Akhir Piala Malaysia 1995: Mehmet kelihatan santai bersama rakan skuad Merah-Kuning selepas menang ke atas Pahang, 1-0 di Shah Alam. 1995: Mehmet dan rakan beliau dari Australia, Josip Biskic, cuba menyekat pemain muda Manchester United ketika itu, Nicky Butt, sewaktu kunjungan Red Devils ke Malaysia. Dalam dua perlawanan, Red Giants tewas 2-0 dan 4-1 kepada Red Devils. Josip terpaksa bermain untuk Melaka pada 1996, kerana peraturan dua pemain import yang diperkenalkan FAM. Tempat beliau digantikan oleh Mubin Mokhtar.
Sedikit tulisan
berkenaan Josip Biskic di sini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-josip-biskic.html. |
Mehmet bersama skuad Selangor yang menjuarai Piala Malaysia 1995. Antara yang kelihatan: V. Murugan, Asroff Hanafiah, Abu Talib Sulaiman, K. Gunalan, Azlisham Ibrahim, Shahril Arsat, Asmawi Bakiri, David Mitchell dan Rusdi Suparman. |
Kelayakan Piala Dunia 1993: Australia lawan Argentina.
Pada 31hb Oktober 1993, Australia dan Argentina seri 1-1. Kemudian,
di Buenos Aires pada 17hb November 1993, Argentina menang 1-0
ke atas Australia. Antara yang menganggotai skuad Australia ketika itu
ialah Mehmet Durakovic, yang sebelumnya menjaringkan gol
dalam perlawanan menentang Kanada.
| ||||||
Ogos 1992: Rehman Regunathan cuba memastikan bola tidak terlepas kepada pemain Australia, Abbas Saad sewaktu Piala Jakartaraya di Stadium Senayan. Malaysia menang ke atas Socceroos, 1-0, hasil jaringan “Kinta Express” (P. Ravindran) pada minit ke-70. Zainal Abidin Hassan beraksi cemerlang dalam perlawanan yang turut disertai oleh Mehmet Durakovic, Alistair Edwards dan Darrent Stewart (pemain simpanan).
|
Biodata ringkas.
Mehmet Durakovic
dilahirkan di Titograd, Yugoslavia (kini Podgorica, Montenegro),
dan pernah beraksi untuk pasukan Selangor dari 1995-1998. Berketinggian 176cm, Selangor
dilaporkan membayar yuran perpindahan Mehmet dari South Melbourne Hellas
sebanyak $130,000. Bersama Selangor,
Mehmet menjulang beberapa piala seperti Piala Malaysia (1995, 1996, 1997),
Piala Sumbangsih (1996, 1997), Piala FA (1997) dan banyak lagi. Beliau juga
beraksi sewaktu Selangor menentang Manchester United di Stadium Shah Alam pada
1995. Beliau melakukan 64 penampilan dan menjaringkan enam gol untuk skuad
kebangsaan Australia. Beliau menjadi Ketua Jurulatih kelab A-League di
Australia, Melbourne Victory FC dari Mac 2011
sehingga Januari 2012. Pada musim 2014, Mehmet kembali ke Stadium Shah Alam selaku jurulatih skuad The Red Giants.
Nota kaki:
- Sedikit tulisan berkenaan
Ervin Boban di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-ervin-boban.html
- Sedikit tulisan berkenaan
Alan Davidson di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-alan-davidson.html.
- Sedikit tulisan berkenaan
Josip Biskic di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-josip-biskic.html.
- Sedikit tulisan
berkenaan David Mitchell di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-david-mitchell.html.
- Sedikit tulisan
berkenaan Mehmet Durakovic di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-mehmet.html.
------------------------------------
Sumber:
- http://www.facebook.com/jabal.noor.9;
- http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
- http://www.facebook.com/HangPC2;
- http://rizalhashim.blogspot.com;
- http://www.utusan.com.my;
- http://thestar.com.my/;
- http://www.nst.com.my/;
- http://ifoto.penerangan.gov.my/;
- https://www.facebook.com/azman.adnan.;
- http://www.facebook.com/azizol.abuhaniffah.
misi 33 masih blom berjaya lagi..kini selangor semakin bercelaru menjual pemain-pemain utama mereka
BalasPadamSelangor ada ambil pemain-pemain muda berbakat seperti Kunanlan dan Afiq Azmi. Memandangkan Amri masih kekal, saya tidak ada masalah dengan penghijrahan. Lagipun, nama besar yang berhijrah (berdasarkan prestasi semasa) cuma Safiq Rahim sahaja.
PadamSoal Misi 33, saya lebih senang untuk FAS fokus kepada prestasi semasa dan perancangan jangka panjang. Kalau tidak, akan jadi seperti Liverpool, yang mempunyai sejarah hebat, tetapi gagal menyaingi pasukan kelompok teratas BPL. hehe.
Jawapan yang tepat Che Din. Kadang-kadang tidak faham mengapa peminat perlu melenting sedangkan jika diteliti secara mendalam, selain Safiq Rahim, hampir semua pengambilan pemain baru adalah upgrade kepada pemain yang berhijrah (saya guna istilah ambil/hijrah kerana hampir tiada istilah jual-beli pemain di Malaysia, hanya pemain tamat kontrak dan ditawar/tidak ditawar kontrak). Sebagai contoh, posisi pertahanan kanan Razman (keluar) >> Mahalli (masuk, kapten Harimau Muda A, pemenang emas Sukan SEA 2011, dan merupakan pemain regular Malaysia U-23 dan kebangsaan), posisi penjaga gol kedua - Jeeva >> Sharbinee (masuk, pemenang pingat emas Sukan SEA 2011, penjaga gol kebangsaan sehingga tahun ini), posisi penyerang - Balaban >> Forkey Doe (masuk, penjaring terbanyak Liga Super 2012, jauh lebih pantas dari Balaban), Kunalan memperkuatkan posisi sayap kiri dll. Malah barisan midfield seharusnya tidak pincang tanpa Safiq kerana bakal diisi oleh gandingan pemain kebangsaan Bunyamin - Gurusamy. Selain dari itu lain-lain pemain adalah yang jarang diguna/tidak mendapat tempat dalam team. Hanya peminat keyboard warrior yang jarang ke stadium sahaja yang akan menangisi pemergian Azidan (gagal mengulangi formnya di KL) dan Amirulhadi (sudah 2 tahun kehilangan form sehingga tidak lagi diberi kepercayaan dalam first eleven dan hilang tempat dalam skuad kebangsaan).
PadamAmir - SELANGORFC.COM
Terima kasih Saudara Amir, atas respon yang baik. Saya fikir, kita berlapang dada dalam hal penghijrahan pemain. Kerana dari segi pakar bola mati, Forkey Doe boleh ganti peranan Safiq.
PadamSaya seronok sebenarnya, bila berita bola kita menjadi rancak. Lagi banyak orang bercakap tentang liga kita, lebih baik. Nadi Arena sepatutnya dapat kredit, atas usaha mencetus minat rakyat terbanyak kepada liga kita.
* Dan, harapan saya, Forkey Doe dapat kekalkan disiplin sewaktu bermain di Selangor. Viva Selangor!
Benar tuan, berlapang dada adalah perkataan paling sesuai dalam perkara ini. Terutama bagi yang dah lama mengikuti bolasepak Malaysia dan Selangor khususnya, kena ada sikap 'take with a pinch of salt' bak kata orang putih. Kerana Selangor PERNAH memenangi kejuaraan dengan skuad jauh lebih mentah dari ini (juara Piala Malaysia 1995 misalnya) dan GAGAL dalam skuad yang jauh lebih berpengalaman (pasukan 2008 yang tewas dua final ada Frank Seator, Safee Sali, Indra Putra Mahayuddin, Shukor Adan, Elie Aiboy sehingga menyebabkan Amri Yahyah terpaksa bermain bek kanan dan Akmal Rizal sekadar duduk di bangku simpanan). Terima kasih kepada tuan kerana rajin memblog secara mendalam dan ilmiah, di Malaysia ini walaupun ramai ada blog tapi tak ramai yang rajin mengupas isu apatah lagi membuat research.
Padam* Pembetulan komen saya sebelum ini - Sharbinee merupakan pemenang emas 2009 bukan 2011 :)
Amir - SELANGORFC.COM
Oh, tulisan saya sederhana saja. Semoga ada manfaatnya, in sya ALLAH. Mohon Encik Cool dan Saudara Amir tegur, andai ada terlebih-terkurang.
Padam* Bercakap soal skuad yang berpengalaman, terkenang skuad 1998. Kita ada Azman Adnan, Zainal Abidin & Co. Tapi, prestasi suram. Mungkin saya silap, tapi, tahun itu lebih menyedihkan bagi saya. :)