Abah bersama Brothers sewaktu awal kemunculan mereka. |
Abah sewaktu sihat. |
Salam.
Ustaz Zahidin Mahmood (Pencipta Lagu ‘Teman Sejati’ dendangan Brothers)
amat memerlukan sumbangan ikhlas saudara/saudari sekalian untuk membiayai
pembedahan pintasan (by pass) jantung beliau secepat mungkin.
Segala sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Bank Islam 03018010144782 [Atas Nama: ABIM Negeri Kelantan].
Dalam kalangan warga ABIM sekitar Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu),
Ustaz Zahidin (atau lebih mesra dengan nama ‘Abah’) amat dihormati serta
disayangi, kerana sering berkongsi idea serta pengalaman, terutama sekali
membabitkan usaha untuk mengembangkan dakwah di sekitar Pantai Timur.
Pernah menerima
didikan daripada tokoh pemikir terkemuka Islam, Allahyarham Ismail Faruqi, ‘Abah’
berkecimpung sebagai pendakwah bebas dan pakar motivasi untuk pelbagai
institusi, sekolah-sekolah serta syarikat sekitar negeri Kelantan.
Selain ‘Teman Sejati’,
beliau juga turut menulis lirik serta mencipta beberapa lagu seperti ‘Masyitah’
dan ‘Sahabat’. Menerusi laman facebook, ‘Abah’ (nama akaunnya, Zahidin Mahmood)
sering berkongsi motivasi serta buah fikiran bersama generasi-generasi muda.
Pihak ABIM
dimaklumkan, Ustaz Zahidin Mahmood memerlukan RM40,000.00 untuk membolehkan
pembedahan ini dilaksanakan. Mewakili pihak beliau, ABIM amat menghargai segala
keprihatinan yang dikemukakan untuk menjalani pembedahan ini serta mendoakan
semoga ALLAH menaungi beliau dengan kesihatan serta kekuatan untuk terus
berdakwah.
Amin dan in sya
ALLAH.
Yassin Sulaiman, pada awal kemunculannya, mengetuai kumpulan nasyid Mirwana, SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. |
Akbar dan kumpulan Adams. |
Akbar bergambar kenangan bersama Adams. |
‘Teman Sejati’: Antara Lagu Nasyid Paling
Popular
Sekadar selingan, lagu
‘Teman Sejati’ telah dimuatkan di dalam Album Brothers berjudul “We Are...”,
terbitan dan edaran Ambang Klasik Sdn Bhd. Brothers
merupakan antara kumpulan nasyid terawal yang muncul selepas pengharaman jemaah
Darul Arqam. Sebelum bergerak atas nama Brothers, mereka dikenali sebagai
Mirwana (kumpulan nasyid SMKA Maahad Hamidiah, Kajang).
Vokalis utama Brothers, Yassin Sulaiman, bertindak keluar dari kumpulan ini untuk bergerak secara solo. Tempat beliau digantikan dengan Akbar Azmi, bekas anggota Adams. Akbar tampil bersama Brothers menerusi dua album, ‘Untukmu Teman’ dan ‘Brothers’. Penampilannya dalam Brothers menyaksikan Akbar bergiat aktif menjayakan persembahan berprestij seperti ‘Konsert Nur’ pada Oktober 2004 dan ‘Konsert Kasih’ pada Januari 2005. Akbar kemudiannya tampil dengan album solo.
**!***
Sumber:
- http://www.abim.org.my/v1/index.php/arkib-abim/36-entertaiment/213-pencipta-lagu-teman-sejati-brothers-untuk-biayai-pembedahan-by-pass-segera;
- http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CAK_Akbarbersaraselamanya/Article/artikelMA;
- http://members.tripod.com/~The_Servant/id31.htm;
- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_02.htm;
- http://www.facebook.com/zahidinm/photos; dan
- http://muzikdakwah.blogspot.com/2010/03/brothers.html.
*****
Tiada ulasan:
Catat Ulasan