Kiatisuk Senamuang, lagenda Thailand yang pernah beraksi untuk Perlis FA. |
Jersi yang dipakai oleh Kiatisuk sewaktu bersama Perlis FA. |
Wajah Kiatisuk Senamuang sewaktu muda. |
Kiatisuk Senamuang, Zico Asia Tenggara. |
Piala Asia 1998 di Bangkok, menentang Singapura. |
Kiatisuk dan rakan sepasukannya meraikan kejayaan menewaskan Korea Selatan dan memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1998. |
Thailand lawan Korea Selatan pada 1998: perlawanan epik. |
Bersama pingat gangsa Sukan Asia 1998. |
Latar belakang.
Kiatisuk ‘Zico’ Senamuang dilahirkan pada 11hb
ogos 1973 di Udon Thani, Thailand dan mempunyai ketinggian 171sm. Kiatisuk
cukup dikenali ketika 90an kerana dianggap sebagai penyerang terbaik Asia
Tenggara di samping Hok Sochetra dari Kemboja. Selain Kiatisuk, terdapat juga
beberapa pemain Asia lain yang disamakan dengan beberapa pemain ternama dunia.
Antaranya: Therdsak ‘Zidane’ Chaiman
(Thailand); Bassim ‘Roberto Carlos’ Abbas
(Iraq); Mirdjalal ‘Beckham’ Kasimov (Uzbekistan);
Keita ‘Gennaro Gattuso’ Suzuki; dan Husain
‘Pele’ Ali (Bahrain). Kiatisuk
memulakan kerjaya bola sepaknya dengan kelab Krung Thai Bank FC dari 1989
hingga 1995, sebelum menyertai Raj Pracha FC pada 1996. Pada tahun 1997 pula,
Kiatisuk beraksi untuk Royal Thai Police FC, sebelum dilamar oleh pasukan dari
utara Malaysia, Perlis FA pada 1998. Kiatisuk dikenali di Perlis, memandangkan
ramai penduduk Perlis yang gemar menonton perlawanan bola sepak yang dilangsungkan
di negara tersebut.
Skuad Thailand, gabungan pemain muda dan berpengalaman. |
Kiatisuk menjaringkan gol kemenangan Thailand sewaktu menewaskan Malaysia 1-0 dalam Piala Tiger 1996. |
Piala Tiger 1996 (kini Piala Suzuki AFF) yang dimenangi oleh Thailand. |
Sewaktu menyarung jersi Singa Utara. |
Menyertai Perlis FA.
Kiatisuk yang
telah dikenali di Malaysia sejak Piala Tiger 1996, mula menyertai Liga Malaysia
pada 1998 apabila menyarung jersi Perlis FA dan mencipta nama dalam skuad Singa
Utara. Antara aksi awal Kiatisuk ialah sewaktu menentang Gergasi Merah
(Selangor), di mana Kiatisuk membuat hantaran cantik kepada Henry Acquah –
pemain import dari Ghana -- untuk gol tunggal kemenangan Perlis. Selain sering
menjaringkan gol, Kiatisuk cukup dikenang dengan aksi akrobatiknya selepas
berjaya membolosi pintu gol lawan. Bersama Perlis FA, Kiatisuk membawa pasukan
tersebut untuk ke Separuh Akhir Piala Malaysia, bersama antara anggota skuad tersebut
ketika itu iaitu Soberi Johar dan Veerak Run. Pada tahun 1998-1999, Perlis FA
berada di bawah kendalian beberapa jurulatih berpengalaman seperti Bakri Ibni
dan Haji Abdulrahman Ibrahim. Sepanjang bersama Singa Utara, Kiatisuk berjaya
menambat hati penyokong setia skuad tersebut dan menjadi sandaran utama Perlis
FA untuk mencapai kemenangan. Bagaimanapun, kelibat Kiatisuk dalam Liga Malaysia
hanya bertahan sehingga Jun 1999. Kiatisuk yang beraksi dalam Liga Singapura
pada 1997, dilarang daripada beraksi dalam Liga Malaysia memandangkan peraturan
FAM mengkehendaki pemain yang beraksi dalam liga di Asia Tenggara menjalani
tempoh ‘cooling period’ selama
setahun sebelum beraksi dalam liga tempatan. Hal ini mengecewakan ramai peminat
Perlis FA khasnya dan penyokong bola sepak tempatan umumnya, memandangkan
penyertaan Kiatisuk pastinya dapat menaikkan imej Liga Malaysia. Kemudian, pada
bulan November 2001, Perlis FA sekali lagi menyatakan kesediaan untuk mengambil
Kiatisuk dan seorang lagi pemain Thailand, Santichaiperg Yoddanaikewgaemde sebagai
pemain import mereka. Kiatisuk yang ketika itu baru berusia 27 tahun asalnya
menyatakan persetujuan untuk beraksi bersama pasukan lamanya itu. Namun, impian
peminat bola sepak tempatan untuk kembali menyaksikan aksi Kiatisuk tidak kesampaian,
apabila Perlis FA akhirnya memilih pemain import lain.
