Selasa, Julai 18, 2017

ROGERIO CENI: DARI GAWANG GOL SENDIRI, KE JARING GOL LAWAN.


ROGERIO CENI: DARI GAWANG GOL SENDIRI, 
KE JARING GOL LAWAN.
Siapa yang boleh melupakan Rogerio Ceni?
Penjaga gol dari Brazil ini -- sebagaimana Jose Luiz Chilavert dan lain-lain; sanggup mengambil risiko berlari mengambil sepakan percuma,
Walaupun terdapat risiko tinggi dan terdedah kepada serangan balas daripada pihak lawan.
Daripada 1,273 penampilan, beliau telah menjaringkan 131 gol.
Nisbah jaringan beliau juga adalah menakjubkan: 1 gol dalam setiap 9 perlawanan.
Jumlah purata jaringan ini adalah agak tinggi untuk mana-mana posisi sebagai pemain bola sepak, malah lebih tinggi berbanding purata jaringan Iniesta di Barcelona.
Tuan-tuan, kami persembahkan, Rogerio Ceni -- penjaga gol yang juga pakar bola mati.

PEMAIN MUDA: DI MANA TEMPAT MEREKA?

PEMAIN MUDA: DI MANA TEMPAT MEREKA?
Baik di Malaysia mahupun luar negara, antara isu yang sering kali berlegar ialah tempat dalam kesebelasan utama, untuk para pemain muda.
Bukan mudah untuk atlet-atlet yang berpotensi ini, mendaki tangga senioriti, apalagi kejayaan.
Ramai pemain di bawah usia 23 tahun sukar beraksi untuk pasukan utama, selanjutnya memeningkan jurulatih skuad belia mahupun kebangsaan, untuk memilih mereka dalam panggilan ke kem latihan.
Ramai pemain muda ini, mempunyai kemahiran dan kemampuan tersendiri.
Theo Walcott ketika dipanggil oleh Eriksson dalam skuad England untuk Piala Dunia 2006 pada usia 17 tahun, tidak dapat menyentuh padang dan tidak mendapat sokongan rakan sepasukan senior yang lain.
Ramai mempertikaikan pemilihan Walcott, bukan saja atas faktor pengalaman, tetapi juga jumlah minit permainan ketika bersama kelab ketika itu.
Berbeza dengan legenda Brazil, Ronaldo yang disenaraikan dalam skuad Piala Dunia 1994.
Meskipun hanya hadir sebagai pemain belia berusia 17 tahun, dianggap lebih sebagai maskot dan tidak beraksi di Amerika Syarikat, Ronaldo sudah terkenal sebagai penjaring tegar Cruzeiro dan menjuarai Copa do Brasil.
Benar, Ronaldo punya tempat dan kelasnya yang tersendiri.
Tetapi isu pokoknya ialah: kesanggupan dan keberanian jurulatih dan pengurusan, untuk memberi lebih peluang kepada pemain muda, membuktikan keupayaan di pentas kompetitif, bersama skuad utama.
Kita punya ramai bakat muda. Tetapi jika tidak diberikan peluang, bila lagi mereka akan menimba pengalaman dan kematangan?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Isnin, Julai 17, 2017

MAJLIS AIDILFITRI WADAH-ABIM-PKPIM BERLANGSUNG MERIAH!

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
MAJLIS AIDILFITRI WADAH-ABIM-PKPIM
BERLANGSUNG MERIAH!
12hb Julai 2017 (Rabu): Alhamdulillah, Majlis Jamuan Aidilfitri WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) dan Agensi yang diadakan di perkarangan dataran Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Taman Cemerlang, Kuala Lumpur -- berjalan dengan penuh ukhwah, meriah dan ceria.
Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden WADAH); Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim (Presiden ABIM) dan Sdr. Muhammad Khair Sujud (Presiden PKPIM) tampil dalam majlis penuh bermakna ini, bersama saf kepimpinan masing-masing.
Pelbagai latar belakang tetamu hadir, termasuklah pemimpin politik, aktivis NGO, wakil kedutaan, para seniman, pejuang bahasa, serta personaliti dan pengamal media.
Mewakili semua pimpinan, ahli, aktivis, petugas dan sukarelawan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH); Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), kami mengucapkan jutaan terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua.
Juga, semoga kita akan dapat bertemu di bulan Ramadhan yang akan datang, in sya ALLAH.
Hulurkan sumbangan INFAQ/SEDEKAH anda, kepada PARA ASNAF dan lain-lain melalui infaq atas talian: www.billplz.com/infaq-abim
Atau deposit ke Akaun ABIM:
BANK ISLAM: 14023010011188
MAYBANK: 564221610116
.
* Emelkan ke kewangan.abim@gmail.com nama penuh, alamat, nombor telefon serta bukti sumbangan untuk urusan resit pengecualian cukai.
.
** Layari dan ikuti kami di laman sosial ABIM, untuk mendapat info terkini tentang program kami! 
.
Instagram & Facebook : @ABIM.Malaysia
Twitter : @abim_24
#SebarkanSalam #IslamItuDamai #KejarPahala #KongsiBahagia

.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...