Isnin, Oktober 10, 2016

AMIR NAUFAL: AQIQAH DAN QURBAN 1437H.



AMIR NAUFAL: AQIQAH DAN QURBAN 1437H.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILLAHI, dengan izin dan Rahmat-NYA, dapat saya, isteri tercinta (Nur ‘Aliaa) dan keluarga mengadakan Majlis Aqiqah buat anak sulung, Muhammad Amir Naufal bin Zairudin. Turut diadakan, Majlis Aqiqah buat anak buah kami, Allahyarhamhu Ahmad Zabir Ahmad Zulfadhli. Majlis dianjurkan di Taiping, Perak pada 13hb September 2016. Berkebetulan dengan ulang tahun kedua, perkahwinan saya dan isteri.
Pada 15hb September 2016 pula, saya bersama sahabat Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pusat berkesempatan mengadakan korban untuk bahagian masing-masing di Taman Cemerlang, Gombak. Turut serta, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM.
Terima kasih, ALLAH.
Semoga Amir Naufal membesar sebagai anak soleh yang sihat wal afiat serta cemerlang, duniawi-ukhrawi. Juga, semoga roh Allahyarhamhu Ahmad Zabir dicucuri Rahmat-NYA. Moga Abang Zul dan Kak Zatil terus tabah dan sabar. Sungguh, perancangan ALLAH itu agung dan berhikmah.
Al-Fatihah sekudusnya.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...