Isnin, Julai 17, 2017

LUKAKU, LUKAMU JUA.



LUKAKU, LUKAMU JUA.
Tanggal 13hb Mei 1993, Romelu Menama Lukaku mula melihat dunia, dengan Bandar Antwerp di utara Belgium menjadi saksi, kelahiran bakal seorang bintang bola sepak bertaraf antarabangsa.
Meskipun Encik Roger Lukaku dan Puan Adolphine Lukaku tidak mahu anak mereka yang berdarah etnik Congo itu terlibat aktif dalam bola sepak dan fokus kepada pelajaran pada asalnya,
Mereka sendiri tidak dapat menafikan minat mendalam mereka sekeluarga terhadap sukan paling popular di dunia itu.
Roger Lukaku, bekas pemain kebangsaan Zaire, dan Adolphine, akhirnya menjadi penyokong kuat serta penasihat penting dalam kerjaya anak mereka.
Bermula dengan minat mendalam menonton Chelsea dan Liga Inggeris di kaca TV, Lukaku kemudiannya mula bermain PlayStation dan,
Mula menunjukkan minat menyaksikan taktikal serta 'highlights' penting sesuatu perlawanan bola sepak.
Aksi Floyd Hasselbaink dan kemudiannya Drogba, mencambah minat mendalam Lukaku, untuk lebih serius terhadap sukan tersebut.
Beliau mula 'membaca', memahami dan menganalisis aksi setiap penyerang dari dalam dan luar padang.
Dan keupayannya mengimbangkan akademik bersama sukan, membolehkan Lukaku tampil sebagai pemain 'boleh berfikir' dan bijak di atas padang.
Fizikal Lukaku adalah perkara yang paling menakutkan pihak lawan setiap kali beraksi.
Namanya mula disebut ketika berusia 10 tahun, di mana fizikalnya kelihatan seperti seorang yang berusia awal 20an; yang sering berada berhampiran gawang sendiri, dan menggentarkan para penyerang lawan yang disekatnya.
Bermula dengan Rupel Boom, kemudiannya akademi kelab profesional Liga Belgium, Lierse menyambarnya. Lukaku menjaringkan 121 gol dalam 68 perlawanan sepanjang 2004-2006.
Di Akademi Kelab Anderlecht, Lukaku menyumbat 131 gol dalam 93 perlawanan.
Ketika masih berusia 16 tahun dan bersekolah, The Tank sudahpun membuat debut profesional bersama Anderlecht, menjuarai Liga Belgium dan menang penjaring terbanyak musim 2009-2010, dan Anugerah Kasut Ebony Belgium 2011.
Pada 2011, cita-cita Lukaku dan harapan besar keluarganya serta rakyat Belgium kelihatan seakan-akan menjadi kenyataan. Lukaku dilihat bakal menjadi pemain terbilang di Chelsea.
Ketika mula menyarung jersi Chelsea FC, ramai menaruh harapan besar -- Lukaku akan muncul sebagai pemusnah lawan bersama idolanya, Drogba.
Namun, semuanya bermula dengan kurang baik, apabila ayahnya dipenjarakan di Belgium, kerana cuba mengelak daripada menghadiri perbicaraan kes Mahkamah di sana.
Kes yang berlarutan sehingga gagal menyertai sesi latihan kelab; serta situasi di mana Chelsea menolak permintaan Lukaku agar adiknya, Jordan juga dapat menyertai kelab itu, merencatkan impian menyaksikan 'The Tank' mempamerkan aksi sebenar.
Terpaksa bersaing dengan bintang seperti Drogba, Torres dan Strurridge, bukanlah satu tugas mudah.
Akhirnya, beliau dipinjamkan ke Wes Brom dan kemudiannya berpindah ke Everton.
Paul Pogba, David Luiz dan Kevin Mirallas merupakan sahabat baik Lukaku, yang sering memberikan motivasi ketika beliau kecewa serta jatuh.
Pada usia 23 tahun, Lukaku sudah menjaringkan 125 gol. Sedangkan Ronaldo pada usia sama baru menjaringkan 110 gol, Suarez - 107, Rooney - 100, dan Zlatan - 65.
Dengan ketinggian 1.90 m, The Tank bukan sahaja mempunyai segulung ijazah serta mempunyai fizikal yang tegap. Beliau fasih berbahasa Inggeris, Belanda, Perancis, Sepanyol, Portugis dan memahami bahasa Jerman.
Adakah pemain berbisa yang mana kaki kanan di kirinya 'hidup' ini akan memberi dimensi baru kepada kelab barunya, Manchester United?
Masa dan takdir akan menentukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...