Selasa, Februari 26, 2013

Selangor FA Johan Piala Malaysia 1982.

Wong Hung Nung, 
lagenda Selangor yang mula 
beraksi bersama skuad tersebut
pada tahun 1978.
 

Piala Malaysia 1982: Selangor lawan Terengganu FA.

Setelah mengharungi musim 1982 yang melelahkan (kerana terlalu banyak perlawanan persahabatan dianjurkan pada awal musim), pasukan Merah-Kuning akhirnya berjaya juga mencapai sasaran untuk muncul Juara Piala Malaysia untuk tahun tersebut. Pada Peringkat Suku Akhir, Selangor FA menewaskan Perlis FA dengan agregat 3-0, sementara Terengganu FA menewaskan Melaka FA dengan agregat 3-2. 

Selanjutnya, Separuh Akhir Piala Malaysia 1982 menyaksikan Selangor FA berjaya menumbangkan Pahang FA. Terengganu pula menewaskan Pualu Pinang FA dengan agregat 4-0. Pada Perlawanan Akhir, Selangor berjaya menewaskan Skuad Peteh Ganu Peteh dengan jaringan 1-0. 

Supermokh kemudianya mengumumkan persaraannya buat kali kedua pada bulan Oktober 1982, selepas kali pertama berbuat demikian pada bulan November 1978. Tahun 1982 juga menyaksikan Supermokh berjaya membantu Kelab PKNS FC untuk ke Perlawanan Akhir Piala FAM 1982.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...