Khamis, November 15, 2012

Nostalgia Liga Malaysia: Alan Davidson (Pahang).


Alan Davidson,
sewaktu menyarung jersi Pahang.
Skuad Pahang 1996.
Skuad Tok Gajah, yang turut dibarisi oleh
Allahyarham Shadan Zahari.
Untuk sedikit tulisan berkenaan beliau, boleh rujuk pautan ini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-allahyarham.html
1995: Separuh Akhir Piala Malaysia,
bertemu Sabah.
1995: Alan menenangkan rakan
senegaranya, Scott Ollerenshaw (Sabah).
Skuad Piala Malaysia Pahang 1995.
Akhir Piala Malaysia 1995. Selain Alan, turut kelihatan
ialah Yunus Alif  dan Tajuddin Nor.
Gabungan mantap.
1995: Alan dan puteranya yang
dilahirkan di Malaysia, Jamie.
1992: Isteri Alan, Affia yang berdarah Greece,
bersama anak sulung, Jason sewaktu
mula-mula tiba di Malaysia. 
1996: Alan bersama dua orang puteranya,
Jason (5 tahun) dan Jamie (2 tahun).
Jamie dilahirkan di Malaysia.
2012: Jason Davidson, kini semakin matang, telah membuat 
penampilan pertama bersama Socceroos pada bulan Ogos 2012. 
Beliau pernah beraksi untuk kelab Liga Perdana Victoria (Hume City FC), 
kelab Liga Primeira (Pacos de Ferreira FC dan S. C. Covilha FC) 
serta kelab Liga Eredivisie (Heracles Almelo FC). Jason pernah 
memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bawah-21 Victoria.
2010: Jason Davidson (berbaju kuning) sewaktu 
mewakili Pacos de Ferreira, cuba menghalang percubaan 
bintang Argentina, Angel de Maria yang ketika itu mewakili Benfica. 
Latar belakang.
Alan Edward Davidson dilahirkan di MelbourneVictoria yang mana ibu beliau adalah berketurunan Jepun. Ketika kecil, Alan sering dipersendakan kerana wajahnya kelihatan seperti orang Asia. Beliau digelar sebagai “Gook” dan “Chink” oleh rakan sepersekolahannya. Namun, ibunya mendidik agar beliau mempunyai sifat berani, teguh dan berdisiplin tinggi. Alan menyertai pasukan Bawah-13 Tahun Victoria, sebelum mewakili kelab Altona City FC pada 1976 -- kelab yang disertainya sejak remaja. Kemudian, beliau berhijrah ke South Melbourne FC sehingga 1984, membuat 155 penampilan dan menjaringkan 13 gol. 

Alan Davidson sewaktu
mewakili Nottingham Forest.
Alan Davidson sewaktu mewakili Knights FC.
Antara anggota skuad tersebut ialah Josip Biskic.
Menyertai Nottingham Forest FC, England.
Pada musim 1984-1985, Alan menyertai kelab Nottingham Forest FC dan beraksi cemerlang selaku pertahanan kanan. Beliau beraksi di bawah kendalian pemain dan pengurus yang berpengaruh, Brian Clough di kelab Nottingham Forest FC. 
Bagaimanapun, beliau mengalami kecederaan belakang yang serius hingga menyebabkan Alan mengumumkan persaraan awal dan kembali ke Melbourne. Sebelum itu, ada khabar angin yang menyatakan bahawa Arsenal FC ada menawarkan kontrak kepada Alan, tetapi beliau tidak diberikan permit kerja di England. 
Pada penghujung 1986, Alan kembali daripada menggantung but dan menyarung jersi South Melbourne FC. Kemudian, beliau berhijrah ke kelab Melbourne Croatia FC, yang turut diwakili oleh Josip Biskic (pernah beraksi untuk Selangor FA di Malaysia). Alan membuat 133 penampilan dan menjaringkan 10 gol dari 1987 hingga akhir musim 1991/1992 sebelum berhijrah ke Liga Perdana Malaysia untuk bersama Pahang FA.   

