Christiano Ronaldo, bintang Potugal, Manchester United FC
dan Real Madrid FC, yang secara terbuka menyatakan
sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Ronaldo, lagenda Brazil dan antara pemain
bola sepak terbaik dalam sejarah dunia, turut menyokong
Negara Berdaulat Palestin. Sedikit tentang beliau di sini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2011/02/ronaldo-si-el-fenomeno.html
Frederic Oumar Kanoute, lagenda Sevilla yang memilih untuk beraksi dengan Mali meski dilahirkan di Perancis. Beliau merupakan pemain bola sepak paling lantang dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin. Pada 7hb januari 2009, beliau dilayangkan kad kuning dan kemudiannya didenda $4,000 kerana menayangkan baju-T hitam bertulis Palestin dalam beberapa bahasa.
|
Masjid Al-Aqsa (Masjid Yang Jauh), masjid ketiga paling suci. Terletak di Kota Baitul Maqdis, Palestin. Rejim Zionis giat menjalankan kerja cari gali di bahagian bawah Masjid Al-Aqsa, sehingga mengakibatkan berlaku keretakan pada beberapa bahagian masjid suci tersebut.
|
Kubah Batu-Asy-Syakrah (Dome of the Rock), antara binaan terindah di dunia dengan kubah emasnya. Sering dirujuk secara silap sebagai Masjid Al-Aqsa. Kubah Asy-Syakrah terletak bersetentang dengan Masjid Al-Aqsa yang usang dan berkubah hijau.
|
Kaitan antara pilihan raya dan serangan
kejam.
Seperti yang
kita sedia maklum, Rejim Zionis-Israel pimpinan Benjamin Netanyahu yang
didokong oleh Amerika Syarikat telah melakukan serangan secara mengejut ke atas
bumi Palestin sejak Awal Muharam yang lalu. Pilihan raya Negara Haram Israel
yang dijadualkan berlangsung pada 22hb januari 2013, dipercayai menjadi sebab
utama kenapa serangan sekejam ini dibuat. Siri serangan ini dilihat sebagai
salah-satu ‘pakej’ kempen pra-pilihan raya oleh Partai Likud pimpinan
Netanyahu. Netanyahu merupakan penyokong kuat bekas calon Presiden AS, Matt
Romney yang tewas di tangan Barrack Obama (yang meski dilihat ‘rapat’ dengan
beberapa pemimpin negara Islam, masih dikekang oleh kuasa Pelobi
Yahudi-Amerika). Serangan ke atas Bandar Ghazzah (Gaza) di Bumi Berdaulat
Palestin dipercayai sebagai usaha kotor Netanyahu untuk menunjukkan kepada
rakyat Negara Haram Israel, bahawa Negara Haram Israel adalah tidak lemah dan
akan terus membawa agenda penjajahan/penaklukan (imperialistic) walau siapa yang memenangi Pemilihan Presiden di AS.
Dan, bumi Palestin adalah ‘pentas’ terbaik untuk Rejim Zionis pimpinan Partai
Likud menabur bom peledak dan roket pemusnah bagi menagih sokongan pengundi di
Negara Haram Israel.
Antara 'pengganas/militan' yang berjaya dibunuh
oleh Tentera Rejim-Zionis: Anak-anak kecil yang tidak berdosa.
Rejim Zionis-Israel yang sombong dan hina.
Rejim Zionis
-- tanpa sebarang amaran -- dengan tidak semena-semena menyerang dan membedil
bumi Ghazzah di Negara Berdaulat Palestin. Dan seperti lazimnya, alasan mudah
yang digunakan untuk menjustifikasikan tindakan jelik dan kejam ini ialah
‘untuk menghapuskan kumpulan militan yang ditaja oleh Hamas (dan Hizbullah).’ Istilah
‘pejuang pembebasan’ dan ‘pengganas’ sering disalah gunakan oleh media Barat
khususnya, demi menghalalkan kekejaman terhadap penduduk Negara Berdaulat
Palestin. Kematian anak kecil, wanita, orang tua dan kemusnahan harta-benda,
dipandang sepi oleh kuasa besar dunia. Dan, Rejim Zionis sangat menyenangi
serangan balas daripada pejuang pembebasan Palestin, memandangkan ketakutan dan
kebencian yang dirasai oleh penduduk Negara Haram Zionis-Israel akan menguatkan
sokongan terhadap parti pemerintah.
Molek kiranya kita semua menghafal doa pendek ini, in sya ALLAH.
Kobar jiwa semangat.
Solidariti untuk anak-anak Ghazzah-Palestin. Padu!
Reaksi kita di Malaysia.
Sementelahan,
di Malaysia, terdapat beberapa kumpulan dan pertubuhan yang – telah sejak
sekian lama – menggiatkan kempen memboikot produk dan pengeluar yang terlibat
dalam penyaluran berbilion-bilion dana kepada Rejim Zionis. Namun, kempen ini
menerima reaksi pelbagai. Ada yang menyokong dan pasti ada yang sebaliknya. Pada
hemat saya, tidak perlu untuk kita menyindir sahabat kita yang menjalankan
kempen boikot produk yang menyokong Rejim Zionis. Tidak perlu juga untuk kita
menghukum sahabat kita yang memilih untuk tidak melakukan boikot. Pokoknya,
kita semua perlu menyumbang. Kalau tidak dengan sumbangan wang atau makanan;
jadikan DOA sebagai senjata paling ampuh. Ayuh, ambil peduli. Solidariti, buat
anak Ghazzah-Palestin. Padu!
|
*******************************
Sumber
dan rujukan:
- http://footbalmania.shawweet.com/en/I85/Ronaldo.supports.palestine;
- http://rt.com/news/israel-gaza-strike-election-758/;
- http://www.ciibroadcasting.com/2012/06/14/world-soccer-rallies-in-support-of-palestine/.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan