Selasa, Julai 30, 2013

Futsal, mengeteh dan jersi langka.


Program “Sinar Ramadan: Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma” 2013 M.

Belanjakan (harta kamu) untuk jalan Allah dan janganlah kamu menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan. Buatlah kebaikan, sesungguhnya Allah suka kepada orang yang berbuat baik.”
(Surah Al Baqarah, Ayat ke-195).

Alhamdulillah, pada hari Ahad, 28hb Julai 2013 bersamaan 19 Ramadhan 1434H, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Langat dengan kerjasama  Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) dan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) telah menganjurkan Program “Sinar Ramadan: Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma” di Kampung Melayu Pulau Carey, Kampung Orang Asli Sungai Judah dan Batu 11, Telok Panglima Garang.

Program ini digerakkan oleh ABIM Pusat di peringkat negeri serta daerah, dengan sekampit beras serta beberapa lagi barangan keperluan dapur disumbangkan kepada yang memerlukan.

Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap pengerusi Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan yang juga ADUN Sijangkang, Kuala Langat, Dr Ahmad Yunus Hairi, turut hadir ke Masjid Kampung Melayu Pulau Carey pada malam tersebut.

Sebanyak 35 kampit beras bersama kurma, barangan keperluan dapur dan pakaian sumbangan orang ramai telah diserahkan kepada penduduk-penduduk di kampong-kampung yang terlibat. Sebanyak 15 kampit beras dan bungkusan sumbangan diserahkan sendiri ke rumah penerima sumbangan, manakala 20 lagi kampit dan bungkusan sumbangan diserahkan dalam satu majlis di Masjid Kampung Melayu Pulau Carey.

Sebanyak lapan (8) buah kereta dan seramai 22 orang aktivis terlibat dalam telah menyertai program kali ini. Seramai kira-kira 100 orang menghadiri program yang dianjurkan kali ini. Semoga banyak manfaatnya, dalam membantu mereka yang memerlukan. Sesungguhnya, harta kita ialah maruah. Penyelamat kita ialah iman. Amin dan in sya ALLAH. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan 1434H ini.

Taqwa Dihayati, Ramadhan Dimaknai.”

Julang semangat zaman. Salam.
-------------------------------------------------------- 
Lagi info di sini:
  1. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/sumbangan-ramadhan-abim-kuala-langat.html;
  2. http://www.abim.org.my/v1/index.php/arkib-abim/35-fashion/207-abim-ajak-masyarakat-sertai-sinar-ramadhan-1433h;
  3. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/seputar-muktamar-sanawi-abim-ke-41-2012m.html;
  4. http://chedinsphere.blogspot.com/2010/12/sejarah-angkatan-belia-islam-malaysia.html;
  5. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/07/temasya-sukan-tahunan-abim-daerah-kuala.html;
  6. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/majlis-konvokesyen-taski-abim-kuala.html;
  7. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/05/ijtima-harakiyy-pepias-abim-wadah-kuala.html.

Rabu, Julai 24, 2013

Jersi DIY Kuala Lumpur FA 1996.



Salam Sejahtera.

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat  (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi Muhammad SAW. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penuh penghormatan kepadanya.”  (Surah Al-Ahzab: Ayat ke-56).

Semoga kita memperolehi  selawat daripada ALLAH SWT, memperolehi syafaat Nabi Muhammad SAW, memperolehi limpah rahmat daripada ALLAH SWT, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman dan banyak lagi.

‘Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad.’

Berselawatlah…

Ahad, Julai 21, 2013

Layanan buruk.

1985: Selangor FA lawan Manchester City FC.
1995: Mehmet dan rakan beliau dari Australia, Josip Biskic, 
cuba menyekat pemain muda Manchester United ketika itu, Nicky Butt, 
sewaktu kunjungan Red Devils ke Malaysia. Dalam dua perlawanan, Red Giants 
tewas 2-0 dan 4-1 kepada Red Devils. Josip terpaksa bermain untuk Melaka pada 1996, kerana peraturan dua pemain import yang diperkenalkan FAM. 
Tempat beliau digantikan oleh Mubin Mokhtar. 
Sedikit tulisan berkenaan Josip Biskic di sini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-josip-biskic.html.  
1996: Azman Adnan beraksi sewaktu Selangor FA menentang Middlesbrough FC.
1999: Tony Adams, Azman Adnan, Anuar Jusoh,
Moey Kok Hong dan Nwanko Kanu.

1999: Pemain Malaysia bersorak gembira selepas
Tengku Abdullah mengumukan bahawa mereka
akan menerima ganjaran berjumlah RM5,000
usai perlawanan dengan Arsenal FC.

2007: Amri Yahyah, lagenda Selangor yang menjaringkan
dua gol sewaktu menentang  Manchester  United.
2003: Piala Asia Liga Perdana FA di Malaysia
yang turut disertai Newcastle FC, mencatat sejarah manis
buat Hai-O  apabila berjaya menjaringkan gol
sewaktu menentang Chelsea FC.

Barisan skuad kebangsaan yang menentang
Chelsea pada tahun 2008 di Shah Alam.
Julai 2008: Pasukan negara tewas 0-2 kepada
Chelsea FC, di mana Amirulhadi dan Indra Putra
menyerlah dalam perlawanan tersebut.

Kenangan 2011: Skuad negara di bawah Ong Kim Swee,
yang dibintangi lima orang ketua pasukan berpengalaman:
Norhafiz Zamani Misbah, Hairuddin Omar, Badhri Radzi,
Amri Yahyah dan Shahrulnizam Mustapa.

Aksi Piya sewaktu menentang Chelsea FC.
Haruskah aku kalah lagi, setelah kalah dan kalah?
Mestikah aku jatuh lagi, setelah jatuh dan jatuh?
Atau harus aku gali kubur kita berdua
dan kutancapkan tonggak kayu atas kemenanganku?
Keputusannya ada pada sikapmu dan suasana di batinku.
-- “Sajak Pendek Bagi I.R.” (Ebiet G. Ade).

Seperti kebanyakan penyokong Malaysia, pastinya kita semua lebih cenderung agar pasukan kelab/negeri kita yang beraksi menentang kelab luar negara, bukannya skuad kebangsaan.

Sudahlah ia tidak membantu dari segi menaikkan ranking, timbul pula isu apabila pegawai dan wartawan tempatan menerima layanan buruk daripada pegawai sebuah kelab luar negara yang bertandang ke tanah tumpah darah kita sendiri.

Apapun, semoga Harimau Malaya dapat membalas penghinaan tersebut dengan saingan yang baik dan padu. Salam Ramadhan.  

Sabtu, Julai 20, 2013

Pengkelasan jersi.

  1. Match Worn (MW): Pernah dipakai pemain dalam suatu pertandingan.
  2. Match Issue (MI): Dipersiapkan untuk dipakai pemain dalam suatu pertandingan tetapi tidak dipakai kerana bersebab. Ia juga sebagai jersi cadangan untuk suatu perlawanan. Jersi ini sudah dilengkapi dengan patch dan nameset.
  3. Player Issue (PI): Jersi dengan spesifikasi sama seperti 2 jenis jersi di atas (MW & PI) namun belum pernah dipakai/dipersiapkan untuk suatu perlawanan. Jersi ini biasanya masih BNWT (Brand New With Tag) dan belum terdapat patch dan nameset. 
  4. 3 jenis jersi (MW, MI, PI) di atas tidak dijual secara rasmi.
  5. Authentic/P2R: Jersi dengan spesifikasi seiras dengan 3 jersi yang disebutkan. Jersi ini dijual secara rasmi di kedai/toko apparel/club store. Walaupun memiliki spesifikasi bahan dan detail yang seiras, tetapi tetap ada beberapa perbezaan. Dan jelas tidak disebut Player Issue kerana bukan dibuat (Issue) untuk dipakai para pemain (Player). Melainkan untuk dijual bebas.
  6. Nota kaki: Grade P2R hanya ada di jersi Nike. Perbezaan antara Jersi PI dan authentic juga hanya terdapat di jersi Nike. Sedangkan untuk Adidas dan mirip lain setakat ini belum dipastikan perbezaan antara jersi PI dengan jersi authentic yang dijual bebas.
  7. Replika: Jersi biasa yang tersedia di club store/apparel store. Jersi ini spesifikasinya berbeza dengan jersi PI/authentic. Tujuan utamanya agar jersi itu lebih sesuai untuk dipakai seharian.
  8. Supporter/stadium version: Jersi dengan grade/kualiti dibawah replika. Dibuat agar harganya lebih rendah oleh penyokong yang tidak mampu membeli jersi grade player issue/replika. 

-------------------------------------

Jumaat, Julai 19, 2013

Koleksi.

Sebahagian koleksi album gambar dan keratan akhbar berkenaan nostalgia Liga Malaysia yang sedang dalam proses muat-naik untuk dikongsikan dengan para Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK). 

Ada yang dipinjamkan oleh bekas-bekas pemain dan ada yang dihadiahkan oleh para Sahabat KJK. 

Semoga lebih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang sudi berkongsi bahan-bahan bersejarah untuk tatapan generasi kini dan masa hadapan, in sya ALLAH.

Bersama kita martabatkan jersi dan liga tempatan kita. Padu.

Isnin, Julai 15, 2013

Jersi Kronos Selangor FA, 2004.


Salam. :)

Saya sedang mencari jersi Selangor FA (jenama ‘Kronos’) tahun 2004. Kepada para sahabat-pembaca budiman yang mempunyai info berkenaan sesiapa yang sudi menjual jersi ini, bolehlah maklumkan kepada saya, kerana saya berminat untuk membelinya. Jenama yang berbeda pun tidak mengapa, asalkan ‘template’ (rekaan jersinya) hampir sama. Terima kasih.


* Sumber gambar: Bro Hangpcdua Malaya dan Bro Fairuz Montana Zainal Abidin.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...