Sabtu, Julai 14, 2012

“Borak Buku” dengan Dr Muhamad Razak Idris.


Salam.

Semua dijemput untuk menghadiri Acara “Borak Buku” dengan Dr Muhammad Razak Idris (akaun facebook beliau: Muhamad Razak Idris). 

Tempat: Kedai Coffee Bean, Stesen Sentral KL;
Tarikh: 15hb Julai 2012 (Ahad);
Masa: 3.30 petang hingga 5.30 petang;
Buku pilihan: “Kerugian Apa yang Diderita Akibat Kemerosotan Kaum Muslimin” (Abu Hasan Ali Al-Nadwi).

Dr Razak merupakan mantan Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang ketujuh (2009-2011) dan berkhidmat di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ayuh, sama-sama kita borak-borak bersama beliau tentang dunia buku dan pembacaan.
“Borak Buku” adalah acara santai yang membuka ruang kepada khalayak pembaca untuk mendekati tokoh jemputan dan buku pilihan beliau. Kita hanya borak-borak tentang buku sambil minum kopi. Anjuran bersama Biro Penulis Muda PENA, ITBM, DBP Wilayah Tengah dan Alumni MPR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...