Isnin, Julai 10, 2017

ROONEY, DAN ERA GEMILANG YANG INDAH.


ROONEY, DAN ERA GEMILANG YANG INDAH.
Mencatat rekod sebagai penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris menerusi satu kelab,
Orang Inggeris paling banyak menyumbat gol dalam Kejohanan Champions League,
Statistik penggegar gawang paling tinggi di tempat lawan, dalam Liga Perdana Inggeris.
Mungkin ada yang mempertikaikan kemampuan semasanya, namun kerjaya gemilangnya bersama Manchester United tak dapat dinafikan.
Kini, United membina skuad baru, bilamana hampir kesemua pemain bintang era Sir Alex Ferguson tidak lagi menyarung jersi kelab tersebut.
Beliau boleh saja menerima tawaran lumayan kelab lain, khususnya dari China. Tetapi, memilih untuk fokus berada pada tahap kualiti bola sepak yang tinggi.
Apakah agaknya Rooney dapat mengembalikan prestasinya, dan membuktikan kebolehannya bersama skuad England nanti?
Sama-sama kita nantikan.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...