Jumaat, Jun 28, 2013

Skuad Final Piala HMS Malaya ke-25: Singapura FA lawan Perak FA.

Skuad Final Piala HMS Malaya ke-25: Singapura FA lawan Perak FA.
Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil sempena nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948.

Pada tahun 1967, piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia. Tidak lama kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995, Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malaysia. Ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir.

Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 32 gelaran dan 16 kali naib juara. Manakala Kelantan merupakan juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yg kedua bagi mereka.


Khamis, Jun 27, 2013

Jersi langka (rare) Skuad Olimpik Atlanta 1996.

Jersi Argentina.
Jersi Sepanyol.
Jersi Perancis.
Yusri Che Lah.
Hasnizam Uzir (kini penyampai di Astro) 
cuba mengekang pemain Singapura.
1995: M. Chandran, Rusdi Suparman dan Idris Karim 
beraksi sewaktu menentang China, ketika 
Kelayakan Olimpik Atlanta 1996.
Md Noor Derus bersaing 
sewaktu menentang China.
Skuad Olimpik Atlanta 1996.
-------------------------------------------------------
Sumber:
  1. Akhbar New Straits Times;
  2. Buku ‘Gemilang: Mengharungi 50 Tahun Kecemerlangan Sukan’;
  3. http://www.facebook.com/mdnoor.mdderus?fref=ts;
  4. http://www.facebook.com/jabal.noor.9?fref=ts.

Rabu, Jun 26, 2013

Hujan rahmat.

Adakalanya, setiap kali hujan, kita merungut. Setiap kali terik panas, kita mengeluh. Bila terjadi jerebu, kita bersungut. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan TUHAN, baik dalam bentuk nikmat mahupun dugaan. Bukankah ALLAH SWT menciptakan sesuatu kejadian dengan sebab dan hikmah? Bersyukurlah...

Selasa, Jun 25, 2013

Kala hujan senja ini.


Kala hujan senja ini
kilat cahaya menyergah irama semesta abadi
rerumputan yang meranggas waktu kemarau
kembali berikhtiar tumbuh menghijau
dalam kesempitan nafas
dalam rimba besi kegilaan manusia
sejuta nostalgia berloncatan, mengiringi perasaan-perasaan hiba

Apa khabar Ramadhan?
Betapapun berat
betapapun dugaan
semoga sempat ku menjengukmu.


-- Zairudin Ashrafi, 25hb Jun 2013, Bangi.

Isnin, Jun 24, 2013

Anugerah Bola Sepak Negara 1996.


Kenangan Anugerah Bola Sepak Negara (ABSN) 1996.
Tahun 1996 dilihat sebagai tahun di mana bola sepak kebangsaan ‘bernafas’ semula selepas tragedi ‘taufan bookie’ yang melanda bola sepak negara sekitar 1993-1995.
Dengan kemeriahan penonton yang hadir ke stadium, penjenamaan Liga-Malaysia (Liga-M) bersama maskot-maskot pasukan negeri, pemain import yang berkualiti serta kejayaan menjadi Naib Juara Piala Tiger 1996 (tewas 0-1 kepada Thailand), ABSN dilihat sebagai wadah penghargaan buat pemain-pemain tempatan yang berusaha gigih meskipun ramai pemain berpengalaman yang digantung kerana skandal rasuah.
Ketika ABSN berlangsung, sedikit insiden teknikal berlaku, bilamana pengacara majlis tersilap mengumukkan Darren Stewart sebagai penerima Anugerah Pemain Import Terbaik, sehinggakan pemain tersebut telah naik ke atas pentas dan menerima trofi. Pemenang sebenar ialah Merzagua Abderrazak (Pulau Pinang FA).
Antara pemain yang menerima anugerah ketika itu ialah B. Rajinikandh, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, K. Sanbagamaran, Khairul Azman Mohamed dan Che Zambil Ahmad. Berikut adalah senarai penerima ABSN 1996:
  • Pengurus Terbaik: Dato’ Aini Mohd Taib (Selangor FA);
  • Jurulatih Terbaik: Ronald Smith (Sabah FA);
  • Pengadil Terbaik: V K S Sinnaya (Johor FA);
  • Pemain Tempatan Terbaik: Zainal Abidin Hassan (Pahang FA 1996, Selangor FA 1997);
  • Pemain Import Terbaik: Merzagua Abderrazak (Pulau Pinang FA);
  • Pemain Harapan Terbaik: Che zambil Ahmad (Kedah FA);
  • Penyerang Terbaik: Azman Adnan (Selangor FA);
  • Pemain Pertahanan Terbaik: B. Rajinikandh;
  • Pemain Tengah terbaik: K. Sanbagamaran (Selangor FA);
  • Penjaga Gol Terbaik: Khairul Azman Mohamed (Sabah FA);
  • Tokoh Bola Sepak Negara: Dato’ Harun Idris;
  • Kelab Penyokong Terbaik: Selangor Soccer Fans Club (SSFC);
  • Prestasi Pasukan Remaja Terbaik: Selangor.
Tahun 1996 dilihat sebagai peluang untuk rakyat Malaysia menyaksikan kebangkitan bola sepak tanha air. Namun, negara dikejutkan dengan peristiwa kekalahan terhadap Laos ketika Sukan SEA 1997 di Jakarta. Laos yang telah mengkaji secara teliti taktikal permainan Malaysia, berjaya mengunci pergerakan pemain kebangsaan, seterusnya mengamalkan corak permainan bertahan selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan. 

Kekecewaan ini bagaimanapun berjaya diubati seketika dengan kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka 2007; Piala Suzuki AFF 2010; Sukan SEA 2009 dan Sukan SEA 2011. Semoga Harimau Malaya serta Liga-M bangkit semula, atas nama tanah air tercinta. Hidup Malaysia kita. Padu.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...