Rabu, Oktober 30, 2013

Bertunang, alhamdulillah.

Alhamdulillah, dengan izin-NYA, majlis pertunangan saya telah berjalan dengan baik pada 27hb Oktober 2013 (Ahad) di Taiping, Perak.
Terima kasih buat semua kaum keluarga, sanak saudara serta sahabat taulan yang sudi membantu dan hadir – baik dari jauh mahupun dekat.
Mohon semua sahabat yang budiman agar doakan yang baik-baik, untuk kita semua. 

Amin dan in sya ALLAH.

Jumaat, Oktober 25, 2013

Wakil ABIM di Sesi Semakan Berkala Sejagat – Universal Periodic Review (UPR) di Geneva, Switzerland.

Logo Angkatan Belia 
Islam Malaysia (ABIM).
Saudara Jufitri dan Saudara Anwar, 
bergambar kenangan sewaktu 
transit di Dubai.
Suasana Pejabat PBB di Geneva.
Saudara Anwar dan Saudara 
Jufitri di Geneva, Switzerland.
Pertemuan wakil ABIM dengan Saudara Vicente Paolo, daripada South Centre Geneva, yang juga merangkap Timbalan Pengarah South Centre Geneva, membincangkan beberapa isu penting di peringkat Antarabangsa yang melibatkan malaysia dan yang mempunyai implikasi serta kesan ke atas Malaysia seperti isu TPPA dan sebagainya.
Di Pejabat İslamic Relief Center Geneva. Bersama Saudara Jamal Krafess, Pengarah İslamic Relief Geneva. İRG ialah badan Hak Asasi dan Kemanusiaan, berpusat di Birmingham London, mereka juga punya pejabat di Malaysia. Kunjung hormat membincangkan kerjasama strategik bagi menangani isu-isu serta krisis umat di serata dunia secara bersama inshaAllah. Demi ummat tiada sempadan negara bisa memisahkan kita.
Naib Presiden ABIM, 
Saudara Jufitri Joha.
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Undang-Undang) 
ABIM, Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail.
Saudara Raimi Ab Rahim, Setiausaha Agung ABIM.
Juga mantan Presiden Persatuan Kebangsaan 

Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Bergambar kenangan bersama Datuk 
Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif 
Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM).
Alhamdulillah, pada 22hb Oktober 2013, Selasa, saya berkesempatan mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Naib Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim ke Program Diskusi Semakan Berkala Sejagat dan Status Hak Asasi Manusia Malaysia. 
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Selangor dan panel dipengerusikan oleh Datuk Dr Denison Jayasooria (Setiausaha Agung Proham).
Antara yang menyertai program ini ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM); Tan Sri Simon Sipaun (Pengerusi Proham); Puan Juanita Lourdes Joseph (Koordinator Khas PBB di Malaysia); Dato Siva Subramaniam (SITF); Cik Rafidah Yahya (SUHAKAM); wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia dan wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi New Zealand.
Semakan Berkala Sejagat atau Universal Periodic Review (UPR) adalah satu proses semakan ke atas kesemua 193 buah negara di bawah PBB terhadap kepatuhan kepada beberapa ketetapan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (atau United Nation Human Rights Council, ringkasnya UNHRC).

Negeri Sembilan FA Juarai Piala Emas Raja-Raja 1992.


Lim Teong Kim, lagenda Malaysia yang pernah berkelana ke Eropah dan pernah melatih skuad remaja Bayern Munich FC, dipilih selaku pemain terbaik perlawanan. 
Badrul Hisham - Fadli Jalil - Kamaruddin Mustafa - Raimi Jamil - Ghazali Ismail - Zakaria Musa - Adang Abdullah - Wan Azila Daud - Anuar Rajib - Zamri Mohd Nor.
Skuad Terengganu FA, Naib Juara 1992.
Yeo Swee Hock menjaringkan gol kedua sekaligus gol kemenangan Negeri Smebilan.
Skuad Juara 1992.
Jersi Kedah, dipakai oleh Abdul Malek Yusuf sewaktu Piala Agong 1992.
Jersi latihan Selangor, 1992.
12hb April 1992: Pasukan Negeri Sembilan telah menjuarai Piala Emas Raja-Raja 1992 selepas menewaskan Terengganu FA, 2-1di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Para jurulatih dan pemain berkongsi ganjaran wang tunai sebanyak RM20,000 tunai daripada Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Sembilan. Jurulatih Negeri Sembilan ketika itu ialah Haji Mohd Zaki Shaikh Ahmad. Terdahulu, kali terakhir Negeri Sembilan FA menyertai final trofi tersebut ialah pada 1953 apabila mereka tewas 1-2 kepada Pulau Pinang. 

Kota Bharu, Ganu Kite dan sesi mengeteh bersama Bro Rosdi Talib, bekas ketua pasukan Malaysia.

Kenangan bersama sahabat baik, Bro Yuri Yusoff dan bekas ketua pasukan kebangsaan Malaysia, Bro Rosdi Talib, di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu. Sebelum itu, saya menyertai rombongan kahwin sepupu di Kota Bharu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. 

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...