Rabu, Januari 27, 2016

MALAYSIA HARI INI (TV3) BUAT LIPUTAN TENTANG SEKOLAH TAJAAN MLLFS.


MALAYSIA HARI INI (TV3) BUAT LIPUTAN TENTANG SEKOLAH TAJAAN MLLFS.
Alhamdulillah, pada 19hb Januari 2016, telah disiarkan liputan berkenaan sekolah di bawah seliaan Malaysia Life Line for Syria (MLLFS), Jasmine Ash-Sham Education Centre, dalam slot Malaysia Hari Ini (TV3).
Video penuh boleh ditonton di: http://www.tonton.com.my/ menerusi carian “Malaysia Hari Ini (2016) - Episode 13”.
Sekolah yang terletak berhampiran dengan Sekretariat MLLFS di Seksyen 1, Wangsa Maju ini, menempatkan anak-anak pelarian Syria yang berada di sekitar Lembah Kelang.
#JasmineAshShamEducationCentre
#TogetherCreateBetterFuture
---------------------------------------------------
Untuk turut sama menyumbang kepada sekolah ini, sila klik:
ATAU deposit ke akaun:
Dengan Nota - JASSEC
SALAM SURIAH RESOURCES
Maybank : 5645-5733-8496
Bank Islam : 12113-01-0053433
CIMB : 8602041215
“Demi Syria; Untuk Ummah”
“Together-Create-Better-Future”
.
.


Ngeteh Bersama SUA ABIM.


Ngeteh Bersama SUA ABIM.
Sesi ngeteh, bersama Saudara Faisal (Setiausaha Agung ABIM).
Dan Abang Bob (Firdaus Hamsin – Exco Penyelidikan ABIM).
Dua insan yang saya hormati.
Bicara seputar isu bahasa Melayu dan TPPA.
Perjalanan masih jauh.
.

SEPUTAR MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS ANJUNG RAHMAT.


SEPUTAR MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS ANJUNG RAHMAT.
24hb Januari 2016 (Ahad): Alhamdulillah, telah dijalankan upacara untuk merasmikan bangunan “ANJUNG RAHMAT” (Pusat Dakwah & Tarbiah WADAH) oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil; dengan ‘gimmick’ memecah bongkah air batu, untuk mengambil pen ‘marker’ bagi menandatangani plak perasmian bangunan ini.
Ustaz Siddiq diiringi oleh Presiden WADAH, Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan Pengerusi JK Pembangunan WADAH, Dr Ab Halim Muhammad. Turut mengiringi beliau ialah NC UNISEL, Prof Dato’ Dr Redwan Othman, Presiden ABIM, Saudara Raimi Ab Rahim dan Timbalan Presiden PKPIM, Saudara Mohd Khair Sujud.
Terdahulu, pada 23hb Januari 2016 (Sabtu), Presiden ABIM, Saudara Raimi telah menyampaikan amanat kepada peserta untuk Program Tamrin Siswazah Muda ABIM (SISMA-SEDAR) dan Bengkel Pendidikan ABIM 2016. Untuk rekod, Januari hingga Mac merupakan Bulan Tamrin ABIM.
Naib Presiden ABIM Pusat, Saudara Khairul Ariffin Mohd Munir membuat pembentangan dalam Program Tamrin SISMA-SEDAR. Beliau membentangkan topik “Pembinaan Generasi Kepimpinan: Satu Sorotan Pengalaman”. Turut hadir, senior ABIM serta WADAH yang sangat berjasa, Al-Fadhil Al-Ustaz Dr. Abdul Halim el-Muhammady.
Sesi bersama Ustaz Muhyuddin Ashaari (Ahli Lembaga Pengarah, Yayasan Takmir Pendidikan - ALP YTP) turut berjalan dengan cemerlang, dalam Bengkel Pendidikan ABIM 2016.
Pada malam sebelumnya, telah berlangsung “Usrah Umum: Isu Semasa dan Peranan WADAH” bersama Prof Dato’ Dr. Muhammad Redzuan Othman.
Alhamdulillah, Pusat Dakwah dan Tarbiyah yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan. Hasil iltizam, keyakinan, komitmen dan pengorbanan beberapa individu yang menyumbang kepakaran mereka tanpa bayaran, di samping sumbangan kewangan yang tidak putus-putus daripada sahabat dan ahli, “Anjung Rahmat” (Pusat Dakwah dan Tarbiyah WADAH) akhirnya tegak terbina.
Antara program awal yang diajalankan di bangunan tersebut ialah “Retreat Ahli Usrah WADAH Pusat”, pada 25 Oktober 2015 serta “Majlis Usrah Gabungan”, pada 11 November 2015.
Tersedia di pusat ini sebuah dewan seminar, pusat media, arkib, surau, ruang pejabat, ruang makan serta 10 inap desa (homestay) yang boleh dimanfaatkan oleh anggota dan masyarakat. Dengan menggunakan ‘rain harvesting’ bagi sebahagian daripada keperluan airnya, dijangka pusat ini dapat mengurangkan kos pengurusannya. Dengan ruang letak kereta di kawasan bersebelahan di samping beberapa gerai jualan makanan, pusat ini berpotensi memeriahkan lagi persekitaran di Desa Makmur, Sungai Merab, Bangi, Selangor.
Kos pembinaan asalnya adalah RM1.2 juta. Bagaimanapun, dengan pemantauan langsung dalam pembelian bahan dan pengawasan rapi proses pembinaan, kos terlibat hanya sekitar RM800 ribu sahaja. Tempoh pembinaan juga dapat disingkatkan dari 2 tahun kepada 14 bulan sahaja.
Projek pembangunan Pusat Dakwah dan Tarbiyah WADAH, Kampung Sungai Merab, Sepang telah mula diusahakan sejak setahun yang lalu, ekoran dari inisiatif seorang Pewakaf yang telah mewakaf sebidang tanah kepada WADAH. Majlis pecah tanah telah diadakan pada 20 April 2014.
Tawaran Wakaf Lantai merupakan salah satu sumber dan kaedah bagi mengumpul dana untuk menjayakan projek ini. Lembaga Pemegang Amanah Harta WADAH telah menawarkan kepada orang awam untuk membeli dan mewakafkan kembali bagi tujuan pembinaan bangunan pusat ini.
Bagi mereka yang ingin menyumbang, peluang masih terbuka kerana keperluan peralatan kerusi meja dan kemudahan-kemudahan inap desa (homestay) yang masih belum dapat disediakan. Hubungi Sekretariat WADAH di: +603-8920 2142 sekiranya anda ingin menyumbang.
Ketua HELWA ABIM, Puan Fadhlina Sidek menukilkan bahawa, “Generasi mereka sangat hebat. Di usia muda mereka membina Pusat Latihan ABIM dan Institusi pendidikan. Kini, di usia emas, mereka bangunkan pula Pusat Dakwah tanpa lelah untuk melatih kader dakwah. Rupanya, impian itu belum berakhir. Bapak masih mengimpikan pesantren yang rimbun dikenali sebagai Raudhah. Barakah tanah wakaf akan dinikmati oleh pewaqaf dunia dan Akhirat. Terima kasih daripada kami, generasi yang masih menumpang.”
.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...