Khamis, Februari 28, 2013

Kedah Johan Piala FA 1996.

Kedah Johan Piala FA 1996
Pada tahun 1996, Liga Semi-Pro telah diganti dengan Liga Malaysia (Liga-M). Tahun 1996 menyaksikan Sarawak FA menerima tajaan daripada Bank Utama di samping menduduki tempat ke-7 Liga-M. Kedah FA pula yang menerima bimbingan jurulatih baru, Mustakeen Omar, menjadi Naib Juara Liga Perdana 1996, Juara Piala Emas Raja-Raja (menewaskan Perlis, 1-0) dan Juara Piala Agong (mengalahkan Kelantan).

Penglibatan Datuk Ahmad Basri (Allahyarham) dalam Skuad Kenari ketika itu berjaya mengangkat martabat pasukan Kedah, yang pernah jatuh ke Divisyen Dua pada 1993. 

Selain berjaya memenangi Piala FA pada tahun 1996, Kedah di bawah teraju Datuk Ahmad Basri berjaya merangkul semua kejuaraan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk Piala Emas Raja-Raja, Piala Sumbangsih dan Piala Agong.

Kedah FA yang menggunakan dua pemain import iaitu Kane Mamadou dan Andre Luis Nascimento bagaimanapun gagal layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 1996, yang akhirnya dijuarai oleh Selangor FA setelah menewaskan Sabah FA menerusi sepakan penalti di Shah Alam. Pada 2001, Sarawak FA berjaya layak sekali lagi ke Perlawanan Akhir Piala FA, tetapi tewas lagi: kali ini kepada pasukan Selangor menerusi gol emas D. Surendran pada minit ke 109.
------------------------------------------------------


Sumber dan Rujukan:
  1. http://myfcf.blogspot.com/;
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/
  3. www.nst.com.my/;
  4. Majalah Football;
  5. Majalah Arena Bola Sepak.

Selangor Juara Piala FA 2001.


2001: Nidzam Jamil (Selangor) cuba 
menyekat pemain Kuala Lumpur, Yaakob Iris. 
Selangor Juara Piala FA 2001(10hb Jun 2001)

Selangor merangkul kejuaraan bola sepak Piala FA buat kali ketiga sejak kempen ini dipertandingkan pada 1990, selepas menewaskan Sarawak 1-0 pada perlawanan akhir yang mendebarkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. Bermain di hadapan kira-kira 50,000 penonton, sebahagian besarnya penyokong Merah Kuning, perlawanan akhir edisi ke-12 itu dipisahkan dengan jaringan emas pemain pertahanan, D. Surendran pada minit ke-109 masa tambahan sudden death.

Gol berpunca daripada hantaran ke tengah pemain sayap kanan, Mohd. Shawal Johadi yang ditanduk masuk oleh Surendran menewaskan penjaga gol Sarawak, Mohd. Azley Abdullah.

Ia adalah kemenangan ketiga untuk Selangor selepas merangkulnya pada 1991 dan 1997. Ia juga penampilan kali keempat pasukan Merah Kuning dalam perlawanan akhir pertandingan ini yang bermula pada 1990.

Perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan sudden death selepas kedudukan masa penuh terikat tanpa jaringan biarpun kedua-dua pasukan galak menyerang ke kubu lawan masing-masing. Begitupun, perlawanan akhir agak tercemar sebaik tamat masa penuh permainan apabila penonton mula membakar mercun. Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Perlawanan masa tambahan pula terpaksa dimulakan sedikit lewat apabila pegawai perlawanan terpaksa membersihkan tepi padang yang dipenuhi dengan objek-objek yang dilempar penonton. Biarpun tiada sebarang jaringan dilakukan oleh kedua-dua pasukan sepanjang 90 minit permainan, aksi yang dipamerkan agak menarik dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Pasukan Red Giants yang dibimbing jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim meletakkan tiga penyerang di depan _ Rusdi Suparman, Mohd. Nizaruddin Yusof dan Yusri Che Lah yang lebih bertindak selaku pemain penyerang bahagian tengah. Bagaimanapun, barisan pertahanan pasukan Bujang Senang pimpinan Abdul Jalil Rambli lebih kental mengekang asakan pasukan ‘tuan rumah' yang memiliki kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri.
  • SELANGOR: Azmin Azram Aziz, B. Rajinikandh, Khairil Zainal, Shamsul Amri Abu Bakar, Nor Suhaimi Bahaudin, D. Surendran, Asmawi Bakiri (Khairun Haled Masrom), Jaafar Salleh (Mohd. Amri Yahya), Yusri Che Lah, Mohd. Nizaruddin Yusof, Rusdi Suparman (Mohd. Shawal Johadi).
  • SARAWAK: Mohd. Azley Abdullah, Jeffry Untam, Mohd. Nazri Yunos (Abang Mohd. Zafari), Mohd. Zaidil Sakup (Samsul Napiah), Dahlan Matusin, Mohd. Ali Sapiee, Gilbert Cassidy Gawing, G. Muthu (Bobby Pian), Ramos Sari, Ramles Sari, Abdul Halim Jantan.
  •  

***********************************************************
Sumber dan Rujukan:
  1. http://sarawakfootballshirts.blogspot.com/2008/07/2001-fa-cup-final-gk-replica-shirt.html;
  2. http://myfcf.blogspot.com/;
  3. http://www.utusan.com.my/utusan/
  4. www.nst.com.my/;
  5. Majalah Arena Bola Sepak.
     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...