Jumaat, April 01, 2016

CHRISTIANO RONALDO PAMER SOLIDARITI BUAT PELARIAN SYRIA!!!


CHRISTIANO RONALDO PAMER SOLIDARITI BUAT PELARIAN SYRIA!!! 
Bintang bola sepak Real Madrid dan Portugal yang juga selebriti antarabangsa, Christiano Ronaldo bersama anak beliau, Cristiano Ronaldo Junior memegang gambar anak Syria, Ayman (bukan nama sebenar), sebagai tanda solidariti terhadap penderitaan rakyat serta pelarian Syria.
Ayman yang sangat meminati bola sepak, kini menjadi pelarian bersama keluarganya di Kem Za’tari, Jordan. Beliau sangat berharap agar dapat bermain di atas padang rumput sebenar satu hari nanti.
Ayman, 5 tahun, lahir di sebuah hospital tentera ketika konflik peperangan di Syria mula tercetus pada 2011. Trauma perang menyebabkan Ayman sangat sukar untuk bertutur dan bercakap seperti kanak-kanak lain.
Artikel lanjut di sini:
Terdahulu, hero kecil dari Palestin, Ahmed Dawabsheh dipertemukan bersama bintang-bintang Real Madrid di Bernabeu, kelmarin.
Seluruh ahli keluarga Dawabsheh telah dibakar hidup-hidup, oleh tentera Israel pada Julai tahun lepas, dan Dawabsheh satu-satunya yang terselamat. Rejim Zionis pula mendakwa bahawa jenayah kejam tersebut dilakukan oleh ekstremis dari kalangan penceroboh Yahudi.
Pertemuan ini dijayakan hasil usaha keras pengendali Madrid yang juga legenda bola sepak, Yazid Zinedine Zidane yang popular dengan gelaran ‘Zizou’. Dengan memakai jersi Madrid bernombor 7, Ahmed dibawa bertemu dengan Christiano Ronaldo dan bintang dunia seperti Gareth Bale, Pepe, Marcelo dan lain-lain.
Hasbunallah wanikmal wakil!
Menyumbanglah seikhlas hati anda... walau RM5 mahupun RM10....
Silakan, bersama kami, sebarkan, sumbangkan, infaqkan, sampaikan, kongsikan. Apa jua yang termampu dari kita.
====================
Sumbangan atas talian :
====================
ATAU
===============================
Sumbangan/deposit ke akaun berikut :
===============================
MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA
Bank Islam : 14-210-01-000988-2
ATAU
SALAM SURIAH RESOURCES
Maybank : 5645-5733-8496
CIMB : 8602041215
Bank Islam : 12-113-01-005343-3
=====================
Maklumat Perhubungan :
=====================
Email : donation.mllfs@gmail.com
No. Tel : +603-41416732 / 012-2409173
Demi Syria, Untuk Ummah.
#5yriaNeedsYou #5YearsOfRevolution #With5yria
#SaveTheChildrenOfSyria #Pray4Syria
#SebarkanSalam #SebarkanSenyuman #IslamItuDamai
#EkstremismeMusuhSemuaKeyakinan
#SignificantChannel_ImpactfulContribution
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...