April 1992: Jurulatih kebangsaan, Ken Worden, menyambut pemain sensasi Australia, Alan Davidson di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Subang. Worden, bekas jurulatih kelab Melbourne Croatia FC, mengesyorkan Alan sebagai pemain import Pahang FA. Turut kelihatan, Pengurus Tok Gajah, YB Jamal Nasir.
Alan menjalani latihan bersama skuad Pahang.
Bersama Borhan Abu Samah,
sewaktu perlawanan menentang Kuala Lumpur.
1992: Jurulatih Pahang, Mike Brown bergurau
dengan Alan Davidson, menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia.
Beliau dilaporkan sebagai cedera, tetapi akhirnya
beraksi dalam perlawanan tersebut.
Antara penampilan awal Alan Davidson
bersama jersi Pahang. 
1992: Para peminat Pahang berebut-rebut
untuk bersalam dengan wira mereka, Alan Davidson.
1992: Alan memainkan peranan penting
di sebalik kejayaan menjulang piala keramat ini.
1992: Alan dan anaknya, Jason, meraikan kejayaan
bersama skuad Pahang.
Tengku Abdullah, Alan dan Zainal Abidin Hassan, 
bersama Piala Liga Diviseyen Satu pada 1992. 
1992: Fandi Ahmad, bintang Pahang.
Bersama 'Chief' Zainal Abidin, 
memegang trofi Piala Sumbangsih.
1992: Alan bersaing dengan lagenda Johor,
Ervin Boban.
Sentiasa tenang di atas padang.
Skuad 1994 Pahang.
1994: Skuad Final Piala Malaysia
yang menentang Singapura.
1995: Alan Davidson cuba mengawal gerakan Roy Keane
sewaktu mewakili Pilihan Selangor menentang
Manchester United di Stadium Shah Alam.

Menyertai Liga Malaysia.
Pada tahun 1992, Alan menyertai skuad Tok Gajah yang asalnya dibimbing oleh Len Ashurst, hasil cadangan Ken Worden, bekas jurulatih Alan di South Melbourne FC. Memandangkan Ashurst mengalami masalah kesihatan, tugas beliau digantikan oleh Mike Brown. Antara yang beraksi bersama Alan ketika di Pahang ialah Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Khairul Azman Mohamed, Muadzar Mohamed, Zulhamizan Zakaria, Azaruddin Aziz, Ahmad Yusof, Attapol, Igor Shkvyrin, Gus Cerro, Borhan Abu Samah, Fandi Ahmad dan Allahyarham Shadan Zahari. 
Bersama Pahang pada 1992, Alan membantu skuad tersebut untuk memenangi Anugerah ‘Fair-Play’ 1992; Piala Malaysia 1992; Juara Liga Semi-Pro 1992; dan Juara Piala Sumbangsih 1992. Alan juga pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Piala Malaysia 1992, di mana Pahang membayar lebih RM500,000 untuk mengekalkan beliau selepas memenangi piala tersebut. Sewaktu Piala Malaysia 1992, Pahang menewaskan Kedah 1-0. Alan menerima bayaran gaji sebanyak RM10, 500 sebulan, dan beliau menyarung jersi skuad Tok Gajah dari 1992 hingga 1996. 
Pahang perlu mengeluarkan banyak belanja bagi mengekalkan Alan, memandangkan Selangor FA dan kelab Jepun, Hiroshima FC menawarkan tawaran lumayan kepada Alan. Alan sendiri berada dalam dilema ketika itu, memandangkan Selangor FA dikendalikan oleh Ken Worden, dan Worden sendiri memujuk agar Alan menyertai skuad Merah-Kuning. Memilih untuk kekal bersama Tok Gajah, di bawah kendalian Yunus Alif dan Tajuddin Nor. 
Alan membawa Pahang menjadi Juara Piala Sumbangsih 1993; Naib Juara Piala Malaysia (1994 dan 1995); Juara Liga Perdana 1995; Naib Juara Piala Sumbangsih 1995; dan Naib Juara Piala FA 1995. Alan juga merupakan satu-satunya pemain import dalam Liga Malaysia yang dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP) daripada DYMM Sultan Ahmad Shah pada 1996.


1980: Alan Davidson,
sewaktu menyertai Jelajah Dunia Socceroos.
Wajah remaja dan Jepun agak jelas kelihatan.
Antara ikon bola sepak Australia.
Alan, lagenda Socceroos yang
beraksi dalam Liga Malaysia.
Tenang dan berdisiplin.
Sewaktu mewakili skuad kebangsaan Australia.
Mewakili Socceroos.
Alan mula mewakili skuad Bawah-19 tahun Piala Dunia Belia Australia pada 1978 hingga 1979. Pada 1980, sewaktu Jelajah Dunia yang dilakukan oleh Socceroos, Alan sanggup menerima corak latihan keras jurulatih Socceroos, Rudi Gutendorf. Alan juga telah membantu Socceroos menjadi Juara Piala Negara-Negara Oceania (OFC) 1980; Piala Merlion 1982 dan 1983; serta Piala Presiden Korea Selatan 1988. Selepas 3 kali menyertai Kempen Kelayakan Piala Dunia dan sekali mewakili skuad Australia sewaktu Sukan Olimpik 1988 di Seoul, Korea Selatan. Alan telah 79 kali mewakili Socceroos, sekaligus merupakan nama besar dalam bola sepak Australia.

Wajah lagenda Pahang, Ante Milicic dan Alan Davidson bersama Zainal Abidin Hassan.
1999: Alan, sewaktu menjadi jurulatih Pahang.
Alan diberi penghormatan untuk mencabut undi 
sewaktu Undian Kelayakan Piala Asia 2015 
di Melbourne, Australia.
Alan bersama lagenda Socceroos.
Alan Davidson dan David evas (Sarawak FA).
Para penyokong setia Tok Gajah meraikan ketibaan bintang import Pahang FA era 90an, Alan Davidson, ketika saingan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2013.
Bersara dan terlibat dengan bidang kejurulatihan.
Sekembalinya dari Malaysia, Alan beraksi untuk Collingwood Warriors FC dan Melbourne Knights FC, sebelum mengumumkan persaraannya pada 1998 sewaktu berusia 38 tahun. Selepas bersara, beliau memberikan tumpuan kepada pembangunan peringkat akar umbi di Australia. Beliau pernah kembali ke Pahang FA untuk menjadi jurulatih skuad Tok Gajah pada 1999, tetapi beberapa isu yang timbul membuatkan beliau meletak jawatan. Beliau digantikan oleh Fuzzemi Ibrahim. 
Kemudian, Alan terlibat secara serius sebagai jurulatih untuk pemain-pemain remaja kelab Northcote City FC yang beraksi dalam Liga Perdana Victoria. Alan juga merupakan panel penilai A-League dan bertindak selaku penasihat kepada Lembaga Pengarah, Persekutuan Bola Sepak Victoria. 
Pada Julai 2012, beliau telah dinamakan sebagai salah-seorang anggota Skuad Terbaik Sepanjang Zaman, Australia XI. Antara pemain lain yang disenaraikan dalam skuad tersebut ialah Mark Viduka, Harry Kewell, Ray Baartz, Tim Cahill, Mark Schwarzer, Johnny Warren, Ray Baartz, Lucas Neill, Craig Moore, Ned Zelic, dan Joe Marston. Sementelahan, Guus Hiddink dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik Sepanjang Zaman Australia. Untuk rekod, Alan juga merupakan ahli Dewan Kemasyhuran Persekutuan Bola Sepak Australia sejak 2001.

Nota kaki:
--------------------------------------------------------------------
Sumber:
  1. http://www.facebook.com/jabal.noor.9;
  2. http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
  3. http://www.facebook.com/HangPC2;
  4. http://www.prestonlions.com/;
  5. http://www.melbourneknights.com.au/;
  6. http://www.iffhs.de/;
  7. http://www.goal.com/;
  8. http://www.brisbanetimes.com.au/;
  9. http://greatesteveraustralianfootballer.com/;
  10. http://humecityfc.com/i;
  11. http://tokgajahfanatic.forumotion.com/;
  12. http://www.youtube.com/user/skakoi;
  13. http://rizalhashim.blogspot.com;
  14. http://www.utusan.com.my;
  15. http://thestar.com.my/;
  16. http://www.nst.com.my/.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...