PEMAIN
MUDA: DI MANA TEMPAT MEREKA?
Baik
di Malaysia mahupun luar negara, antara isu yang sering kali berlegar ialah
tempat dalam kesebelasan utama, untuk para pemain muda.
Bukan
mudah untuk atlet-atlet yang berpotensi ini, mendaki tangga senioriti, apalagi
kejayaan.
Ramai
pemain di bawah usia 23 tahun sukar beraksi untuk pasukan utama, selanjutnya
memeningkan jurulatih skuad belia mahupun kebangsaan, untuk memilih mereka dalam
panggilan ke kem latihan.
Ramai
pemain muda ini, mempunyai kemahiran dan kemampuan tersendiri.
Theo
Walcott ketika dipanggil oleh Eriksson dalam skuad England untuk Piala Dunia
2006 pada usia 17 tahun, tidak dapat menyentuh padang dan tidak mendapat sokongan
rakan sepasukan senior yang lain.
Ramai
mempertikaikan pemilihan Walcott, bukan saja atas faktor pengalaman, tetapi
juga jumlah minit permainan ketika bersama kelab ketika itu.
Berbeza
dengan legenda Brazil, Ronaldo yang disenaraikan dalam skuad Piala Dunia 1994.
Meskipun
hanya hadir sebagai pemain belia berusia 17 tahun, dianggap lebih sebagai
maskot dan tidak beraksi di Amerika Syarikat, Ronaldo sudah terkenal sebagai
penjaring tegar Cruzeiro dan menjuarai Copa do Brasil.
Benar,
Ronaldo punya tempat dan kelasnya yang tersendiri.
Tetapi
isu pokoknya ialah: kesanggupan dan keberanian jurulatih dan pengurusan, untuk
memberi lebih peluang kepada pemain muda, membuktikan keupayaan di pentas
kompetitif, bersama skuad utama.
Kita
punya ramai bakat muda. Tetapi jika tidak diberikan peluang, bila lagi mereka
akan menimba pengalaman dan kematangan?
Kalau
bukan sekarang, bila lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan