Ahad, November 11, 2012

Nostalgia Liga Malaysia: Allahyarham Zaid Jamil.



Allahyarham Zaid Jamil, bekas
pemain pertahanan 

kebangsaan.
Fokus, sewaktu mewakili 
Selangor.
1991: Pahang lawan Kuala Lumpur.
Fandi Ahmad, Razip Ismail 

dan Zaid Jamil. 
Bersama barisan bintang Merah-Kuning:
K. Gunalan, Anuar Abu Bakar 

dan Azman Adnan.
Zaid Jamil dan kelab 
DBKL FC yang diwakilinya.
Skuad Kuala Lumpur yang dibarisi pemain berkebolehan
seperti Azman Adnan, V. Murugan, Yap Kam Choon, Razip Ismail,
Ghani Malik dan ramai lagi.
Bersama skuad Merah-Kuning, di bawah 
bimbingan Ken Worden. Turut kelihatan, 
pembantu jurulatih, K. Rajagopal 
(kini Datuk).
Latar belakang Zaid Jamil.
1.0. Memulakan kerjaya.
Zaid Jamil memulakan kerjaya bola sepaknya sewaktu beraksi dalam Piala Razak 1982 dan 1983 bersama beberapa nama besar bola sepak negara, seperti K. Gunalan. Dilahirkan di Melaka, Zaid merupakan lulusan Sekolah Tinggi Kajang dan beraksi untuk kelab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL FC) yang menjuarai Piala FAM pada 1991. Menyarung jersi Kuala Lumpur untuk enam musim, Zaid menjaringkan gol untuk menewaskan Selangor 2-1, sewaktu perlawanan dua pasukan berjiran Lembah Kelang (Klang Valley derby) pada 1992. Mempunyai saudara kembar, Khalid Jamil, anak kedua daripada empat beradik ini menandatangani kontrak dengan Selangor dan membantu skuad Merah-Kuning untuk menjuarai Divisyen Dua pada 1993. Antara yang beraksi bersama beliau sewaktu dalam skuad Selangor ialah Malek Rahman dan Azman Adnan. 


Zaidterkenal dengan corak 
permainan konsisten dan 
'combative'. 
Skuad kebangsaan dibawah kendalian Ken Worden
dan dibantu oleh Tajuddin Noor. Barisan harapan 

negara ketika itu.
Zaid Jamil berlatih bersama skuad kebangsaan.
Antara yang kelihatan: P. Maniam, Azizol Abu Haniffah,
K. Gunalan, Azman Adnan dan 

Khairul Azman Mohamed.
Skuad gabungan pemain muda dan berpengalaman
yang menjuarai Pestabola Merdeka 1993. 

Kenangan manis.
2.0. Mewakili Skuad Kebangsaan.
Bersama skuad kebangsaan, Zaid pernah memenangi Kejohanan Jakarta Raya 1992 di Indonesia dan Pestabola Merdeka 1993 di Kuala Lumpur. Beliau juga pernah beraksi sewaktu Kelayakan Piala Dunia 1994 di Kuala Lumpur dan Riyadh (Arab Saudi). Zaid juga menggotai skuad Malaysia yang menentang England dan Aston Villa pada tahun 1991. Menentang England, Malaysia tewas 4-2 dan turut ditewaskan oleh Aston Villa, 4-0. Antara yang bersama Zaid ketika itu ialah Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Zahasmi Ismail, Khairul Azman Mohamad, Hassan Miskam, Sazali Nasir, A. Jayakanthan, Sarbegeth Singh, Zamri Mohamad Noor, Azizol Abu Haniffah, Hashim Mustapha, Matlan Marjan, Henry Arjun, Subadron Aziz, Nidzam Adzha, Nasir ‘The Professor’ Yusof, Ahmad Yusof, Manja Man, Azman Adnan dan ramai lagi.


2001: Nidzam Jamil (Selangor) cuba 
menyekat pemain Kuala Lumpur, 
Yaakob Iris. 
2003: Nidzam cuba mendapatkan bola di padang 
becak daripada penjaring 50 gol MPPJ FC, 
Juan Manuel Aristegui. 
Nidzam bersama 
skuad SPA FC. 
Bersama pihak pengurusan dan Piala Liga FAM. 
Turut kelihatan, Kamarulzaman Hasan, yang beraksi bersama 
Nidzam di bawah kendalian Allan Haris.
Nidzam Jamil bersama skuad 
Bawah-23 tahun negara pada 
Pestabola Merdeka 2001.
Nidzam bersama skuad 
Sukan SEA 2001 negara.
Nidzam dan Azmin Azram bergambar kenangan bersama
Fabien Barthez, pemenang Piala Dunia 1998, sewaktu kunjungan
Manchester United ke Malaysia pada 2001. Red Devils menang, 6-0.
Pada 2001, Red Devils turut mengadakan perlawanan
persahabatan dengan Singapura. Barthez mengejutkan
Stadium Kallang, apabila menggantikan Van Nistelrooy
dan beraksi sebagai pemain sayap dalam aksi
yang berakhir dengan kemenangan, 8-1.
3.0. Nidzam Jamil.
Adik kepada Zaid Jamil, Nidzam Jamil turut terlibat aktif sebagai pemain profesional. Nidzam yang dilahirkan pada 15b April 1980, pernah beraksi untuk skuad Piala Presiden Selangor, skuad Liga Perdana Selangor, PKNS FC, Negeri Sembilan dan Proton FC. Nidzam juga mencatat rekod apabila menjadi jurulatih paling muda yang berjaya membawa kelab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam FC (SPA FC) menjuarai Liga FAM 2012. Beliau juga mengendalikan skuad SPA FC ke Separuh Akhir Piala FA 2012. Nidzam turut mewakili skuad Bawah-23 tahun kebangsaan sewaktu Pestabola Merdeka 2001 dan Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur.
Antara pertahanan terbaik 
negara, Zaid Jamil.

Sewaktu menyarung jersi Kuala Lumpur,
meraikan jaringan bersama 

Hashim Marman.
1991: Zaid Jamil cuba menyekat 
bintang Johor dari Australia, 
Alistair Edwards. 
4.0. Meninggal dunia.
Perlawanan terakhir Zaid ialah ketika bertemu Kelantan FA dalam saingan Liga Perdana di Kota Bharu, di mana Selangor tewas 1-4 kepada jaguh Pantai Timur tersebut. Ketika namanya masih gemilang sebagai pemain bola sepak, Zaid Jamil ditakdirkan meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta pada pagi 16hb Jun 1994. Turut bersama beliau dalam kejadian tersebut ialah sahabat karib beliau, Halim Wong Soon Lim, 25 tahun. Ketika itu, Zaid baru berusia 27 tahun. Semoga pemergian beliau menjadi peringatan yang baik buat kita semua: kerana dari ALLAH kita datang, kepada Dia jugalah tempat kita kembali. Al-Fatihah sekudusnya, buat Allahyarham Zaid Jamil.

---------------------------------------------------------

3 ulasan:

  1. Che Din. nak tanya apa nama pemain malaysia berjersi no. 16 tu dalam skuad Bawah-23 tahun negara pada Pestabola Merdeka 2001?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Kalau tak silap saya, Aziz Ismail, pernah beraksi antara lain, bersama Pulau Pinang FA. :)

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...