Perlawanan bersejarah pada 1999: Thailand menewaskan Arsenal FC. |
Kiatisuk dan pasukan Thailand pernah menjadi jaguh utama Asia Tenggara. |
Ditawarkan untuk beraksi di England.
Pada bulan
Julai 1999, Kiatisuk ditawarkan tempat untuk menyertai kelab Huddersfield Town
FC di England. Kiatisuk turut diberikan peluang untuk menjalani sesi pemilihan dengan
Middlesbrough FC di England. Kendatipun, penyertaan Kiatisuk ke dalam skuad
Huddersfield dilihat umum sebagai usaha pengurus kelab tersebut, Steve Bruce
untuk mendapatkan publisiti murahan, memandangkan Kiatisuk tidak pernah
diturunkan sebagai kesebelasan utama kelab tersebut. Selepas hanya beberapa
bulan menyertai Huddersfield, Kiatisuk kembali ke kancah Liga Thailand apabila
menyertai Raj Pracha FC dari bulan Oktober 1999 hingga akhir musim 2000.
Selepas itu, beliau menyertai kelab Singapore Armed Forces FC dalam Liga
Singapura dari 2001 hingga 2002. Di Singapura, Kiatisuk menjaringkan 15 gol
dalam 20 perlawanan liga. Di Vietnam, dari tahun 2002 hingga 2006, Kiatisuk
menjuarai beberapa gelaran bersama kelab Hoang Anh-Gia Lai FC, seterusnya
meletakkan status beliau sebagai bintang dalam Liga Vietnam. Kemudian, pada
2007, Kiatisuk menyarung jersi BEC Tero Sasana FC, iaitu kelab tanah
kelahirannya, Thailand.
Kiatisuk mencipta banyak kejayaan manis dalam Liga Thailand dan Vietnam. |
Kiatisuk, Peter Withe, dan para pemain Thailand. |
Pada Julai
1999, Kiatisuk yang baru berusia 23 tahun, beraksi cemerlang dalam skuad
Thailand yang menerima kunjungan Arsenal FC dari England. Arsenal dimalukan
oleh skuad Gajah Putih di bawah Peter Withe dengan kekalahan 3-4, di hadapan
50,000 orang penonton di Stadium Rajamangala. Malahan, Thailand ketika itu dibarisi
oleh para pemain muda seperti; Virach Wangchan (penjaga gol), Tananchai Boriban
dan Anurak Srikerd (pemain tengah). Arsenal pula diwakili oleh barisan utamanya
seperti David Seaman, Tony Adams, Martin Keown, Patrick Viera, Emmanuel Petit, Nicolas
Anelka, Nwankwo Kanu dan Mark Overmars. Ini adalah antara kebolosan paling
banyak yang dialami oleh Arsenal FC ketika itu, memandangkan barisan pertahanan
pasukan tersebut beraksi cemerlang sepanjang kempen Eropah dan Liga Perdana
Inggeris. Arsenal FC kemudiannya menewaskan Malaysia 2-0 di Stadium Bukit
Jalil. Pada 30hb Julai 2002, Kiatisuk turut beraksi bersama Bangkok XI yang
tewas 1-2 kepada Leeds United FC. Skuad Bangkok XI dibarisi oleh kebanyakan
pemain skuad Bawah-23 Thailand. Gol-gol Leeds dijaringkan oleh Eirik Bakke dan
Robbie Keane, manakala Kiatisuk menjaringkan gol tunggal Bangkok XI. Pada 23hb
Julai 2003, Kiatisuk beraksi bersama pasukan Thailand yang tewas 1-3 kepada
Liverpool FC di Stadium Rajamangala, Bangkok. Dalam perlawanan yang berlangsung
dalam keadaan hujan lebat itu, Kiatisuk cuba untuk menjaringkan gol kedua,
tetapi dibatalkan kerana ‘offside’. Kiatisuk
juga pernah dengan berani menjawab kritikan bekas Perdana Menteri Thailand yang
berbangsa Cina, Thaksin Shinawatra. Kiatisuk berbuat demikian bagi membela
rakan-rakannya dalam skuad Thailand yang dikritik hebat oleh Thaksin kerana
kegagalan mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2006. Kiatisuk menyatakan
bahawa, “Beliau (Thaksin) tidak tahu bagaimana
bola sepak dimainkan. Ia bukanlah semudah membeli kelab bola sepak asing.” Untuk
rekod, Thaksin pernah membeli majoriti saham untuk memiliki kelab Manchester City
FC di England. (Sebelum itu, iaitu pada tahun 2003 dan 2004, Thaksin cuba
mengambil alih kelab Fulham FC dan Liverpool FC, tetapi gagal).
