Aksi dan gelagat Haji Hasbullah ketika
era awalnya selaku
pengulas sukan. Beliau yang
berkacamata tampak segak mengulas perlawanan Piala
Malaysia 1988 antara Selangor
dan Kuala Lumpur.
|
Haji Hasbullah berehat seketika ketika
bertugas di Seoul,
Korea Selatan, ketika
rakaman Sukan Olimpik di sana.
|
Pengulas sukan RTM: Azlan Mubin,
Nurul Fatiha, Dato’ Haji
Hasbullah Awang,
Nurul Alis dan Zachki
Ahmad Suri.
Antara gambar terakhir Dato’ Hasbullah,
yang diambil oleh
Saudara
Zachki Ahmad Suri yang
juga
pengulas sukan TV.
“Saya Hasbullah bin Awang, 4331208 mengajak saudara mengenali antara
bintang-bintang yang kian mengerdip…”
Begitulah antara celoteh awal Dato’ Haji Hasbullah Awang, pengulas sukan
legenda ketika bertugas mengendalikan rancangan ‘Tunas Harapan’ di Radio
Malaysia Siaran Tempatan Kuantan pada 1974. Beliau juga pernah mengendalikan
rancangan radio ‘Soal Jawab Agama’.
Titik tolak permulaan Haji Hasbullah sebagai pengulas sukan bermula pada
1978, apabila Othman Haji Muhammad tidak dapat hadir ke stadium untuk mengulas
perlawanan di antara Pahang menentang Singapura. Antara pengulas sukan yang
sebaris dengan beliau ialah Datuk Rahim Razali, Abdullah Hashim, Sherkawi Jirim,
Jamaluddin Alias dan Amin Mahir.
Nyata, bukan mudah untuk menganalisis serta memberikan pandangan dalam
sesuatu rancangan sukan, apatah lagi bila ianya disiarkan secara langsung. Setiap pengulas perlu berada dalam kelas
tersendiri, sentiasa menterjemah perlawanan dengan adil, berfakta dan menarik. Memetik kata-kata bekas pengacara rancangan ‘Dunia Sukan’ (TV3),
Jahidin Ahmad: “Mengulas itu adalah satu kerja seni. Setiap pengulas perlu
mencari identiti sendiri”.
Bagi mereka yang membesar ketika zaman
90an, suasananya masih berbeza berbanding kini, apatah lagi ketika era
tersebut, Liga Semi-Pro mula diperkenalkan oleh FAM dan menjadi kegilaan rakyat
Malaysia. Ketika itu, kebiasaannya, ‘highlight’ akan disiarkan ketika ‘Evening
News’ di TV3, sekitar pukul 11 malam.
Kebiasaannya, para pengulas mempunyai
ciri dan karisma tersendiri pada setiap patah dan gaya tutur bahasa yang
diterjemah daripada tindakan luar jangka. Berikut disenaraikan antara ‘tagline’
atau kata-kata yang sinonim dengan pengulas-pengulas sukan tanah air – dulu dan
kini:
- Datuk Hasbullah Awang: “Mahali Jusali (Mahalli Jasuli)”; “Rizal Fahmi Che Mat (Khairul Fahmi Che Mat)”; “Nurul Idlan Taloya (Nurul Idlan Talaha)”; “Asri Susu (Ashri Chuchu)”; “…perhatikan bagaimana Mat Yo membuka silat”; “Di mana saya letak kertas saya?”; “Kelahiran Tanjong Karang, anak ke-3 daripada 6 adik beradik, ibunya suri rumah manakala bapanya pesawah....”; “Membelah pertahanan dan melepaskan tembakan meriam di situ…”; “Bola dihantar KE TENGAH!! menghantar bola ke sebelah kiri… dapat kepada Khyril nampaknya… (padahal penonton di rumah pun jelas nampak itu Kunanlan)... Kemudian, dengan selamba beliau akan ‘cover line’, “Ohh… maksud saya… Kunanlan sebenarnya yang bertukar-tukar posisi dengan Khyril di bahagian kiri”; “Tapi harus diingat…”; “Hantaran jauh kepada Mat Yo... ataupun Safee… larian kencang di situ oleh Kunanlan… ataupun Guru…”;
- Abu Bakar Atan: “Barang diingat...”;
- Shauki Kahar: “Nampaknya pemain-pemain mula menyemarakkan api perjuangan…”;
- Zainal Abidin Rawop: “Kalaulah saya....”;
- Jasni Shafie: “Kalaulah dapat saya sebutkan nama tunangnya… (ketika itu Rafdi Rashid dapat peluang di depan gol Terengganu, Final Piala Malaysia 2001)”;
- Azlan Johar: ‘Pemegang rekod’ - penyebut perkataan “CUKUP” paling banyak dalam tempoh 90 minit;
- Khaidir Buyong: “Sambil berlari sambil rembat…”;
- Razip Ismail: “Ya…. Betul….”; “Ya… Benar tu, Zainal…”;
- Richard Scully: “Ohh... satu rembatan leret terkena palang gol dari Safee Sali…”; “Mereka bermain dalam keadaan tertekan sekarang…”; “....aplikasi dan teknik yang baik...”; “..middle-third...”; “Jelas bukti…”;
- Dahlan Maamor: “Sudah Pastilah…”;
- Hafizal Hamad: “Terima kasih, terima kasih, terima kasih”.
Salut tinggi buat para pengulas sukan tanah air yang berjasa. Padu &
Grande buat semua.
.
bro,blh tolong siar kisah aziz ibrahim tak?
BalasPadamSalam alaik, Boh. In sya ALLAH, akan diusahakan. Padu. :)
PadamCeritalah pula tentang Hj Abdullah Hasim
Padamblogwalking here..
BalasPadam#follow me on shukranzahari.blogspot.com
#nuffnangclick
#happy blogging
Salam alaik. In sya ALLAH. Terima kasih. :)
Padamterima kasih atas semua info :-)
BalasPadamSalam alaik.
PadamTerima kasih, kerana sudi mengunjungi blog saya.
:)