JUNI:
REIZINHO DE SAO JANUARIO,
SI PAKAR BOLA MATI DUNIA.
Dalam
lipatan panjang sukan bola sepak, banyak perdebatan tentang siapa yang layak
digelar pakar sepakan percuma terbaik.
Ada
yang mengharum namanya, ada juga yang dilupakan kerana tidak konsisten.
Pirlo,
Beckham dan Zico sentiasa menjadi sebutan.
Tatkala
Diego Armando Maradona, Sinisa Mihajlovic, Michel Bastos, Branco, Rivelino,
Didi, Cubillas, Chilavert, Michel Platini,
Sneijder,
N'gotty, Riquelme, Ballack, Quinonez,
Cristiano
Ronaldo, Drogba, Ronald Koeman, Ronaldinho, Messi, Roberto Carlos dan Shunsuke
Nakamura; antara yang mekar dalam ingatan.
Namun
nama ini -- Juninho Pernambucano, muncul sebagai pilihan yang jelas dan padu.
Pemilik
nama asal Antonio Augusto Ribeiro Reis Jr. ini lahir pada Januari 1975 di
Tecife, Brazil.
Bukan
saja diangkat oleh penyokong Brazil, Vasco Da Gama dan Lyon, bahkan oleh
peminat bola sepak seluruh dunia.
Sekurang-kurangnya
75 gol menerusi sepakan percuma, disumbat oleh beliau sepanjang kerjaya
profesionalnya.
Satu
jumlah yang sukar ditandingi.
Pada
1998, Juninho menyumbat gol bersejarah dalam Kejohanan Intercontinental Cup,
ketika Vasgo bertembung gergasi Eropah, Real Madrid.
Sementelah,
pada 1998 juga, Juninho menjaringkan gol kencang ke gawang River Plate, ketika
Separuh Akhir Piala Libertadores.
6
gol disumbangkan oleh beliau untuk skuad kebangsaan Brazil, sejak membuat debut
pada 1999. Juga pernah menjuarai Piala Konfederasi pada tahun 2005, bersama
bintang-bintang skuad generasi emas tersebut.
Pada
7hb September 1999, Juninho menjadi pemain pertama dalam sejarah, yang beraksi
dalam dua perlawanan rasmi di dua buah negara, pada hari yang sama.
Awalnya,
beliau beraksi menentang Argentina, sebelum terbang ke Uruguay menentang Club
Nacional de Football, ketika bermain untuk Vasco.
Di
Lyon, Jacques Santini menutup mulut pengkritik yang mempertikai keputusan
Juninho untuk menyertai kelab tersebut, beebanding pasukan gergasi bola sepak
dunia yang lain.
Santini
membina sebuah skuad yang dapat mengadaptasi corak permainan Juninho.
Hal
ini menjadikan gaya skuad tersebut menjadi mantap, hasil 'set pieces' kreatif
Juninho di arena Stade de Gerland. Mereka dinobat Juara Ligue 1, dalam musim
pertamanya di sana.
Gol
jarak jauh pada 2003, sewaktu menewaskan penjaga gawang legenda Bayern Munich,
Oliver Kahn, pasti tak dapat dilupakan penyokong Lyon.
Dari
mana jua posisi serta arah sepakan, Juninho tetap dilihat sebagai ancaman
setiap kali situasi bola mati.
Beliau
telah mencipta teknik sepakan tersendiri untuk meningkatkan peratusan jaringan,
meskipun dari jarak yang tampak mustahil.
Menerusi
teknik sepakan 'instep striking', ia mengurangkan putaran bola. Selanjutnya,
menyebabkan bola melencong
serta menuju ke gawang, dalam keadaan yang sukar dijangka oleh pemain lawan.
serta menuju ke gawang, dalam keadaan yang sukar dijangka oleh pemain lawan.
Gabungan
mantap 'power' dan 'placement' ini akhirnya menghasilkan gol yang kebiasaannya
dijangka, daripada beliau.
'Knuckle
ball', menjadi trend yang mengujakan.
Dalam
buku autobiografinya, Pirlo mendedikasikan satu bab penuh, semata-mata
menceritakan bagaimana beliau berusaha keras 'meniru' dan mempelajari teknik
sepakan peecuma Juninho.
Prinsip
unik ini asalnya digunakan dalam sukan besbol dan kriket, tetapi telah
ditransformasikan oleh Juninho, agar sebati dengan falsafah bola sepak.
Bukan
itu saja, Juninho terkenal dengan kepimpinan, pengaruh serta kemampuan beliau
sebagai 'playmaker' di atas padang.
Kini
menjadi pengulas sukan, ada yang terkeliru antara dua Juninho ini: Osvaldo
Giroldo Júnior, yang mendapat nama timangan 'Juninho Paulista', yang sangat
dikenang peminat Middlesbrough FC.
Apa
sekalipun, semua akan terus menjulang Juninho sebagai 'Reizinho de São
Januário' - Raja Kecil Sao Januario, pakar bola mati dunia.
Sepakan
kencangnya akan terus dikenang, bersama kelibat seorang kapten yang berwawasan
serta berdisiplin tinggi.
Siapakah
pula pemain Liga-M dulu atau kini, yang anda rasakan mempunyai kepakaran dalam
situasi bola mati?
Bincangkan.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan