Jumaat, April 08, 2016

MR OS DALAM KENANGAN.


 

MR. OS DALAM KENANGAN.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Selamat pulang ke kampung asal, Mr Os.
Terima kasih kerana menghiburkan kami selama ini.
Deghoyan kan tetap berbunga…
Al-Fatihah sekudusnya.
.

Isnin, April 04, 2016

JUARA MOTOGP3: TAHNIAH, KHAIRUL IDHAM PAWI!


JUARA MOTOGP3: TAHNIAH, KHAIRUL IDHAM PAWI!
Syabas diucapkan buat Khairul Idham Pawi, pelumba motor negara yang telah menjuarai MOTOGP 2016 ketegori Moto3 pada kejuaraan MOTUL GP di Argentina. Anak muda berumur 17 tahun dari Kampung Gajah, Perak ini, merupakan Johan Asia Dream Cup 2014 di Litar Chang, Thailand serta Juara Kejohanan WIRA Cub Prix Malaysia 2014.
Dari Litar Dato’ Sagor ke Litar Termas De Rio Hondo; Khairul menampilkan prestasi terbaik; selanjutnya menggemparkan para pengikut setia sukan permotoran di Malaysia dan seantero dunia.
Menjelang permulaan perlumbaan setiap pasukan dilaporkan merahsiakan pemilihan tayar masing-masing sehingga ke detik akhir; kerana keadaan litar yang tidak cukup kering - atau basah. Khairul Idham yang mewakili pasukan Honda Team Asia; mendahului pesaing lain sejak awal perlumbaan -- dan berada kira-kira 20 saat di depan.
Kejayaan ini melayakkan lagu Negaraku berkumandang; dan Jalur Gemilang berkibar di pentas -- buat julung kalinya dalam sejarah perlumbaan MotoGP. Khairul juga mengelak daripada melakukan upacara tradisi ‘menyembur arak’ buat para pemenang podium utama, selain melafazkan ‘Alhamdulillah’ ketika ditemubual oleh pemberita.
Buat seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin pula, jangan putus asa, teruskan usaha. Adam yang asalnya sempat bersaing dengan Jorge Navarro untuk tempat kedua; kemudian tergelincir dan mengalami kemalangan pada selekoh terakhir perlumbaan -- menyaksikan kegagalan negara untuk mendapatkan kedudukan penamat 1-2 untuk Malaysia.
Namun, sikap tidak mudah putus asa beliau membuatkan Adam bangkit dan menolak motosikalnya, dalam keadaan letih dan kesakitan; bagi menamatkan perlumbaan pada tempat ke-11. Sungguh, kalian berdua telah mengharumkan nama negara.
Kejayaan yang sebenar; adalah apabila kita mampu untuk bangkit daripada sesebuah kegagalan. Tatkala prestasi sukan negara agak suram; ada sinar juga dalam gelap terowong. Sejarah telah tercipta; tahniah Khairul dan Adam.
Kobar jiwa semangat; julang panji merdeka. Padu!
.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...