Rabu, November 21, 2012

Nostalgia Liga Malaysia: Emile Mbouh Mbouh (Perlis dan Kuala Lumpur)


1995: Emile Mbouh Mbouh: Lagenda Piala Dunia
Cameroon yang beraksi dalam Liga Perdana Malaysia.
Saidin Osman, lagenda Perlis.
1995: Emile bergaya santai.
Skuad Perlis 1995.
1995: Emile memperkenalkan para pemain skuad
Perlis kepada seorang kenamaan. Gambar ini dirakam
sewaktu Kejohanan Piala Scissors di Kerala, India. 


1995: Zahasmi Ismail, bekas pemain kebangsaan
dan Kelantan FA, mempromosikan majalah Arena Bola Sepak
(ABS), yang menjadi kegilaan ramai sekitar 1990an.
Majalah ABS tersebut memaparkan Emile Mbouh
Mbouh sebagai muka kulit depannya,
Emile turut menulis dalam kolumnya sendiri, 
“the Mbouh Mbouh Story”, yang disiarkan 
oleh majalah Football sekitar 1996.

Antara wajah dan aksi Emile sewaktu
mewakili pasukan kebangsaannya.
Latar belakang.
Emile Belmont M’Bouh M’Bouh dilahirkan pada 30hb Mei 1966 di Cameroon, dan pernah beraksi dalam beberapa liga di dunia seperti Perancis, Qatar, Portugal, Singapura dan Malaysia. Emile memulakan kerjayanya dengan pasukan Diamant de Younde pada 1988 di Cameroon, sebelum bersama Le Havre AC di Perancis dari 1988 hingga tahun 1989. Seterusnya, Emile menyarung jersi CS Chenois dalam Liga Switzerland dari 1989-1990. Seterusnya, dari tahun 1990 hingga 1991, Emile menyertai Vitoria de Guimaraes FC dan kelab Sport Benfica e Castelo Branco di Portugal.  Kemudian, beliau menyertai kelab Qatar Sports Club (Qatar) dari 1993 hingga 1994. Pada tahun 1994, Emile menjuarai Piala FA Qatar bersama Qatar SC selepas menewaskan kelab gergasi Qatar, Al-Rayyan, 1-0. Di antara pemain import yang pernah beraksi dalam Liga Qatar dan Liga Malaysia ialah Riyadh Abbas (Kelantan FA dan Johor FA); Semuel Chebli (Perak FA dan Terengganu FA); Merzagua Abderrazak (Pulau Pinang FA) dan Alexander Freeman (Kelantan FA, Perlis FA dan Selangor FA).

Emile, pemain tengah yang serba boleh.

Emile bergambar kenangan bersama skuad Vitoria FC.
Vitoria FC 1990/1991.
Emile dan Benfica FC, 1991/1992.
1990: Aksi Emile dan Roger Milla yang
menghiburkan, sepanjang Piala Dunia di Itali.
Antara aksi Emile sewaktu Piala Dunia 1994 di AS.
Emile bersama pasukan Cameroon 1987/1988.
Emile dan pasukan Cameroon 1989/1990. 

1990: Skuad the Indomitable Lions bersama
jersi mereka yang bersifat langka (rare).
Skuad Cameroon 1990.
Skuad Cameroon yang mencipta sejarah,
layak ke Suku Akhir Piala Dunia 1990.
Emile dan skuad Cameroon 1994.
Menjadi ketua pasukan skuad Cameroon.
Emile mula memegang lilitan ketua pasukan pada lengannya sejak 1988 dan 1989 dan membuat penampilan sebanyak 113 kali untuk skuad ‘the Indomitable Lions’, Cameroon bersama lagenda Afrika, Albert Roger Mooh Miller (Roger Milla). Roger Milla pernah menyertai kelab Indonesia, Pelita Jaya FC pada 1994 hingga 1995. Sewaktu kemuncak kerjayanya, Emile pernah menyertai dua edisi Piala Dunia, iaitu di Itali pada 1990 dan Amerika pada 1994. Emile menjadi ketua pasukan sewaktu Cameroon menghadapi Kejohanan Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat. Kejohanan tersebut telah mencambahkan minat rakyat Amerika terhadap bola sepak, memandangkan sukan seperti besbol, bola keranjang dan bola sepak Amerika (American football) lebih popular daripada bola sepak. Antara lagenda Cameroon yang pernah beraksi dengan Emile ialah: Joseph-Antone Bell, Andre Kana-Biyik, Rigobert Song Bahanag, Emmanuel Maboang, Marc Vivien Foe, Viktor N'Dip, David Embe, Stephen Tataw, Alphonse Tchami, Francois Omam-Biyik. Sweden - Thomas Ravelli, Roland Nilsson, Joachim Bjorklund, Patrik Andersson, Roger Ljung, Jonas Thern, Klas Ingesson, Stefan Schwarz, Hakan Mild, Martin Dahlin, dan Tomas Brolin.

1996: Badrul Hisham Abdullah sewaktu
menyarung jersi Perlis FA. Beliau juga pernah
beraksi untuk skuad Penyu  (Terengganu FA).
1996: Jersi Singa Utara yang pernah
dipakai oleh Emile Mbouh  Mbouh.
Stadium Dato Sheikh Ahmad dalam kenangan.
Stadium Utama Kangar, gelanggang keramat Singa Utara.
Menyertai Liga Malaysia.
Emile Mbouh Mbouh menyertai Perlis FA dalam saingan Liga Perdana Malaysia pada tanggal 3hb Februari 1995. Antara yang pernah beraksi bersama Emile dalam skuad Singa Utara ialah: Zulfikar Abdullah, Amran Omar, Suhaimi Mat Lazim, V.Thinagaran, Suhairi Abdul Karim, Anuar Jusoh, Meor Nasir  Yusof, Noor Mat Jasin, Shukrin Saad, Badrul Hisham Abdullah, Tan Cheng Hoe, Yusri Che Lah, Amirnuddin Ahmad, Sazali Saad, Hilmi Hassan Farouk, Yazi Mat Saad, Khattul Anuar Hamid, Azahar Salam, Yusarman Yusof, Domi Che Non, Sobri Johar, dan Azman Razali, dan Esak Edin Tin. Kemasukan Emile juga menyaksikan Perlis beraksi di stadium baru, Stadium Utama Kangar yang mampu memuatkan seramai 25,000 orang penonton. Sebelum itu, Perlis beraksi di Stadium Dato’ Sheikh Ahmad yang terletak di Jalan Kolam di antara Sungai Perlis dengan kawasan Hospital Kangar. Kewujudannya adalah untuk menggantikan Padang Bandaran yang terletak tidak jauh dari tapak stadium berkenaan bagi pelbagai aktiviti sukan terutamanya pertandingan bola sepak. Kewujudan stadium ini adalah atas usaha bekas Menteri Besar Perlis yang pertama iaitu Allahyarham Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim. Di stadium inilah pemain-pemain terbaik Perlis seperti Ali Osman, Aya, Saidin Osman, Tengu Aziz, Japilus Jahid, Ibrahim, Musa Saad dan ramai lagi beraksi. Perlawanan di Stadium Dato’ Sheikh Ahmad dijalankan pada waktu siang, dan antara pemain-pemain import yang beraksi ketika Liga Semi-Pro itu ialah trio import dari Thailand, Praduphan Jarunya, Nakul Wattanakeunkaan, dan Somkeat Fompeh.

1995: Kelab India, JCT Mills FC menjuarai
Piala Scissors selepas menewaskan Perlis FA, 1-0.
1995: Barisan pemain Singa Utara
yang tewas kepada kelab JTC Mills FC.
Emile bergambar kenangan di Kerala, India.
Turut kelihatan: Rustam Abdulloev dan Victor Ogunsanya.
Skuad Perlis FA 1995.
Menyumbang bakti dan bakat bersama Perlis FA.
Pada tahun 1995, Emile telah membantu pasukan Perlis untuk mara ke Perlawanan Akhir Piala Scissors di Kerala, India. Perlis mendapat tempat kedua selepas tewas kepada kelab tuan rumah, JCT Mills FC, 0-1. JCT Mills FC merupakan Juara Liga Bola Sepak Kebangsaan India (NFL) 1996/1997; Juara Piala Durand sebanyak 5 kali (1976, 1983, 1987, 1992 dan 1996); Juara Liga Bola Sepak Super Negeri Punjab sebanyak 9 kali; Juara IFA Shield 1996 dan Juara Piala Persekutuan India 1995/1996. Antara pengurus Perlis sewaktu era Emile beraksi ialah Shokri Abdullah, manakala antara yang pernah melatih Singa Utara ialah Josef Herel, Bakri Ibni, Manja Man dan Cikgu Abdul Rahman Ibrahim. Selain Emile, Perlis juga pernah mendapatkan khidmat Stephen Okechukwu Keshi, seorang pemain berpengaruh dalam bola sepak Nigeria. Keshi pernah beraksi sebagai ketua pasukan Nigeria dalam Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat dan menyertai lima edisi Piala Negara-Negara Afrika, selain memenangi Piala Negara-Negara Afrika pada 1994. Sementara itu, Emile adalah individu yang bertanggungjawab membawa Victor Ogunsanya ke Liga Malaysia dari kelab Al-Ettihad FC (ketika itu berada dalam Liga Divisyen Satu Qatar). Ogunsanya merupakan pemain skuad Olimpik Nigeria sewaktu Sukan Olimpik 1988 di Seoul, Korea Selatan. Seorang lagi pemain import Perlis, Rustam Abdulloev merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun. Bekas pemain import Pahang, Igor Shkvyrin pula merupakan rakan sepasukan Rustam dalam skuad tersebut. Igor merupakan Pemain Terbaik dan Penjaring terbanyak sewaktu Sukan Asia 1994 (dengan 7 gol dalam 8 perlawanan). Dikenali dalam kalangan peminat Perlis FA sebagai seorang pemain yang cukup berdisiplin tinggi, Emile akan datang sejam awal untuk menjalani latihan. Beliau akan berlari keliling padang, dan menjadi pemain terakhir yang mengakhiri latihannya. Malahan, beliau tidak mengambil berat dengan status ‘bekas pemain Piala Dunia Cameroon’ apabila beliau akan mengelap sendiri sepatu bolanya dan menyimpan sendiri dalam kotak kasut.  Emile pernah mengalami kecederaan jangka panjang apabila kakinya retak dalam satu perlawanan menentang Pahang, sekitar Mei 1996. Meskipun kakinya bersimen, Emile tetap hadir ke Stadium Utama Kangar, untuk menyaksikan rakan sepasukannya berlatih. 

Emile kini mempunyai Akademi Bola Sepak
beliau sendiri di Maryland, AS.
Emile kini lebih menumpukan perhatian
kepada pembangunan pemain  remaja di Amerika Syarikat.
Kehidupan selepas menggantung sepatu bola.
Selepas Perlis FA, Emile selanjutnya menyertai Tiong Bahru United FC di Singapura pada tahun 1997. Tidak sampai setahun di Liga Singapura, Emile kembali ke Liga-M untuk menyertai Kuala Lumpur FA yang turut dianggotai oleh Adilson Roque (Brazil), Noberto Decoud (Argentina) dan sahabat lama Emile, Victor Ogunsanya dari Nigeria. Selepas bersara, Emile terlibat dalam melatih pasukan Bethesda Lions FC Bawah-14 Tahun (ke Kejohanan Bola Sepak Remaja Amerika) Syarikat dan pasukan remaja Rockville FC. Beliau berhijrah ke Amerika sejak 2001. Emile juga mempunyai akademi sendiri iaitu Akademi Bola Sepak Emile Mbouh yang terletak di Maryland, Amerika Syarikat.

Nota kaki:
*************************************************

Sumber:
  1. http://www.facebook.com/jabal.noor.9;
  2. http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
  3. http://www.facebook.com/HangPC2;
  4. http://rizalhashim.blogspot.com;
  5. http://www.utusan.com.my;
  6. http://thestar.com.my/;
  7. http://www.nst.com.my/;
  8. http://www.facebook.com/anuar.cheahmad.5;
  9. http://www.heraldonline.com/2012/07/24/4135514/former-cameroon-world-cup-star.html;
  10. http://wanperlis.com/blog/2012/02/awek-dan-bolasepak/.
  11. http://usssooong.blogspot.com/2011/09/padang-keramat-perlis.html;
  12. http://gloriasdopassado.blogspot.com/2008/04/mbouh.html.

1 ulasan:

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...