Antara
pemain kebangsaan Thailand yang pernah beraksi bersama Kiatisuk ialah Chaiyong
Kumpiam, Surachai Jirasirichote, Dusit Chalermsan, Natee Thongsookkaew, Nived
O., Sanor Longsawang, Panupong Chimpook, Pattanapong Sripramote, Choketawee
Promrut, Surachai Jaturapattarapong, Krisada Piandit, Klairung
Treejaksung, Thawatchai Damrong-Ongtrakul, Sunai Jaidee, Yuttapong
Boonamporn, Kiatisak Senamuang, Worrawoot Srimaka, Tawan Sripan, Montri
P., Jatupong Thongsukh, dan Vatcharakorn. Secara keseluruhannya, Kiatisuk menjaringkan
65 gol yang diiktiraf oleh FIFA untuk skuad kebangsaan Thailand dalam 130
perlawanan antarabangsa yang disertai olehnya. Berdasarkan statistik Persatuan
Bola Sepak Thailand, Kiatisuk telah menjaringkan 100 gol untuk negaranya. Selepas
menggantung sepatu bola, Kiatisuk mula mengurus kelab lamanya di Vietnam, Hoang
Anh-Gia Lai FC, sebelum berkhidmat untuk kelab Thailand, Chula United FC pada tahun
2008 dan Chonburi FC pada 2009.
Nota kaki:
- Sedikit tulisan berkenaan Ervin Boban di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-ervin-boban.html;
- Sedikit tulisan berkenaan Emile Mbouh Mbouh di sini:
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-emile-mbouh.html;
- Sedikit tulisan berkenaan Alan Davidson di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-alan-davidson.html;
- Sedikit tulisan berkenaan Josip Biskic di sini:
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-josip-biskic.html;
- Sedikit tulisan berkenaan David Mitchell di sini:
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-david-mitchell.html;
- Sedikit tulisan berkenaan Mehmet Durakovic di sini:
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-mehmet.html.
*********************************
Sumber:
- http://www.facebook.com/jabal.noor.9;
- http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
- http://www.facebook.com/HangPC2;
- http://www.facebook.com/anuar.cheahmad.5;
- http://rizalhashim.blogspot.com;
- http://www.utusan.com.my;
- http://thestar.com.my/;
- http://www.nst.com.my/;
- http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/teams/l/leeds_united/2162365.stm;
- www.transfermarkt.co.uk/en/huddersfield.../verein_1110_1998.html;
- http://www.thai-fussball.com/en/News-Heroes-und-Legends-Thailands-Finest-Hour-item-34.html;
- http://www.bolasepako.com/2009/11/when-raddy-meets-robbo-pre-match-press.html;
- http://www.espnstar.com/football/aff-suzuki-cup/news/detail/item871336/Kiatisuk-returns-to-SEA-with-a-vengeance/.
hoo hensem jgk
BalasPadamAssalamualaikum che din..ada tak gambar kelab Angkatan tentera malaysia tahun 1999 ??
BalasPadam