Rabu, November 14, 2012

Nostalgia Liga Malaysia: Josip Biskic (Selangor dan Melaka).


1996: Josip Biskic menabur bakti
untuk skuad Melaka.
Bro Nimi dan seorang pemilik jersi 
Melaka 1996, Rozdi Amral 
Bakri. 
1995: Saat manis bersama skuad Selangor:
Menjuarai Piala Malaysia.

Sedikit tulisan berkenaan David Mitchell di sini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-david-mitchell.html. 
Biskic sewaktu mewakili 
Melbourne Knights FC.
Pemain yang berpengaruh, 
di dalam dan luar padang.
Memulakan kerjaya di Down Under (Australia).
Josip Biskic dilahirkan pada 20hb Mei 1959 di Croatia, tetapi memegang kerakyatan Australia. Beliau pernah beraksi untuk kelab Melbourne Knights FC (Australia), Selangor FA (Malaysia), dan kelab Liga Perdana Victoria, Heidelberg United dan Fawkner Blues. Beliau paling dikenang kerana aksinya bersama Melbourne Knights, di mana beliau bermain sebanyak 282 perlawanan Liga Bola Sepak Kebangsaan Australia (National Soccer Leagu-NSL) untuk kelab tersebut, mengatasi Andrew Marth (269 perlawanan). Biskic bukan sahaja menjadi pemain paling banyak beraksi dalam perlawanan NSL, tetapi juga paling lama (14 musim). Melbourne Knights diasaskan oleh komuniti Croatia yang berhijrah ke Australia sekitar 1953 dan disokong oleh kebanyakan masyarakat Croatia di Australia.

Biskic bersama 
Knights.
Biskic (memegang bola) bersama skuad Knights
yang turut dibarisi oleh 

Alan Davidson.
Skuad Knights sekitar 
1980an.
Musim 1991/1992 menyaksikan Biskic dianugerahkan
beberapa anugerah tertinggi dalam 

Liga Kebangsaan Australia.
Kerjaya gemilang di Knights FC.
Secara keseluruhan, Biskic telah beraksi sebanyak 328 perlawanan. Di dalam skuad Melbourne Knights FC, Biskic menjadi ketua pasukan beraksi bersama Mark Viduka dan Danny Tiatto, seterusnya memenangi beberapa kejuaraan kecil sepanjang 1990 hingga 1994. Seperti Biskic, Mark Bosnich dan Mark Viduka adalah berdarah Croatia. Bosnich pernah beraksi untuk skuad Socceroos, Manchester United, Aston Villa, Chelsea dan Sydney United. Viduka pula menjadi ketua pasukan Socceroos di Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman. Viduka juga merupakan pemegang rekod sebagai pemain Australia yang menjaringkan gol terbanyak dalam Kejohanan Liga Juara-Juara UEFA, iaitu sebanyak empat gol. Pada tahun 1991, Biskic dianugerahkan Pemain Terbaik Tahunan 1991/1992. Pada musim 1991/1992 juga, Tim Bredbury dari kelab Sydney Olympic menjadi penjaring terbanyak NSL dengan 15 gol. Bredbury pernah menyertai pasukan Selangor sebagai pemain import. Sementelahan, Biskic turut memenangi Pingat Johnny Warren dan Pingat Joe Marston, berdasarkan aksi cemerlangnya sewaktu Perlawanan Akhir NSL 1990/1991. Beliau juga dinamakan sebagai Naib Ketua Pasukan, Pasukan Separuh Abad Melbourne Knights (Team of the Half Century). Biskic berkhidmat di dalam skuad Knights dari 1982 hingga 1994.

1995: Biskic cuba mengekang asakan
pemain Red Devils 

di Shah Alam.
1995: Biskic dan Mehmet Durakovic cuba
menghalang kemaraan Nicky Butt dari Manchester United.


Sedikit tulisan berkenaan Mehmet Durakovic di sini:
1995: Biskic (no.8) meraikan kejayaan menjuarai
Piala Malaysia bersama para 

pemain Merah-Kuning.
Menyertai Selangor FA.
Pada tahun 1995, Biskic yang berusia 35 tahun menyertai pasukan Selangor yang bermain dalam Liga Perdana Malaysia. Yuran perpindahan ketua pasukan Knights itu dilaporkan sebanyak $40,000. Pengurus Selangor ketika itu ialah Datuk Mohamed Aini Taib, manakala penolong pengurus, Harum Salim dan S.Pathy. Ketua Jurulatih Selangor ialah Ken Worden, manakala penolong jurulatih ialah Mohamed Shah Norbit dan K. Rajagopal (kini Datuk). Ken Worden pernah membimbing skuad Knights ke Peringkat Akhir NSL. Penjaga gol terdiri daripada: V. Murugan, Yap Kam Choon dan Azlisham Ibrahim, dan pertahanan pula ialah: K. Sanbagamaran, Ismail Ibrahim, K. Gunalan, Assroff Hanapiah, P. Maniam, M. Chandran, Asmawi Bakiri, Talib Sulaiman, V. Yogesvaran, Suhaimi Yahya, dan Syamsol Amri Abu Bakar. Pemain tengah Selangor ialah: Anuar Abu Bakar, Shahrin Majid, Azrin Shah Zainal, Shahril Arsat, Paul Raj, manakala penyerang ialah Rusdi Suparman dan Azman Adnan. Pemain import Selangor terdiri daripada dua orang sahabat Biskic dari Australia, Mehmet Durakovic dan David Mitchell. Bersama Selangor, Biskic membantu pasukan tersebut untuk ke Separuh Akhir Piala FA, tempat kedua Liga Perdana dan Juara Piala Malaysia 1995. Kendatipun, pada tahun 1996, Biskic terpaksa berhijrah ke Melaka, memandangkan FAM mengenakan peraturan hanya dua orang pemain import dibenarkan untuk satu pasukan. Selangor memilih untuk mengekalkan khidmat David Mitchell dan Mehmet Durakovic, dan menggantikan khidmat Biskic dengan Mubin Mokhtar. Biskic yang ketika itu berusia 37 tahun, beraksi untuk pasukan Melaka di Stadium Kubu, gelanggang keramat Melaka suatu masa dahulu. Di Melaka, Biskic dilantik sebagai ketua pasukan atas pengalaman dan kemampuan beliau. Di bawah kendalian jurulatih Ramli Junit, antara yang menganggotai skuad Kancil ketika itu ialah Abd Halim Jantan, Norizam Ali Hassan dan rakan senegara Biskic, Peter Tsolakic.

Biskic cukup disanjungi oleh 
penyokong Knights.
Aksi selama 14 musim bersama Knights
menggambarkan kesetiaan beliau 

terhadap kelab tersebut.
Jersi putih 
Knights.
Sebagai jurulatih: 
Tegas dan fokus.
Tenang: Antara wajah 
mutakhir Biskic. 
Kerjaya sebagai jurulatih.
Sekembalinya dari Malaysia, Biskic kembali ke Liga Australia untuk beraksi bersama Knights, Heidelberg United FC dan Fawkner Blues FC. Selepas bersara sebagai pemain, Biskic menumpukan perhatian dalam bidang kejurulatihan. Antara kelab yang pernah dikendalikan beliau ialah Knights, Fawkner Blues, dan Doncaster Rovers FC. Dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan jurulatih yang baik, Biskic dilantik sebagai Jurulatih Kanan skuad Preston Lions FC pada Julai 2012.



Nota kaki:
------------------------------------------------------
Sumber:
  1. http://www.facebook.com/jabal.noor.9;
  2. http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
  3. http://www.facebook.com/HangPC2;
  4. http://www.prestonlions.com/;
  5. http://www.melbourneknights.com.au/;
  6. http://www.youtube.com/user/skakoi;
  7. http://rizalhashim.blogspot.com;
  8. http://www.utusan.com.my;
  9. http://thestar.com.my/;
  10. http://www.nst.com.my/.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...