Tiga Suara.
Sewaktu
kecil, saya mempunyai banyak cita-cita. Antaranya, saya pernah katakan kepada
Emak (Arwah – Al-Fatihah sekudusnya buat Emak); saya mahu menjadi penyanyi.
Penyanyi, seperti Amy Search. Dengan rambut gondrong, seluar ketat dan
lagu-lagu rock. Emak hanya ketawa kecil, sambil menyatakan, carilah kerja yang
lebih menjamin masa depan.
Cita-cita
menjadi penyanyi itu tidaklah saya bersungguh-sungguh mengejarnya. Selain
mewakili kelas dan sekolah dalam beberapa kejohanan nasyid sewaktu sekolah
rendah dan sekolah menengah, tidaklah pula saya berikhtiar untuk lebih
melanjutkan cita-cita waktu kecil itu.
Memandangkan
bakat saya adalah sederhana sahaja – dan minat saya lebih kepada cabang seni
yang lain -- saya fikir, impian menjadi penyanyi itu hanyalah saya anggap impian
seorang anak kecil. Sebagaimana impian saya untuk menjadi jurutera atau anggota
tentera.
Meskipun,
cita-cita menjadi penyanyi itu tidak saya kejar, tetapi saya gemar mengikuti
penyanyi-penyanyi yang mmapu menghayati lagu sesungguhnya. Di dalam nasyid,
saya gemarkan suara Allahyarham Ustaz Asri Rabbani, Ustaz Dzulkarnain Hamzah
dan Ustaz Hasnol Diwani.
Dan,
sepanjang hidup saya, ada beberapa persembahan nyanyian yang memberi kesan
kepada saya. Antaranya, tiga persembahan secara langsung ini : -
****
i) Awie-Wings, sewaktu jaman mudanya, terkenal
dengan kehebatan vokalnya, di samping imej ‘baru’ kumpulan rock Malaysia sekitar
akhir 1980an dan awal 1990an -- yang menampilkan imej sut kemas -- sewaktu Anugerah
Juara Lagu 1989.
****
ii) Nyanyian penuh penghayatan oleh Sule -- lagu Kehilangan (Firman) -- dalam episod “Upil Ipul” (Opera Van Java).
****
iii) Michael “Mick” Hucknall (Simply Red), dengan ‘range’ vokal yang luas dan rambut ‘merah-kerintingnya’
yang unik.
****
Sepotong lagu merdu
waktu musim gugur
Lantas
membuat aku bangkit, dari lena hari ini
dan mengheningkan cipta
pada sebuah indah nostalgia
Tatkala
mimpi-mimpi tercicir di jalanan
Aku senyum. Tertawa.
waktu musim gugur
Lantas
membuat aku bangkit, dari lena hari ini
dan mengheningkan cipta
pada sebuah indah nostalgia
Tatkala
mimpi-mimpi tercicir di jalanan
Aku senyum. Tertawa.
****
Tiada ulasan:
Catat Ulasan