Isnin, November 19, 2012

Nostalgia Liga Malaysia: Ervin Boban (Johor).


Ervin Boban: 
Lagenda.
1995: Ervin Boban khusyuk membaca
majalah lagenda, Arena Bola Sepak.
1989: Boban sewaktu
menyarung jersi Johor FA.
1989: Johor FA melaburkan wang
yang banyak bagi mendapatkan Boban,
Nasir The Professor Yusof, antara lagenda
Johor FA yang beraksi di samping Boban.

Boban bersama skuad Johor FA
yang menjuarai Liga Semi-Pro 1991. 
1991: Saat manis Boban menjulang Piala Malaysia.
Latar belakang.
Ervin Boban dilahirkan pada 17hb Mac 1965 di Split, Croatia (asalnya merupakan sebuah wilayah Yugoslavia). Yusgoslavia merupakan sebuah negara di bahagian barat Balkan hingga 1991, sebelum berpecah akibat Perang Yugoslavia kepada beberapa negara dan wilayah seperti: Bosnia dan Herzegovina, Croatia, Macedonia, Serbia, Montenegro, Vojvodina dan Kosovo. 

Boban memulakan kerjayanya dengan kelab RNK Split FC dari 1985 hingga 1988, dan telah menjaringkan 24 gol untuk Radnicki Nogometni Klub Split FC (RNK Split FC) pada tahun 1988, sewaktu beraksi dalam Liga Divisyen Dua Yugoslavia (Druga Liga Zapad). RNK Split FC merupakan kelab bola sepak Croatia yang terletak di Bandar Split, Croatia. ‘Radnicki Nogometni Klub’ bermaksud ‘Kelab Bola Sepak Pekerja.’ RNK Split FC mempunyai beberapa nama gelaran lain seperti Anarch, Borac, Jug, HASK, Dalmatinac dan Arsenal. Antara musuh tradisi RNK Split FC ialah kelab jirannya, HNK Hajduk Split FC.

1990: Boban bersaing dengan pemain
Kuala Lumpur FA untuk mendapatkan bola.
1990: Boban sewaktu menyarung
jersi keramat Johor FA.
Boban, pemain import
yang dikenang hingga kini.
Skuad Johor FA, dengan trio import Yugoslavianya.

Menyertai skuad Johor FA.
Boban menyertai Johor FA pada April 1989, selepas pasukan tersebut memutuskan untuk melakukan rombakan bersar-besaran menerusi perbelanjaan yang besar. Johor FA yang pernah menjadi Juara Piala Malaysia 1985 dan Naib Juara Piala Malaysia 1986 (tewas 1-6 kepada Selangor yang diketuai Supermokh), mahu mengembalikan kegemilangannya selepas hanya mampu layak ke Suku Akhir Piala Malaysia 1987 dan 1988.  

Hal yang demikian, pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak teragak-agak untuk membelanjakan pelaburan sebanyak RM1.6 juta, satu jumlah yang amat besar pada masa tersebut. Jumlah tersebut adalah bagi mendapatkan tiga pemain dan seorang jurulatih dari Yugoslavia iaitu Ervin Boban (penyerang), Jeremez Jure (pertahanan), Mate Boravac (pemain tengah) dan Marin Kovacic (jurulatih). Ini merupakan kali pertama Johor FA mendapatkan khidmat pemain import. Boban cukup digeruni kerana kepantasan dan ketinggiannya, khususnya apabila beraksi di padang Stadium Larkin, yang menjadi stadium keramat pasukan Johor FA satu masa dulu.


Juara Piala Malaysia 1991.
Piala Malaysia 1991: Alistair dan Boban.
Piala Malaysia 1991: Boban menjaringkan tiga gol
untuk membenam cabaran Selangor FA.
Nasir, The Professor, antara
perancang utama Johor FA.
Abbas Saad, gandingan mantap Boban.
Trio lagenda import Johor FA yang menerima pingat 
daripada Almarhum DYMM Sultan Johor.
Antara lagenda Johor FA paling dikenang:
Alistair Edwards, Ervin Boban, Abbas Saad, Khalid Shahdan,
Annuar Abu Bakar dan Nasir Yusof.
Trio import Johor FA yang sukar dikawal pihak lawan.
Ketumbukan Armada Jengking yang digeruni.
Skuad Johor 1991.
Skuad gemilang Johor FA 1991: Satu kenangan.

Meskipun masih muda, Boban telah menunjukkan bakat dan kemahiran yang baik.
Boban sewaktu jaman remajanya.
Musim gemilang Johor FA.
Selepas persembahan kurang memuaskan Jeremez dan Boravac untuk musim 1989, Johor FA memutuskan untuk mengekalkan Boban dan mengambil dua orang penyerang baru yang beraksi untuk pasukan kebangsaan Australia: Alistair Edwards dan Abbas Saad. Alistair dan Abbas merupakan bekas pemain skuad remaja Australia yang mana Urukalo pernah menjadi penolong jurulatih skuad tersebut. Ketiga-tiga bintang import ini akhirnya mekar dalam lipatan sejarah bola sepak tanah air sebagai antara trio import yang paling dikenang. 

Dianggap sebagai gandingan yang menggerunkan, gabungan trio ini menyebabkan pemain lawan menjadi keliru berkenaan siapa yang perlu dikawal bagi mengelakkan serangan dibuat. Pada tahun 1990, Boban menolak tawaran daripada kelab Divisyen Dua Austria, Klangerfurt FC, kerana mahu memberikan fokus kepada pasukan Johor, memandangkan beliau sudah mula serasi dengan corak permainan dalam Liga Malaysia. Pada tahun 1991 pula, Boban membantu Johor FA menjuarai Liga Divisyen Satu dan Piala Malaysia. Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1991 menyaksikan Johor FA menewaskan Selangor FA, 3-1, hasil jaringan tiga gol Ervin Boban. Pengurus Johor ketika itu ialah Datuk Suleiman Mohammed Noor. 

Bagaimanapun, pada 1993, Abbas Saad dan Alistair Edwards memilih untuk menyertai Singapura yang ketika itu berada dalam Divisyen Dua. Alistair sebelum itu pernah beraksi untuk Singapura pada tahun 1990. Pemergian Abbas dan Alistair diganti oleh Hasnim Haron dari Singapura dan Darrent Stewart (Australia). Bersama Johor FA, Boban turut dilatih beberapa nama lain selain Kovacic iaitu Marco Bilic, Michael Urukalo dan Wan Jamak Wan Hassan (kemudiannya melatih skuad kebangsaan). Antara pemain yang pernah beraksi dengan Boban dalam skuad Johor FA ialah Salehan Mohamed Som, Hassan Miskam, Nasir The Professor Yusof, Ramlan Rashid, Anuar Abu Bakar, Sulaiman Salim, Fadzli Ahmad, Sazali Nasir, Sani Othman, Khalid Shahdan, Nazaruddin Atan, Aidiel Mohamed Nor, dan Nizaruddin Kadir.

Darrent Stewart beraksi ketika 
menentang Kuala Lumpur pada 1995.
1995: Ervin Boban, penyerang
import yang digeruni lawan. 
Ervin Boban, dalam satu aksi hebat
sewaktu era Semi-Pro.

Bintang Liga Semi-Pro: Boban, Mubin Mokhtar,
Nasir Yusof dan Dollah Salleh.
Boban dan barisan pemain Johor FA.
Bersaing dengan lagenda Pahang, Alan Davidson.
Boban (paling kanan) bersama barisan pemain Jengking,
pasca penghijrahan Alistair Edwards dan Abbas Saad ke Singapura.
1996: Skuad Woodlands Wellington FC yang
menerima tajaan Bandai, telah mendapatkan khidmat
bintang seperti Jan Janostak, Joe Caleta dan Ervin Boban.
Boban (dua dari kanan, jersi putih) sewaktu mewakili WWFC pada 1996. Jersi yang dipakai oleh Tiong Bahru Fc pada 1996 ini kemudiannya dipakai oleh skuad kebangsaan Malaysia pada 1997.

Mac 1997: Kelayakan Piala Dunia 1998 menyaksikan Malaysia seri 0-0 dengan Arab Saudi di Shah Alam, sebelum tewas 0-3 di Jeddah. Azman Adnan dan Che Zambil Ahmad merupakan gandingan yang mantap ketika itu.
Mac 1997: Azmil Azali cuba membantu Khairul Azman daripada diasak oleh pemain Arab Saudi, Obied Al-Dosary di Shah Alam. Kita seri 0-0.
Meninggalkan Johor FA.
Selepas tujuh musim bersama Johor FA – dari 1989 hingga 1995 -- Boban memilih untuk menyertai Liga Profesional Singapura (S-League) yang baru ditubuhkan pada 1996. Beliau menyarung jersi Woodlands Wellington FC (WWFC). WWFC merupakan satu-satunya kelab bukan Liga Perdana Singapura yang diserapkan ke dalam Liga-S pada 1996. Liga Perdana Singapura telah berlangsung sejak 1988, tetapi tidak popular dalam kalangan warga Singapura berbanding Liga-M. 

Singapura telah menyertai Piala Malaya sejak 1921, maka pemergian pasukan tersebut memang memberi kesan. Sewaktu penubuhan Liga-S pada 1996, hanya lapan buah kelab dibenarkan bertanding, dan WWFC memilih Stadium Woodlands sebagai gelanggang rasmi mereka, membawa kepada penambahan nama ‘Woodlands’ pada nama asal kelab tersebut, Wellington FC. Nama gelaran WWFC ialah ‘The Rams’ dan ‘The Black Sheep’. Pengasas kelab tersebut ialah R. “Mouth of the North” Vengadasalam, yang juga pengurus kelab tersebut. Vengadasalam diingati kerana kerap mengeluarkan komen dan kenyataan kontroversial dan sensitif, atas tujuan menambahkan minat penduduk Singapura untuk menyokong Liga-S.  

Pada tahun 1996, WWFC mendapat tajaan daripada Bandai (Hong Kong) Company Limited, yang ketika itu terkenal sebagai pengeluar permainan plastik (seperti Power Rangers) dan permainan video (seperti Sega dan Game Boy). Bandai memberi penajaan lumayan iaitu sebanyak $360,000 kepada WWFC. Dana yang banyak ini digunakan oleh Vengadasalam untuk mendapatkan nama-nama besar dalam Liga Malaysia seperti Jan Janostak (Kedah FA), Joe Caleta (Perak FA) and Ervin Boban (Johor FA). Perpindahan Jan Janostak dari kedah FA menelan belanja $25,000, satu jumlah yang besar untuk Liga-S. 

WWFC 1996 turut dibarisi oleh Allahyarham Borhan Abu Samah, Tamil Marren, Zakaria Awang dan penjaga gol Croatia, Sandro Radun. Kehadiran pemain-pemain bertaraf bintang ini telah menarik puluhan ribu penonton sewaktu tahun-tahun awal penubuhan Liga-S. Antara aksi awal Boban bersama WWFC adalah menentang pasukan lamanya, Johor.

Boban menjadi Jurulatih
Skuad Remaja RNK Split FC.
Skuad Remaja RNK Split FC
yang mendapat bimbingan Boban.
Antara wajah mutakhir Boban.

Boban, Liga-S dan WWFC.
Pada April 1996, WWFC telah bertemu dengan Tiong Bahru United FC, yang dianggap perlawanan epik di Singapura memandangkan 22,000 orang penonton memenuhi Stadium Negara Singapura yang berakhir dengan seri, 2-2. Pertemuan dengan Geylang United FC pula menyaksikan Ervin Boban menjaringkan gol terbaik Liga-S 1996, disaksikan seramai 28,000 penonton. Boban berjaya menewaskan penjaga gol kental, David Lee. 

Perlawanan Akhir Tiger Beer Series 1996 mempertemukan Geylang United FC dan WWFC, di mana 30,000 orang penonton memenuhi Stadium Negara Singapura. Dalam Kejohanan Tiger Beer Series 1996, WWFC telah menjadi Naib Juara, di belakang Geylang United FC. Selepas meninggalkan WWFC, Boban kemudiannya beralih ke bidang kejurulatihan dan menjadi jurulatih kepada pasukan remaja bekas kelabnya, RNK Split FC di Croatia. 

Sementara itu, penubuhan Liga-S dengan hasrat untuk menjadikannya liga bertaraf dunia pada tahun 2010, bagaimanapun gagal mencapai sasaran, apabila kehadiran penonton semakin menyedihkan dan kemasukan pasukan Lions XII ke dalam Liga Super Malaysia terus mengalihkan minat penduduk Singapura. Selain Liga Super Malaysia, Liga-S terpaksa bersaing dengan liga antarabangsa yang lebih popular seperti Liga Perdana Inggeris Barclay dan La-Liga (Sepanyol). 

----------------------------------------------------------------------------

Nota kaki:
------------------------------------------------
Sumber:
  1. http://www.facebook.com/jabal.noor.9;
  2. http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
  3. http://www.facebook.com/HangPC2;
  4. http://rizalhashim.blogspot.com;
  5. http://www.utusan.com.my;
  6. http://thestar.com.my/;
  7. http://www.nst.com.my/;
  8. http://www.facebook.com/mohdkhalid.shahdan;
  9. http://soccernostalgia.blogspot.com/2012/11/old-match-photographs-part-10a.html;
  10. http://www.rnksplit.hr/;
  11. http://nazurah-nazurah.blogspot.com/2009/05/where-is-he-now.html;
  12. http://simontalks.com/2012/06/06/malaysia-cup-1991-johor-wins-the-cup/;
  13. http://bosjohor.blogspot.com/2012_11_01_archive.html;
  14. http://www.facebook.com/unofficial.wwfc.supporters.club/notes;
  15. http://s-leaguefootball.blogspot.com/2009/10/s-league-1996-season.html;
  16. http://www.dalmacijanews.com/Split/View/tabid/87/ID/108337/Ervin-Boban-Klub-uvijek-mora-biti-na-prvom-mjestu.aspx.

5 ulasan:

  1. Patutlah macam kenal gambar Boban tu...source from my blog rupanya.

    Where is he now?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sefaham saya, masih di Croatia. Apa pun, boleh rujuk blog bosjohor.blogspot.com untuk kepastian. :)

      Padam
  2. http://www.dalmacijanews.com/Split/View/tabid/87/ID/108337/Ervin-Boban-Klub-uvijek-mora-biti-na-prvom-mjestu.aspx

    BalasPadam
  3. http://www.dalmacijanews.com/Split/View/tabid/87/ID/108337/Ervin-Boban-Klub-uvijek-mora-biti-na-prvom-mjestu.aspx

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for the link, I appreciate it very much. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...