syafeque Azhar, Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK).


Alhamdulillah, saya dan beberapa orang Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) sempat menghadiri majlis kesyukuran sempena perkahwinan Sahabat KJK dan penyokong setia Selangor FA, Bro Syafeque Azhar dan pasangan di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.
Selamat pengantin baru, buat Bro Syafeque.
BarakAllahu lakuma wa baraka alaikuma wa jamaah baina kuma fi khair.
Viva Selangor. Padu.
.

Selangor FA, Juara Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih 2002.















 
 


Selangor FA, Juara Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih 2002.
Pada tahun 2002, Azman Adnan telah kembali mewakili Selangor FA yang kemudiannya berjaya menjuarai Piala Malaysia buat pasukan tersebut untuk kali ke-31. Gol kemenangan dalam perlawanan akhir penuh dramatik tersebut dijaringkan oleh Amri Yahya, pemain muda yang kemudiannya menjadi pemain Selangor yang sangat berpengaruh untuk skuad Selangor pada hari ini. Amri menjaringkan gol selepas gerakan cantik Jaafar Salleh dikuis pemain import, Mass Sarr Jr. dan melantun kepada Amri. Pada musim tersebut, Azman dan rakan-rakannya telah membantu Selangor untuk muncul juara Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Ini merupakan Piala Malaysia terakhir yang dijulang oleh Azman Adnan.

--------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. Akhbar Utusan Malaysia;
  2. Akhbar New Straits Times;
  3. Majalah Arena Bola Sepak;
  4. https://www.facebook.com/ahmadjohari.yeopaziz?fref=ts;
  5. https://www.facebook.com/hangpcdua.malaya?ref=ts&fref=ts;
  6. https://www.facebook.com/pages/Kelab-Jersi-Kita/102781643230951?fref=ts.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...