Sabtu, Ogos 25, 2012

ABIM dilantik sebagai Pengerusi UJN Malaysia.

Puan Fadhlina Siddiq, Naib Presiden ABIM dan sahabat Grup Peguam ABIM (GPA) dalam satu temuramah yang disiarkan oleh Harian Metro. 
Saudara Hadi dan Saudara Anwar bersama sebahagian daripada delegasi 27 buah negara yang menghadiri Simposium Badriuzzaman Said Nursi bagi menyaksikan keraian pembukaan Al-Fatih.
 24hb Mei 2012: Sahabat Grup Peguam ABIM berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Mufti Istanbul, Dr. Rahmi Yaran di Masjid Biru, Turki. GPA ke Turki untuk menyertai Simposium tahunan Said Nursi yang diadakan di Turki.
31hb Mei 2012: Kunjung hormat ke pejabat Insani Yardim Vakfi (IHH), iaitu badan hak asasi dan kemanusiaan berpusat di Istanbul Turki. Merekalah yang bertanggungjawab menganjurkan misi Freedom Flotila yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui Ekspedisi Kapal Mavi Marmara yang akhirnya diserang oleh tentera Rejim Zionis Israel yang telah mengorbankan 9 nyawa pada 31hb Mei 2010.
Kupasan berkenaan isu LGBT oleh Pengerusi Grup Peguam ABIM, Saudara Khairul Anwar Ismail yang disiarkan dalam Harian Metro.
12 September 2012: Setiausaha Agung ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim serta Pengerusi Grup Peguam ABIM (GPA), Khairul Anwar Ismail telah mewakili Malaysia dalam 2nd Regional Consultation of ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights with Civil Society Organization on ASEAN Human Rights Declaration di Manila, Filipina. 
Keratan akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro berkenaan laporan polis yang dibuat oleh Grup Peguam ABIM dan beberapa NGO Islam terhadap penganjuran “Seksualiti Merdeka 2011”.
Antara kes khidmat guaman percuma (pro bono) GPA ialah mewakili saudara seIslam dari Uighur yang dituduh memiliki passport dan kad pengenalan palsu. Pihak pendakwaan telah menarik balik pertuduhan. Alhamdulillah.
Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail (Abu Akhyar Al-Qudsi), Pengerusi Grup Peguam ABIM (GPA), di pejabat Kementerian Luar Negeri Indonesia di Jakarta. Delegasi UJN bertemu dan berbincang secara dua hala bersama Pengarah Jabatan Hak Asasi Manusia Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia iaitu Muhammad Ansor (tengah berbaju batik).
Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, sahabat GPA, Penolong Setiausaha Agung ABIM dan mantan Presiden PKPIM, sewaktu ditemubual oleh Berita Minggu, berkenaan isu AUKU.
Forum “Kebebasan Akademik: Sebebas Mana?” anjuran GPA. 
Di sebelah kanan Saudara Anwar kelihatan Dr Abdul Aziz Bari.
GPA turut membuka booth Klinik Guaman Percuma, sempena Program “Selangorku Medicare” anjuran Biro Kesihatan ABIM di Jalan Kebun, Selangor.

Pertemuan dengan Prof Dato’ Dr. Mahani, Pengarah Institute of Strategic International Studies (ISIS) membincangkan usaha kerjasama strategik di antara ABIM dan ISIS.
 Sekitar Seminar Kesedaran Perundangan Syariah’ anjuran Bahagian Pendakwaan Syariah, Jabatan Agama Islam Selangor pada 16hb Oktober 2012. Puan Fadhlina merupakan moderator dalam seminar tersebut, manakala Presiden ABIM, Saudara Amidi dijemput sebagai ahli panel.


Forum "Reformasi Pilihanraya: Pemurnian Demokrasi".
Turut kelihatan dalam gambar, Dato Saifuddin Abdullah.
Program “Persidangan Meja Bulat Pindaan Subseksyen 15 bersama Dato Saifuddin Abdullah” anjuran ABIM - PKPIM.
“Forum Perpecahan Melayu: Realiti atau Persepsi? Apa Kata Anak Muda?” 14 Julai 2012 (Sabtu); di Dewan Orang Ramai, Desa Pinggiran Putra, Sepang. Forum ini dianjurkan atas kerjasama ABIM, PAS, UMNO dan PKR.
Januari 2011: Pengerusi GPA, Saudara Anwar Ismail menyertai Dialog Orang Muda (D.O.M) di Rumah Persatuan Penulis Nasional (Pena) sebagai ahli panel.
April 2012: Bersama Syeikh Abdal Hakim Murad (TJ Winter) dan Naib Canselor Universiti As-Sofa ketika itu, Dr Yusri Mohamad di Seminar Manhaj Nabawi sempena pelancaran Universiti As-Sofa di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Oktober 2012: Bergambar kenangan semasa Majlis Ramah Mesra bersama pimpinan Friendship Group of Inter Faith Services (FGIS) bersama pimpinan ABIM di Kolej Dar al-Hikmah. Salah satu usaha ABIM utk merapati dan menyantuni golongan belum Islam dan berkerjasama dalam memupuk perpaduan dan kefahaman antara agama. 

 Ketua Biro Dakwah ABIM, Ustaz Hasri Harun dan Exco Shariah dan Kewangan Islam ABIM, Dr Zulkifli Hassan ditemubual oleh Astro Awani berkenaan Seminar Pemikiran Yusuf Qaradhawi yang dianjurkan pada 29-30hb September 2012.


Jun 2012: Menziarahi tokoh, Prof Wan Mohd Nor (Pengarah CASIS-UTM) di rumah beliau, dalam usaha menentukan kerangka pemikiran dalam mendepani cabaran pemikiran yang rencam. Diskusi berkisar tentang falsafah, Faruqi, Al-Attas, Fazlur Rahman, Syed Hussein Nasr dan lain-lain.
Puan Fadhlina dan Saudara Adli Zakuan, sewaktu pelancaran Kempen Citizenship for Rohingya. Berita lanjut di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/09/abim-lancar-kempen-citizenship-for.html
 Saudara  (Adli Zakuan) Adli Zakuan Zairakithnaini [Koordinator, Kempen Rohingya, Global Peace Mission dan sahabat Grup Peguam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)] sewaktu ditemubual dalam rancangan Global@1, di TV1.

Saudara Raimi sewaktu ceramah ‘Save Syria’ di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Saudara Jufitri Bin Joha, Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim Pusat), sewaktu diwawancara dalam program “Global@1” yang disiarkan di TV1 pada 10 Jun 2012. Beliau mengupas berkenaan situasi terkini Syria dan perjuangan menolak Rejim Bashar yang zalim ke atas rakyatnya. 
Berkenaan isu ‘Innocence of Islam’, selain berdemonstrasi, ABIM turut menghantar Naib Presidennya, Saudara Jufitri Joha untuk berdialog dengan Duta Amerika Syarikat, Paul W. Jones di kediaman duta tersebut di Kuala Lumpur. 
Berita lanjut di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/20-september-2012-kenyataan-presiden.html dan sini: http://gptd-spain.blogspot.com/2012/09/diskusi-hi-tea-bersama-duta-amerika.html.
Bersama sahabat GPA sewaktu peluncuran buku ‘Islam dan Melayu’ karangan Ustaz Siddiq Fadzil di Hotel de Palma, Ampang. Entri berkaitan di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/07/buku-islam-dan-melayu-martabat-umat-dan.html
******************************
14hb Julai 2012
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah dilantik sebagai Pengerusi, Universal Justice Network (UJN) cawangan Malaysia melalui mesyuarat yang telah diadakan di Ipoh pada 14hb Julai 2012. UJN ialah gabungan NGO hak asasi dan kemanusiaan yang berpusat di London, United Kingdom. ABIM diwakili oleh Saudara Mohd Khairul Anwar Bin Ismail, Exco Undang-Undang yang juga Pengerusi Grup Peguam ABIM (GPA).

Pada pertemuan tersebut, telah disepakati bahawa isu-isu yang akan diambil tindakan bersama termasuklah isu yang berkaitan penindasan dan pembersihan etnik bangsa Rohingya di Myamnar, isu Palestin, Isu Syria dan lain-lain. ABIM akan dibantu oleh Sekretariat UJN di Pulau Pinang di bawah pimpinan Mohideen Abdul Kadir yang akan betindak sebagai Setiausaha UJN Malaysia.

Pertemuan pada tarikh tersebut adalah merupakan kesinambungan daripada pertemuan UJN yang telah diadakan di Bandung, Indonesia pada 27-30hb April 2012 di mana ABIM diwakili oleh Exco Undang-Undang ABIM iaitu Mohd Khairul Anwar Ismail.  Pada hari terakhir sebahagian delegasi telah bertolak ke Jakarta bagi bertemu Pengarah, Jabatan Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia iaitu Muhammad Anshor bagi membincangkan isu-isu kemanusiaan serantau.

Grup Peguam ABIM merupakan sayap baru ABIM yang ditubuhkan bagi mengumpulkan ahli-ahli ABIM yang mempunyai latar belakang undang-undang sama ada mereka merupakan pelatih di dalam kamar, tenaga akademik, peguam dan sebagainya.

Sekitar November dan Disember 2010, GPA telah mengadakan pertemuannya yang pertama. Pertemuan ini telah dihadiri oleh seramai 10 orang penggerak awal, yang turut disertai oleh Setiausaha Agung ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab. Rahim, dan Naib Presiden Helwa, Puan Fadhlina Siddiq. Di akhir perbincangan ini, GPA telah bersetuju untuk:
  1. Menginstitusikan GPA sebagai satu jawatankuasa yang proaktif terhadap isu-isu undang-undang dalaman dan luaran;
  2. GPA akan berindak sebagai forum untuk Peguam ABIM bertukar-tukar idea dan bisnes serta merangka pelan tindakan Proaktif menangani isu-isu semasa melibatkan kepentingan Islam di Mahkamah khususnya dan Malaysia amnya; dan
  3. GPA juga akan mengajak dan menyedarkan seramai mungkin peguam dan pelajar undang-undang di luar sana agar memainkan peranan mereka sebagai peguam Muslim.
**************************


**********************************
Entri-entri berkaitan:
1.     Untuk sejarah ringkas ABIM, boleh rujuk pautan ini: http://chedinsphere.blogspot.com/2010/12/sejarah-angkatan-belia-islam-malaysia.html.
2.     Wacana ke-15 Sinar Harian: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/wacana-ke-15-sinar-harian-peranan-ulama.html?spref=fb.
3.     Teks ucapan kemerdekaan oleh Ustaz Siddiq Fadzil: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/mensyukuri-nikmat-menginsafi-amanat.html.
4.     Peluncuran buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/07/buku-islam-dan-melayu-martabat-umat-dan.html.
5.     Peluncuran buku Yusuf Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/sekitar-majlis-diskusi-dan-peluncuran.html.
7.     Pelancaran Tabung Bosnia ABIM pada 1992: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/9hb-jun-1992-pelancaran-tabung-bosnia.html.
8.     Sedikit tulisan berkenaan Grup Peguam ABIM (GPA): http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/abim-dilantik-sebagai-pengerusi-ujn.html.

**********************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...