Isnin, Julai 16, 2012

Temasya Sukan Tahunan ABIM Daerah Kuala Langat 2012.

Logo ABIM Kuala Langat.
Logo Taski ABIM.
Saya belajar untuk menjadi juruacara sewaktu Temasya Sukan Tahunan Taski ABIM Daerah Kuala Langat. Penat, tapi seronok melihat telatah adik-adik Taski ABIM bersukan.
Tahniah kepada Cikgu Radin Muhd Imaduddin, Yang Dipertua ABIM Daerah Kuala Langat, ibu bapa, guru-guru Taski ABIM Kuala Langat serta urusetia lain yang berusaha menjayakan acara ini. Berkelulusan Kejuruteraan Mekanikal-Automotif dari UIAM, hari ini Cikgu Radin -- secara langsung -- terlibat dalam kejuruteraan insan.

15hb Julai 2012 (Ahad), 8.30 pagi.
Alhamdulillah, pada 15hb Julai 2012, ABIM Kuala Langat menerusi kerjasama Persatuan Pelajar Islam Negeri Selangor (PEPIAS) dan guru-guru Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (Taski) ABIM Kuala Langat telah menganjurkan Temasya Sukan Tahunan ABIM Daerah Kuala Langat 2012. Acara yang dianjurkan di Kolej Mara Banting ini, melibatkan tiga buah Taski ABIM iaitu Taski ABIM Ummu Fatimah, Bukit Changgang; Taski ABIM Al-Amin, Bandar Seri Ehsan dan Taski ABIM Al-Amin, Taman Langat Murni. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Ghani Hashim dan dirasmikan oleh yang Dipertua ABIM Kuala Langat, Cikgu Radin Muhd ImaduddinAntara acara yang dianjurkan ialah acara perbarisan murid; acara antara Taski; teka jumlah lidi dalam balang; dan cabutan barakah. Turut diadakan ialah acara “bola beracun” melibatkan bapa dan “rebut kerusi berirama” yang melibatkan penyertaan kaum ibu. Anak-anak Taski ABIM Kuala Langat yang comel; cukup bersemangat dan bersaing secara sihat bagi memastikan kemenangan pasukan masing-masing. Sokongan padu dan soarakan semangat ibu bapa; menjadikan temasya sukan kali ini; sebagai kenangan manis yang akan kekal segar dalam ingatan bersama. Syukur.  

*************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...