Jumaat, April 01, 2016

GMP SERTAI SIRI FORUM BANTAH DLP (DUAL LANGUAGE PROGRAMME).


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan

GMP SERTAI SIRI FORUM BANTAH DLP (DUAL LANGUAGE PROGRAMME).
Gabungan Mansuhkan PPSMI (Bantah DLP) dengan kerjasama ABIM dan PKPIM, terus giat menganjurkan kempen penerangan dan advokasi berkenaan isu perlaksanaan program tersebut.  
Pada 22hb Mac 2016 (Selasa), Wacana Ilmu Dwibahasa Dalam Pendidikan Kebangsaan telah dianjurkan pada jam 8 Malam; di
Rumah GAPENA, Jalan Belfield, Kuala Lumpur. Ahli Panel yang terlibat adalah: Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim (Presiden ABIM); YBhg Datuk Zainal Abidin Borhan (GAPENA); dan Dr. Hajjah Zailah Zainuddin (Pensyarah Kanan IPGRM). Forum ini adalah anjuran Puteri UMNO Malaysia dan GAPENA. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin turut hadir dalam program tersebut.
Pada 24hb Mac 2016 (Khamis), Forum Lorong Tengah (ForLot) telah dianjurkan di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya. Forum anjuran PKPIM UIA PJ ini menampilkan Exco Media ABIM Pusat, Sdr. Zairudin Hashim serta Ketua Biro Penerangan ABIM Selangor, Sdr. Mohd Faiz Mohd Yusop (Mantan YDP ABIM Mesir).
Kedua-dua panelis secara tegas menjelaskan bahawa GMP, ABIM dan PKPIM tidak pernah menentang penguasaan lebih daripada satu bahasa. Malahan, ABIM dan PKPIM menyatakan komitmen bahawa sokongan mesti diberikan terhadap High Immersive Programme, bagi memperkasakan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Namun, kita menentang usaha perlaksanaan DLP; kerana ia mempunyai persamaan dengan PPSMI, di mana ramai pelajar gagal, akibat pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Tambahan pula, Perlaksanaan DLP (dan PPSMI) juga jelas bertentangan dengan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan; Perkara 152 (6) Akta Bahasa Kebangsaan 1964/1967; Penyata Rahman Talib 1960; Akta Pelajaran 1961; dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
Pada 21hb Mac 2016 (Isnin), ForLot dianjurkan dengan topik “DLP: Satu Usaha Mengembalikan PPSMI?” pada jam 8 malam di LT FASBIO, UNISEL Bestari Jaya.
Pada 16hb Mac 2016 (Rabu), Program “Parlimen Kedai Kopi” telah dianjurkan dengan topik “DLP = PPSMI 2.0?: Menilai Pro & Kontra Dual Language Program”. Program dijalankan pada jam 8 malam
di Restoran Amjal, Lembah Pantai. Prof Emiritus Dr Shaharir Mohamad Zain (Pengerusi GMP); Sdr. Azrul Mohd Khalib (IDEAS) dan Sdr. Suhaizan Kayat (AMANAH) tampil selaku ahli panel, tatkala Sdr. Zubair Rahim (AMANAH) hadir sebagai moderator.
Pada tarikh yang sama, Sdr. Faiz Yusop dan Sdr. Ahmad Nazrin (Setiausaha Agung PKPIM) tampil dalam ForLot PKPIM KLMUC dengan topik “Apa Itu DLP?”. Program berlangsung pada pukul 5.30 petang di Blok A, A-3-12, KLMUC, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Tanggal 10hb Mac 2016 menyaksikan Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Faisal Abdul Aziz hadir selaku panelis dalam ForLot di HS Square, UIAM Gombak. Berlangsung pada jam 8 malam, Sdr. Hilal Azman diberikan tanggungjawab sebagai moderator, manakala Sdr. Iman Abdul Khudus (Naib Presiden PKPIM) tampil sebagai seorang lagi ahli panel dengan topik “Keranda 152: Ada Apa Dengan DLP?”.
Siri forum ini merupakan salah-satu usaha GMP untuk membantah serta mendesak agar DLP dimansuhkan; bagi masa depan anak bangsa Malaysia yang lebih baik. GMP turut mengadakan persidangan meja bulat serta pertemuan dengan pihak istana serta pimpinan parti politik (tanpa mengira ideologi); kerana matlamat utama adalah untuk mendesak agar DLP dimansuhkan.
Bahasa Jiwa Bangsa. Padu!
.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...