WAZZA:
DARI BIRU KE MERAH, DAN
KEMBALI KE BIRU SEMULA.
Tatkala
Paul Gascoigne digelar 'Gazza' atas kemampuan luar biasanya di atas padang,
Wayne
Rooney tampil memberikan harapan baru buat England, pada usia yang begitu
hijau.
Digelar
'Wazza' sejak era menyarung jersi Everton, gelaran ini kekal sehingga ke hari
ini.
Ketika
bersekolah, Rooney pernah digantung kerana menendang dinding makmal sains;
sebagai protes kerana bola sepaknya dirampas.
Sangat
meminati karaoke dan dikatakan mempunyai masa depan yang cerah, jika meneruskan
kerjaya sebagai petinju profesional.
Sewaktu
berusia 10 tahun, Rooney yang menjadi maskot di Goodison Park, telah melakukan
sepakan 'chip' dari luar kawasan penalti dengan sengaja, sehingga melepasi
penjaga gol senior Everton, Neville Southall yang tinggi lampai.
Hal
ini menyebabkan Southall bengang, dan memaki Rooney. Rupa-rupanya, Rooney
melakukan banyak latihan semata-mata untuk melakukan sepakan itu.
Ketika
mewakili skuad Everton Bawah-11 Tahun, Rooney menyumbat 114 gol dalam 30
perlawanan!
Pemain
yang mempunyai masalah mata kanan sejak kecil ini, tidak terus diberikan tempat
utama dalam skuad England. Jurulatih England Bawah 15 Tahun tidak memberikan
peluang kepada Rooney untuk menjadi penyerang, kerana meragui kemampuannya.
Namun,
akhirnya beliau muncul sebagai pemain sensasi yang hebat dan menerbitkan rasa
gerun kepada pertahanan lawan.
Kendati
pun, faktor usia serta kecederaan mula memperlahankan rentak bintang yang
pernah juga dipanggil sebagai 'the White Pele' ini.
Begitulah
lumrah manusia: ketika cemerlang dijulang; ketika gagal dihentam dan dicemuh.
Kini
pulang ke kelab ketika era tunasnya, Rooney masih punya baki beberapa tahun
untuk bangkit dan memperbaiki prestasinya.
Kepantasan,
sikap panas baran, rembatan kencang, kesungguhan serta kelicikan bintang ini
akan terus dikenang -- baik sebagai remaja 16 tahun yang menggegar Liga
Inggeris, mahupun pemain United yang menjuarai pelbagai gelaran.
Selamat
maju jaya, Wazza. Padu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan