Jumaat, Januari 08, 2016

PRESIDEN ABIM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA PENGARAH DBP.

PRESIDEN ABIM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA PENGARAH DBP.
7hb Januari 2016 (Khamis): Alhamdulillah, hari ini Presiden ABIM, Saudara Haji Mohamad Raimi Ab Rahim serta pimpinan ABIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Awang Sariyan.
Selamat berjuang buat Datuk Dr. Awang Saryan. Semoga terus tabah dan istiqamah memperjuangkan bahasa kebangsaan. Perjuangan yang dicurahkan beliau adalah selaras dengan Seksyen 5 ,Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Akta 213); yang menetapkan tujuan Dewan Bahasa antara lain adalah ‘untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi’.
Pertemuan yang dijalankan di Tingkat 30, Menara DBP itu antara lain membincangkan isu bahasa serta kerjasama strategik pada masa depan; antara ABIM dan DBP.
Pimpinan ABIM turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berbahagia Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.
Dalam pertemuan tersebut, Datuk Zainal berkongsi pandangan serta penjelasan berkenaan usaha penerbitan sejumlah karya agung Nusantara dalam bahasa Melayu, ketika Yayasan Karyawan berada di bawah teraju Allahyarhamhu Datuk Hasan Ahmad.
_____________________________________
Hasbunallah wanikmal wakil...
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Salurkan infaq anda ke akaun ABIM : Bank Islam – 1402-3010-0112-19
ATAU
Melalui sumbangan atas talian yang disediakan oleh syarikat billplz.com :https://billplz.com/form/infaq-abim
ATAU
Sumbangan bulanan melalui auto debit : Whatsapp/SMS ke 013-2226057 butiran seperti Nama dan Alamat untuk urusan pengeposan borang Auto Debit.
_____________________________________
Sila “Like”, “Follow” dan “Share” Halaman FB: Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM):
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
_______________________________________
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +6019-2881300/ 019-3836700 / +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
Twitter ABIM: https://twitter.com/ABIM_24
Telegram ABIM: https://telegram.me/abim24
Youtube: https://www.youtube.com/user/mediabim
______________________________________
Sekretariat ABIM Pusat terletak di: No.6, Jalan TC 2A/2, Tmn Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
(Berhampiran Stesen LRT Taman Gombak dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur).

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...