Poster Promosi M4E. |
Logo ABIM. |
Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail, Exco Undang-Undang ABIM merangkap Pengerusi Grup Peguam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). |
Tuan Syed Ibrahim (Naib Presiden IKRAM / Pengerusi Jawatankuasa Penaja M4E). |
Saudara Anwar (kanan) bergambar kenangan bersama penganjur serta pemidato yang hadir. |
Saudara Anwar bersama sebahagian hadirin yang memenuhi dewan tersebut. |
Bergambar kenangan bersama Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said. |
Pak Samad, Sasterawan Rakyat. |
Saudara
Anwar Ismail bergambar kenangan bersama Saudara Amir Syafiq Alias, Timbalan Pengerusi IKRAM Siswa cawangan USIM.
|
Tidak pernah terasakan pilu sekudus ini:
Alam di Mesir mekar sesuci di dalam diri.
Segala luka, segala lara, mula sebati,
memanglah jarang diri terasa sesyahdu ini.
Buana tidaklah sekadar di sini nafasnya,
setiap degup tetap dirasa di mana-mana.
Lalu, di sini bermula tapak--temu yang marak.
Kami bangun demi menimbusi setiap jarak!
Api di Mesir ganas, tajamnya amat meretak,
kami tidak serasi oleh cakaran sekejam ini.
Maka di sini mulanya tapak--temu yang marak.
Kami azam berbakti, malah bakal sebati.
Kini serentak semua batas mula berbenih,
yang kami suburkan hanyalah kasih, kasih, kasih.
“Murbawan Mesir” (SN Dato’ A. Samad Said),
(Dinukil & dideklamasikan dalam Majlis Pelancaran Gabungan Malaysians 4 Egypt - M4E, 5hb Oktober, 2013).
Alam di Mesir mekar sesuci di dalam diri.
Segala luka, segala lara, mula sebati,
memanglah jarang diri terasa sesyahdu ini.
Buana tidaklah sekadar di sini nafasnya,
setiap degup tetap dirasa di mana-mana.
Lalu, di sini bermula tapak--temu yang marak.
Kami bangun demi menimbusi setiap jarak!
Api di Mesir ganas, tajamnya amat meretak,
kami tidak serasi oleh cakaran sekejam ini.
Maka di sini mulanya tapak--temu yang marak.
Kami azam berbakti, malah bakal sebati.
Kini serentak semua batas mula berbenih,
yang kami suburkan hanyalah kasih, kasih, kasih.
“Murbawan Mesir” (SN Dato’ A. Samad Said),
(Dinukil & dideklamasikan dalam Majlis Pelancaran Gabungan Malaysians 4 Egypt - M4E, 5hb Oktober, 2013).
Majlis Pelancaran Gabungan Malaysians 4 Egypt - M4E, 5hb Oktober, 2013.
Bermula pada Sabtu lepas, 5hb Oktober 2013, Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail, Exco Undang-Undang merangkap Pengerusi Grup Peguam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mewakili Abim Pusat menyampaikan
pidato bertajuk “Kepentingan Strategik
Mesir” sewaktu Majlis Pelancaran Malaysians For Egypt (M4E) di Hotel Grand
Blue Wave, Shah Alam. ABIM merupakan salah-satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
dalam gabungan M4E.
Gabungan
M4E telah dilancarkan dengan objektif untuk menyatakan sokongan rakyat Malaysiakepada rakyat Mesir yang memperjuangkan hak, keadilan dan kebebasan mereka. Pergolakan
di Mesir diberi perhatian kerana kesannya yang besar bukan sahaja kepada dunia
Arab tetapi kepada rantau benua yang lain.
Secara
umumnya, rakyat Malaysia, parti-parti politik dan NGO telah menunjukkan
keprihatinan tinggi terhadap perkembangan di Mesir. Pelbagai usaha telah
dilakukan dalam menyatakan bantahan terhadap rampasan tentera dan sokongan
kepada demokrasi. Ini termasuklah protes-protes NGO di hadapan kedutaan Mesir,
himpunan solidariti umat, kempen bantahan seperti ‘Silence Is Not An Option’, wacana, seminar, pertemuan dan majlis
penerangan di seluruh negara. Walau bagaimanapun, memandangkan krisis di Mesir
akan berlarutan, usaha berterusan perlulah dilakukan.
Tuan
Syed Ibrahim (Naib Presiden IKRAM / Pengerusi Jawatankuasa Penaja M4E) dalam
kenyataan akhbarnya menyatakan bahawa:
“Isu yang berlaku di Mesir sekarang ini,
sekali imbas menggambarkan apa yang pernah berlaku di zaman 90-an di mana
kerajaan Mesir ketika itu memerintah secara diktator dan mengenepikan hak-hak
rakyat Mesir. Persengketaan tersebut berlarutan selama bertahun-tahun sehingga
mengorbankan ribuan rakyat tetapi dunia seolah-olah mendiamkan diri. Adakah
Mesir sekarang bakal menuju ke arah itu semula?”
“Justeru itu, di Malaysia, sekumpulan NGO
telah bersepakat untuk menyatakan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Mesir
yang menuntut hak mereka di samping memberikan tekanan terhadap kerajaan
Malaysia dan masyarakat antarabangsa agar mengambil pendirian berprinsip
berasaskan kebenaran, kebebasan dan keadilan.”
“Sebuah gabungan ditubuhkan bagi menggembleng
usaha-usaha di kalangan NGO Malaysia bagi memperjuangkan isu ini. Gabungan ini
diberi nama Gabungan Malaysians 4 Egypt – Gabungan M4E).”
Semoga
usaha kerdil Gabungan M4E ini mampu menyokong usaha-usaha pembaharuan dan
perubahan di Mesir dengan mengembalikan hak keadilan dan kebebasan mereka.
Lantas terus membenihkan kesejahteraan buat rakyat di Malaysia, dunia Arab,dunia Islam dan dunia amnya.
KEMBALIKAN HAK RAKYAT MESIR!
--------------------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
- http://www.malaysians4egypt.com/;
- http://www.malaysians4egypt.com/2013/10/kenyataan-media-5-oktober-gabungan.html;
- http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=898%3Akenyataan-media-majlis-pelancaran-gabungan-malaysians-for-egypt-m4e&catid=1%3Aberita-pusat&Itemid=9;
- http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=898:kenyataan-media-majlis-pelancaran-gabungan-malaysians-for-egypt-m4e&catid=1:berita-pusat&Itemid=9.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan