Jumaat, Februari 15, 2013

Piala Dunia Hoki 1975: Malaysia tempat ke-4.


 
Piala Dunia Hoki 1975: Malaysia tempat ke-4.
Malaysia telah dipilih sebagai penganjur Kejohanan Piala Dunia Hoki pada 1975, di mana penganjuran tersebut mendapat sokongan penuh Almarhum Tun Abdul Razak, yang ketika itu memegang jawatan sebagai Presiden Persekutuan Hoki Malaysia.  Ketua pasukan hoki kebangsaan ketika itu ialah Poon Fook Loke. Beliau telah menjaringkan gol awal Malaysia sewaktu tumpas 2-3 pada peringkat Separuh Akhir kepada India. Beliau juga pernah beraksi dalam Kejohanan Hoki Liga A England.

Malaysia seri 0-0 dengan New Zealand, Sepanyol dan Belanda; di mana negara-negara tersebut merupakan jaguh hoki dunia dan Eropah ketika itu. Meskipun menang 3-1 ke atas Poland, Malaysia tumpas 0-1 kepada Pakistan. Namun, Malaysia berjaya melangkah ke Separuh Akhir selepas menewaskan Belanda.

Pada 13hb Mac 1975, Malaysia telah dijadualkan bertemu India dan berjaya mengikat jaguh hoki Asia tersebut 0-0 sehingga tamat perlawanan. Selepas 7 minit masa tambahan berlangsung, hujan lebat memaksa perlawanan ditangguhkan ke keesokan harinya. Pada 14hb Mac 1975, penyokong tempatan seramai 50,000 orang membanjiri Stadium Merdeka, seterusnya mencatat rekod dunia sebagai kehadiran paling ramai untuk perlawanan hoki. Kendatipun, pasukan kebangsaan yang berhempas-pulas gagal mengekang India apabila tewas 2-3.

Sewaktu penentuan tempat ketiga dan keempat, pasukan kebangsaan yang dilanda keletihan dan kekecewaan, dikalahkan oleh Jerman Barat dengan keputusan 0-4. Selain Pingat Perak Sukan Komanwel 1998, pencapaian Separuh Akhir Piala Dunia Hoki 1975 ini dianggap sebagai antara pencapaian terbaik sepanjang sejarah sukan hoki negara. Hidup Malaysia kita. Padu.

---------------------------------------------

Sumber:
  1. http://www.thestar.com.my/story.aspx?file=%2f2011%2f4%2f22%2ffocus%2f8533136&sec=focus;
  2. http://rizalhashim.blogspot.com/2009/09/1975-revisited.html;
  3. http://dniewcollectors.blogspot.com/2011/08/malaysia-3-rd-world-cup-hockey-1975.html;
  4. http://www.tribuneindia.com/2006/20060902/saturday/index.htm.

3 ulasan:

  1. assalamualaikum..maaf..nk tanya..kt mana enta dapat gambar-gamabr ini ya? ana sgt memerlukan gambar-gambar ini utk diselitkan dalam thesis ana..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..maaf..nk tanya..kt mana enta dapat gambar-gamabr ini ya? ana sgt memerlukan gambar-gambar ini utk diselitkan dalam thesis ana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam syeikh. Ada banyak majalah-buku sukan Malaysia di Aras 7 Perpustakaan Negara (KL) dan Aras 3 Perpustakaan Negeri Selangor (Shah Alam). Boleh buat pinjaman di sana. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...