Supermokh
jalani pembedahan lutut (1976).
Tahun
1976, ketika berada di puncak prestasi (berusia 23 tahun), SuperMokh mengalami
kecederaan teruk pada lutut kaki kanannya. Beliau terpaksa menjalani pembedahan
membetulkan ‘meniscus’ atau dalam bahasa sukannya ‘torn cartilage’. Justeru
itu, SuperMokh telah menjalani pembedahan lutut pada Disember 1976.
Operasi
meniscus pada era tersebut dikira sebagai pembedahan besar, yang mengambil masa
berbulan-bulan lamanya. Hari ini, pembedahan ‘meniscus’ hanya mengambil masa selama
45 minit dan pesakit kebiasaannya dapat beraksi selepas empat minggu.
Pembedahan
ini menyebabkan SuperMokh tidak dapat mewakili skuad kebangsaan sewaktu
Kelayakan Pra-Piala Dunia 1978 yang berlangsung di Singapura pada April 1977.
Skuad kebangsaan yang diletakkan dalam Kumpulan 1, menang 6-4 ke atas Thailand;
Seri 0-0 dengan Indonesia; tewas 0-1 kepada Singapura; serta seri 1-1 dengan
Hong Kong. Malaysia menduduki tempat ketiga di belakang Singapura dan Hong
Kong, sekaligus gagal untuk layak ke Piala Dunia 1978.
Akibatnya,
selepas pulih daripada kecederaan tersebut, prestasi Mokhtar sedikit menurun.
Beliau hanya insan biasa, kadangkala ada pasang surut, di samping kecederaan
lutut yang menghantui perjalanan kejaya beliau (mana-mana ahli sukan pasti tahu
bagaimana sukarnya untuk ‘menjaga’ diri akibat kesan kecederaan lampau).
Hingga
lah sampai suatu masa, pihak media dan orang ramai mempertikaikan prestasi
Mokhtar lebih-lebih lagi ketika beliau beraksi untuk skuad Malaysia, tanpa
ambil kira kesan kecederaan yang beliau alami sebelum itu.
November
1979, SuperMokh yang ketika itu berusia 26 tahun, mengumumkan persaraan
daripada skuad kebangsaan.
Gambar
Supermokh sewaktu di hospital setelah selesai menjalani pembedahan lutut, telah
diabadikan pada kulit depan Novel ‘Arca Berdiri Senja (ABS)’ karya
Baharudin C.D. Menurut Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail, naskah ABS memperlihatkan
sebahagian monumen dari puncak semangat perjuangan mahasiswa, memaparkan sikap
kepimpinan dan dan dunia keilmuannya.
Naskah
tersebut juga menyentuh beberapa persoalan lain seperti kekeluargaan,
percintaan, politik, kemiskinan dan kegelisahan sebagai manifestasi zamannya. Semuanya
itu tercerna dalam struktur yang meyakinkan. Karya ini telah diangkat sebagai
Pemenang Pertama Sayembara Novel Hari Guru 1976.
slm
BalasPadam