Isnin, Oktober 21, 2013

Insiden rusuhan penonton Nepal di Hong Kong, 1999.


Insiden rusuhan penonton Nepal 
di Hong Kong, 1999.
“...Laghi Khaled laghi...depa kejor tu...”
Khalid Jamlus, lari menyelamatkan diri apabila dikejar dek para penyokong Nepal dalam aksi pra-Olimpik 2000, di Hong Kong, sekitar Jun 1999. 
Dalam perlawanan tersebut, Malaysia sedang mendahului 1-0 pada minit ke-75 hasil jaringan Rafdi Rashid, kemenangan dilihat berpihak kepada Malaysia. Namun pada minit ke-88, Nepal menyamakan kedudukan hasil tandukan Anil Subba berpunca daripada satu sepakan sudut.
Ini menyebabkan 3,000 penyokong Nepal di stadium girang, berlari masuk ke padang, dan melarikan bola, semata-mata hendak melambatkan masa. Akibatnya para pemain Malaysia berang dan bertindakbalas dengan cuba mengambil semula bola.
Keadaan tidak dapat dikawal. Penyokong Nepal mula bertindak ganas. Ada yang membawa besi, tali pinggang, malah ada yang dalam keadaan mabuk. Berlaku aksi sepak-terajang di tengah padang. Pasukan keselamatan Hong Kong macam itik pulang petang sahaja menangani insiden tersebut.
Penyokong Nepal turut menyerang bangku simpanan Malaysia, malah turut cuba menyerang Tengku Abdullah yang ketika itu duduk di kerusi VIP.
3 pemain Malaysia cedera teruk, iaitu Rafdi Rashid, Megat Amir Faisal, dan Sani Fahmi. Seorang daripada barisan jurulatih Malaysia juga turut cedera. Rafdi Rashid mengalami retak tulang rusuk dan hampir kesemua pemain Malaysia mengalami kecederaan, lebam-lebam, luka dan calar-balar di tubuh mereka.

-------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...