Khamis, Oktober 27, 2016

Limpahan Cahaya.


Limpahan Cahaya.
Alhamdulillah, sempat juga ke “The Nightscape of Light Sensation” di MAEPS, Serdang. Berpeluh juga bila perlu jalan kaki beberapa kilometer dari tapak letak kereta. Selain limpahan manusia yang ramai, difahamkan 30,000 lampu LED dalam bentuk bunga diletakkan sepanjang acara tersebut berlangsung.
Indah.

Amir Naufal: Sesi Berenang.



Amir Naufal: Sesi Berenang.
Alhamdulillah, sempat bawa Amir Naufal berenang. Bahagia melihat Amir ketawa-riang.
Semoga Amir Naufal membesar jadi anak yang soleh, sihat dan cemerlang.
Amin dan in sya ALLAH.
:)
.

SEPUTAR SEMINAR PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA, ABIM PERAK.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
SEPUTAR SEMINAR PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA, ABIM PERAK.
Alhamdulillah, pada 21hb Oktober lepas, Seminar ABIM Dialog Perak (ADP) Edisi Perdana telah dianjurkan bersempena Muktamar ABIM Perak kali ke-43 di SERI Al-Ummah, Chemor. Dengan topik besar, “Pembinaan Bangsa Malaysia”, topik ini diulas oleh Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz (Setiausaha Agung ABIM) dan Saudara Zairudin Hashim (Exco Media ABIM Pusat).
Membawa gelombang “Seminar Masa Depan Kebangkitan Islam” sempena Muktamar ABIM Pusat kali ke-45 di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam pada 29hb Oktober 2016 nanti.
Kedua-dua pimpinan ABIM Pusat ini menggantikan Saudara Khairul Ariffin Munir, yang tidak dapat menghadiri program ini, kerana pemergian adik ipar beliau, Allahyarhamhu Badli Haryadi (menantu Al-Fadhil Dr. Abdul Halim Muhammady) selepas Jumaat pada 21hb Oktober 2016 di kediaman keluarga beliau di Jalan Makmur, Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Teras Jernang. Semoga ALLAH SWT rahmati Rohnya, dan ditempatkan dalam kalangan orang yang Soleh. Al-Fatihah sekudusnya.
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: http://www.abim.org.my/sekretariat/daftar-keahlian-online.html
---------------------------------- 


.



Live di Scoreboard (TV9).


Live di Scoreboard (TV9).
Alhamdulillah, terima undangan untuk tampil dalam Program “Scoreboard Extra-Time” (TV9) di Sri Pentas, Bandar Utama. Ulas tentang kerancakan Separuh Akhir serta Final Piala Malaysia.
Sudah tentu, Selangor menjadi pilihan hati. Apa pun, kita tunggu saja keputusannya nanti. Terima kasih, buat Bro Tabah Sazwan Othman (TSO) dan kru Scoreboard, kerana sudi jemput.
Terima kasih juga buat Sahabat Retro Bola Sepak (RBS). Moga terus padu dan Grande; selamanya.
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...