“Salute Tinggi Kelab Jersi Kita dan Retro Bola Sepak. Salam Hormat!”
* Nukilan istimewa Bro Aie Sulong, kartunis lagenda Malaysia, buat dua page bersekutu, KJK dan RTB. |
Alhamdulillah, dapat juga sampaikan novel saya yang sederhana, 'Wajah Hati Redha' -- serta lukisan saya yang sederhana -- buat Bro Aie Sulong. |
“Air matanya telah
lama kering. Tuhan itu sesungguhnya Maha Adil.”
– petikan komik “Abe”.
Komik “Abe”, karya
Kartunis Aie (pelukis) dan Kartunis Ujang (penulis). Sebagaimana
kartunis-kartunis Komik Ujang yang lain (seperti Gayour, Nik, Sawi,
Jering, Bawang, Sukun – sekadar menyebut beberapa nama), Aie mewarnai kehidupan
anak-anak kecil dan remaja seperti saya yang lahir pada era 80an. Selepas
33 siri dihasilkan, siri terakhir “Abe” diterbitkan pada pada Ogos
1995; sewaktu saya darjah dua. Komik yang indah dan
mengesankan. Kisah Che Din, seorang anak muda yang menyantuni seorang
yatim piatu yang kurang waras. Menjadi sahabat dan pelindung Abe; sehingga ke
akhir hayatnya. Kisah seorang yatim piatu, Abe, yang memberi kesedaran
kepada ramai manusia, meski pencerahan itu hadir tanpa disengajakannya. Itulah
hikmah. Takdir.
* Untuk biodata
ringkas Kartunis Aie, boleh rujuk pautan ini:
** Akaun Facebook
Kartunis Aie: http://www.facebook.com/aie.sulong.
*******
Tiada ulasan:
Catat Ulasan