Naskah “Jibam” (Ujang, 1992). |
Hasil karya Kartunis Ujang. |
“Jibam” versi 2008. |
“Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya.
Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang
kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa.
Dia di sambut bukan di pesta besar. Sambutan diterima adalah sepak terajang dan
penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tak pernah dimengertikan. Dia terus
hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah,
memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah.”
-- Ujang, “Jibam” (1992).
Di sebalik “Jibam.”
“Jibam” merupakan tajuk sebuah novel yang ditulis oleh Ibrahim Anon (terkenal
dengan nama pena “Ujang”) dan
diterbitkan oleh Creative Enterprise sekitar tahun 1992. Ujang mula mencipta
namanya di “Majalah Gila-Gila” dengan
kartun ‘loose’ “Si Tenggang”. Waktu itu,
kartun beliau kelihatan agak kurang matang dan ‘stroke’nya terlalu ringkas. Walau bagaimana pun, Ujang berjaya
meyakinkan penerbitnya bahawa karyanya suatu ketika akan diterima pembaca.
Beliau telah membuktikan kegigihannya melalui watak-watak yang diciptanya
melalui pengamatan dunia kelilingnya. Watak-watak dalam dirinya diterjemahkan
dalam bentuk visual yang agak kartun tetapi menyentuh jiwa lewat karya-karyanya
seperti: “Aku Budak Minang”, “Aca”, “Atuk”
dan banyak lagi.
Di dalam
novel Jibam, Ujang berjaya mengolah cerita ini dengan begitu menarik sekali
sehinggakan ianya mendapat sambutan luar biasa daripada pembaca. Sehingga kini,
Novel Jibam masih diulang cetak dan ditampilkan dengan kulit novel terkini,
yang dilukis oleh pelukis muda yang berbakat besar, iaitu Syaffeq Syahman
Jaafar (anak kepada Jaafar Taib). Selain novel Jibam, Ujang juga pernah menulis
novel lain yang tak kurang hebatnya seperti “Cinta
Terakhir” (terbitan CESB) dan “Fiona”
(terbitan MELATI Publisher).
Sinopsis.
Jibam – nama
sebenarnya Ashraf -- anak yang unik. Sedikit lembap otak dan fikirannya. Namun,
mempunyai keistimewaan yang tersumbunyi. Jibam mewarisi kepandaian bapanya
Suman mengubat penyakit. Suman mati terbunuh dalam perut hutan. Dan kematiannya
sungguh misteri. Novel ini juga mengetengahkan watak seperti Tok Ngah Sudin
yang pasti menimbulkan kebencian/kemarahan setiap pembaca kepada watak ini
kerana sikapnya yang mengkhianati persahabatan dan permusuhannya dengan Jibam
sehingga sanggup untuk menamatkan riwayat anak kecil ini. Selalu benar Tok Ngah
Sudin memperdajalnya. Dan sesering itulah Jibam dibantai teruk oleh Tok Ngah
Sudin. Bukan watak Tok Ngah Sudin saja yang membencikan, malah watak Fakir juga
amat memberikan kesan. Fakir merupakan abang sulung Jibam namun sekadar abang
pada nama. Fakir bukanlah abang mahupun anak yang baik. Tidak memperdulikan
kesusahan keluarga sendiri, pandang rendah dan langsung tidak membela nasib
adik sendiri. Yang Fakir tahu hanyalah bermain cinta dengan anak Tok Ngah Sudin
dan harta-harta peninggalan Suman.
Jibam juga
dibenci Usin Singai. Marahnya Usin Singai memuncak tatkala basikal tuanya dicat
biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dalam rebannya pun biru dikerjakan Jibam. Usin
Singai menetap di atas tanah Tok Ngah Sudin yang sebenarnya dimiliki oleh
Suman. Dan Jibam, anak yang bodoh alang itu, perlahan-lahan membongkar rahsia
kematian ayahnya. Ilmu ghaib yang diwarisi dari ayahnya serta khianat dan
dendam kesumat Tok Ngah Sudin dan Usin Singai. Watak seperti watak Kadir, abang
kedua Jibam, dan Piah, ibu Jibam, menghidupkan lagi jalan cerita. Kadirlah yang
banyak membela Jibam walau caranya agak kasar.
“Jibam The
Movie.”
Naskah Jibam
juga pernah cuba diadaptasikan kepada sebuah filem iaitu “Jibam The Movie”. Filem ini sepatutnya menjadi filem sulung
terbitan Jajja Production Sdn. Bhd. Filem tersebut juga asalnya dihasilkan
dengan memberi penekanan pada konsep asal novel Jibam iaitu kemanusian, pengkhianatan,
kasih sayang, kekeluargaan, kemasyarakatan dan semangat perpaduan. Menurut
beberapa sumber lagi, Jibam juga akan di animasikan seperti karya ciptaan Ujang
sebelum ini, “Usop Sontorian”. Namun,
filem ini masih tertangguh pembikinannya sehingga kini.
Ulasan.
Mengikut
definisi seorang ahli panel Bengkel Kajian Novel Popular anjuran DBP baru-baru
ini, Jibam saya kategorikan sebagai novel popular. Kerana Jibam merupakan
antara novel Melayu terlaris. Novel Pop biasanya berkisar latar belakang
bandar. Tapi Jibam kanvasnya ialah sebuah kawasan kampung yang sangat pedalaman.
Jibam banyak unsur humor memanfaatkan kebodohan watak utama yakni Jibam
sendiri. Ini klise dalam masyarakat Melayu. Mempersendakan orang bodoh, orang
pekak, orang tua dan lawak cakap jerit-jerit. Lawak barat ialah lawak
bercakap-cakap-mengenai-keburukan-sendiri-selepas-mabuk-todi selain lawak
baling-kek-ke-muka serta lawak baling-tepung-buat-kek. Jibam novel santai yang
sarat dengan drama dan konflik dilukis dengan cara yang santai namun masih
mengekalkan keindahan bahasa.
--------------------------------------------------
Sumber
dan entri berkaitan:
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/07/komik-abe-ujang-dan-aie.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2011/07/aie-kartunis-lagenda-1.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/07/punk-rock-di-sebalik-fesyen-dan-muzik.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/05/bbb-borak-dan-bedah-buku.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/03/buku-mahasiswa-menggugat-satu-magnum.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2011/12/bacaan-novel-ali-sastro.html;
- http://akujohan.blogspot.com/2008/03/jibam-bikin-fenomena-baru.html;
- http://www.syokdownload.com/2010/07/novel-jibam_5425.html.
Boleh saya tahu kat mana nak dapatkan novel ni?
BalasPadamSaya pon sedang mencari juga... Yang dulu punya hilang dah..
BalasPadamsaya dah tonton filem Jibam ni dan ada buat review pasal filem ni dekat blog saya...jemputlah baca dan beri pandangan =)
BalasPadamhttp://at-tarmizi.blogspot.my/2017/12/review-filem-jibam.html