Khamis, Oktober 27, 2016

SEPUTAR SEMINAR PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA, ABIM PERAK.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
SEPUTAR SEMINAR PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA, ABIM PERAK.
Alhamdulillah, pada 21hb Oktober lepas, Seminar ABIM Dialog Perak (ADP) Edisi Perdana telah dianjurkan bersempena Muktamar ABIM Perak kali ke-43 di SERI Al-Ummah, Chemor. Dengan topik besar, “Pembinaan Bangsa Malaysia”, topik ini diulas oleh Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz (Setiausaha Agung ABIM) dan Saudara Zairudin Hashim (Exco Media ABIM Pusat).
Membawa gelombang “Seminar Masa Depan Kebangkitan Islam” sempena Muktamar ABIM Pusat kali ke-45 di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam pada 29hb Oktober 2016 nanti.
Kedua-dua pimpinan ABIM Pusat ini menggantikan Saudara Khairul Ariffin Munir, yang tidak dapat menghadiri program ini, kerana pemergian adik ipar beliau, Allahyarhamhu Badli Haryadi (menantu Al-Fadhil Dr. Abdul Halim Muhammady) selepas Jumaat pada 21hb Oktober 2016 di kediaman keluarga beliau di Jalan Makmur, Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Teras Jernang. Semoga ALLAH SWT rahmati Rohnya, dan ditempatkan dalam kalangan orang yang Soleh. Al-Fatihah sekudusnya.
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: http://www.abim.org.my/sekretariat/daftar-keahlian-online.html
---------------------------------- 


.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...